ohoi blog,
sekarang nih ramai orang yang sakit hati kemudian membarah menjadi sakit jiwa. sebab tuh kita jangan sakit sakit hati sebab nanti boleh membarah menjadi sakit jiwa. sekarang tgh kecoh pasal satu pet-boarding punya cerita. ramai yang datang beri bantuan masa hari kejadian dan hari hari yang terkemudiannya. tapi yang abang tgk dalam facebook and dalam blog ramai yang maki hamun owner pet-boarding tuh. to me, mmg pet owner ada hak untuk rasa marah terutama sekali yang hantar pet mereka kat sana dan mati terseksa. yang tak hantar pun ada hak juga marah sebab benda nih berlaku kat malaysia dan memalukan kita rakyat malaysia. last time i said i am an animal lover ada kawan tak setuju. animal lover wont eat animal meats. tak apa lah kalau abang bukan animal lover probably i am just i am a person who have compassion towards animals. ouh by the way, abang pun sayang juga dengan manusia. kat rumah abang sendiri pun ada anak yatim (abang pun anak yatim okeh. nanti la abang cerita pasal ceritera anak yatim nih). jangan la cakap abang lebihkan binatang dari manusia.
recently lepas balik raya abang terserempak dengan anak kucing jantan nih. melepak kat bawah kolej. nampak macam tak bermaya. abang panggil2 dia pun tak mengiau. masa tuh barang penuh kat tangan dan tak dapat nak carry dia naik ke bilik. so abang pun lepas letak2 barang bawak makanan dalam bekas dan pergi cari anak kucing tuh. to some people animals are just animals. to me haiwan macam kucing esp kittens or anjing esp the puppies boleh relieve kan stress kita. polisi kat kolej nih, penduduknya tak boleh bela haiwan peliharaan melainkan kalau bela ikan guppy so kitten nih abang kasi makan sikit sebab perut dia nampak sangat kecik furthermore dia tak berbunyi langsung. abang panggil2 dia tak mahu datang. bila abang unjukkan makanan baru dia datang tapi macam reluctant jer. i brought him for the first time for any kucing masuk dalam bilik abang. ha ha ha. mmg dan nature kucing mmg suka menggesel2kan badan derang kat kaki kita dan manja manja. ini gambar kucing tuh masa abang mula mula jumpa dia. keadaan dia azab sikit lah sebab bulu pun ala2 jer dan lepas tuh nak berbunyi pun macam tak larat. dengan kucing nih abang takut sikit nak bond. sebab tu abang layan derang biasa2 jer sebabnya abang mudah jatuh cinta dengan derang. sama macam mak abang jugak lah. mak dulu masa muda2 ada kucing. lepas siap dia kerjakan sawah, dia akan bagi makan kucing dia. nama kucing dia dulu tompok, ala nama standard la tuh kalau kucing tompok2 kan. mak abang anak sorang, jadi dia mmg sayang kucing nih. tapi lama jugak lepas tuh, tompok sakit. orang dulu mana la ada vet bagaikan. mak abang akan isihkan makanan dia untuk tompok sampai la satu masa tompok hilang tak balik balik. sebelum dia pergi dia bagi mak abang hint yang dia nak mati. mak pun boleh rasa tapi she just refused to believe. she was brokenhearted masa tuh. abang pun sama jugak.
![]() |
| ini gambar anak kucing yang abang ambil 3 hari lepas. |
masa bela ikan-ikan emas tuh, mak abang siap cakap, yang makanan ikan tuh lagi mahal dari makan abang dan abang pun tak pernah makan vitamin macam ikan ikan abang makan. ha ha ha. so abang pun takut nak brokenhearted kalau kucing yang abang sayang matik. bukanlah abang menolak takdir tapi abang nih kadang2 boleh jadik sentimentol juga. tolol pun ada jugak kadang2. ha ha ha. ok ini gambar anak kucing. tapi ini gambar 3 hari lepas. abang gilir2 bagi makan dengan sorang lagi pak iran. pak iran nih mmg sayang kucing. dia mmg ada strong bonding dengan hampir semua kucing kat kolej nih.
yang ini abang nak share sikit. ada yang anggap kucing is just a kucing or just a pet. boleh baca lah kat sini. ye tekan kat sini. tak sangka la jugak dalam peradaban yang sangat maju di malaysia nih masih ada orang yang berpikiran
now cerita pasal facebook lagi. kali nih facebook artist hollywood you, kena godam, godemmit sangat kan? dulu account abang ada jugak la dua hari tak boleh log in. tapi lama dulu lah. lepas tuh kecoh pasal hacking hacking nih, abang cuak jugak lah. dah la dalam facebook abang tuh ada gambar2 yang tak tergamak lagi tergamam untuk dilihat. dah la abang nih maha garang dan kalau la budak2 yang mmg benci giler kat abang yang maha garang ini, mampus tak agak agaknya kena pedajal? tu lah abang rasa makin ramai orang yang sakit hati dan teros menjadi sakit jiwa. suka suka sakit hati dan hack faceboook orang dan buat benda yang bukan bukan dengan gambar tuh. kadang kadang kita pun tak tahu lah perangai orang, ingatkan dia ok sihat walafiat rupa2nya dia nih mental deep inside. if things didnt happen according to his/her wish mula la nak meroyan meracau ancam threat orang bagai. nasib la labu. janji abang tak pernah kacau orang dan tak menyusahkan orang.
eh tahun nih kan abang tak ada jemputan rumah terbuka lah?? adakah abang kini dikategorikan sebagai a) low profile b) kera sumbang c) high expectation **maka orang takot nak jemput? d) kawan kawan abang kedeks ATAU e) semua yang di atas?
abang rasa abang dah tak ada kawan lah ermm tapi tak apa lah. abang skarang layan cerita korea jer. duk tgk coffee prince berulang kali. giler lahhhhhhhh! ::BYE::
-RUAYIEMAH TERBUAYIEKA-


1 comment:
Layan winter sonata x...
stairway to heaven ke...
Post a Comment