ohoi blog,
nampaknya ancaman fitnah tuh masih tak berhenti2 lagi. pagi tadi dapat sms dan call pasal benda benda tak perlu ni. tapi tak apalah. angkat, dengar, respond dan hung up. alhamdulillah, abang masih hidup lagi kan. kalau orang tu rasa seronok membebankan orang lain dan seronok men-torture orang lain, abang berlepas diri dan berserah lah kpd Allah. ini barangkali mmg ujian dan hukuman dari Allah. kadang kadang kalau dilayan nanti sendiri yang sakit hati. buatlah apa pun yang kamu rasa nak buat. nak telanjang ker nak bukak ker tak apa. mungkin itu keseronokan kepada dia. tak apalah abang dah tak larat nak risau dan tak larat dah nak marah marah.
so semalam rasa sangat ngantuk dan lepas isya' dalam kul 930 abang tertidur. pukul 12 malam macam tuh abang tertanjat boboi dari tidur. lepas tanjat2 tuh mmg jantung berdebar2 dan kaki pun seram sejuk. rupa2nya hujan kat luar dan tingkap lupa nak tutup. patut la sedap benar tidur. dah masa tuh pakai suwar kecik jer sebab mmg maha malas malam tuh sampaikan gigi pun lupa gosok. busuk okeh. then macam biasa abang akan tidak bertangguh lagi akan mencari dan mencapai telpon abang. on jer screen tuh tetiba ada gambar adik smurf. lol, kesian telpon abang mesti hebat abang balun keypad dia masa tidur tadi. ha ha ha. then scroll scroll ada gambar adik burung pulak then ayap n apit. heh tetiba rindu pulak kat budak2 nih. adik burung dah setahun setengah tak jumpa pun. adik smurf tak penah jumpa lagi. apit ngn ayap minggu depan baru dapat jumpa.
then whatsapp kat akakmerah wishing her good night and get well soon. dia tak sakit pun tapi ntah saja jerk kut nak wish dia. pas tuh pergi mandi. kiwak punya sejuk. kecut segala apa yang boleh kecut. kiwak! then baca reply akakmerah. pergh nasihat dia membuatkan aku terkedu kejap.
kena sentiasa ingat, kita hanya mampu usaha yang habis baik. kalau Allah kata itu bukan rezeki kita, kita kena redha. N never has (any) regrets towards the end results. kena selalu percaya 'let go and let God'. buat yang terkebayek, yang lain urusan Allah. live life to the fullest, appreciate every secon. jangan terlalu focus kpd satu perkara sampai yang lain terabai n u did not enjoy you life.
betul la apa yang dia cakap. tiada yang betul melainkan yang betul sahaja apa yang dicakapkan tu. sekarang kena nilai semula effort yang abang buat. rasanya macam belum cukup banyak effort dalam study. lebih banyak lagha dan suka tangguh tangguh. dalam otak macam banyak benda nak buat bila on jer komputer teros buat benda lain pulak. for example macam sekarang lah, menaip blog. merempan macam dah tak ada kerja yang berpekdah nak buat. life pun sekarang kelam kabut. bukan tak happy tapi busy memikirkan study nih sampai rasanya tak ada masa nak bersosial dengan kawan kawan. seriously i went out dengan kawan kawan yang rapat jer. yang tak berapa rapat nih kan, matiklah abang tunggu kan mereka. i know by the time i finish my study kan, there will be no one else left to share the happy moment. celebrate la sorang sorang kan? eh macam kenal jer kejadian ini kan? ha ha ha.
abang rasa abang sangat hebat sampai selalu membelakangkan Allah. bila ingat ingat balik, abang ada sorang kawan study kat Brunel dulu. dia nih kan sangat memperhambakan dirinya kepada Allah dan bukan kepada PhD tau. masa merempat kat rumah dia, dia selalu qiam. selalu dengar dia nanges mengadu kpd Allah. tapi kan, abang rasa masa tuh abang sangat syaitan yang wajid direjam tak pun terasa apa apa. sekarang baru nak ingat ingat balik la kan? macam dah terlambat sangat nak bertaubat. kalau kita perhambakan diri dengan dunia, the moment dunia membelakangkan kitakan kita akan putus dari rahmat allah dia cakap. kalau kita perhambakan diri dengan Allah, the moment PhD belakangkan kita, Allah tetap ada dengan kita. dia tanya, siapa yang bagi rezeki? you know what, i chose to listen and then tak buat pun apa yang dia cakap kat abang. sekarang baru tahu perasaan tu. padan muka kan? sekarang dah susah baru nak terhegeh hegeh cari tikar sejadah. padan la muka padan laaaaa.
banyak benda yang terabai physically dan spiritually. abang pun tak tahu lah macam mana nak rectify the damages i have done. berenti jadi orang tidak akan menyelesaikan masalah malahan menambah banyakkan masalah lagi. patutnya kena jadik orang yang berdisplin dan mesti results oriented la kan. cuma kali ini letakkan pembangunan spiritual di hadapan. sekurang2nya kalau tertinggal dunia di belakang, tidak lah merasa sangat rugi.
jangan pernah rasa lewat menyesal.
-SEAYIESAL-
No comments:
Post a Comment