Wednesday, November 02, 2011

Marathon: Hujan dan Makan

ohoiii blog, 

minggu lepas hujan mmg turun dengan lebatnya kat seremban sana. maka perut pun lebih cepat berkeroncong dari biasa. ada satu petang tuh hujan turun lebat jugak lah. si ayap dengan apit dah mengelinjang mintak permission dengan mak abang nak mandi hujan. dik, ko tahu apa mak abang cakap? dia kasik cucu dia mandi hujan dik! kalau masa abang kanak2 raibena dulu kan, jika abang cuba cuba nak  meminta kebenaran main hujan makan berhujananlah abang dengan air mata akibat disesah dengan rotan. tu baru nak mintak kebenaran, kalau abang mandi air hujan gamaknya bermandi kerbau lah abang dibelasah. 

you see dik, as ppl age they become softer la kan? so menjadi tua kadang kadang adalah satu blessing sunggupun menjadi  tua tu tidak menjamin menjadi matang. contohnya abang la kan?? suka tau mencarut macam tuh. so budak thamil dua ekor nih punya la mengelinjang sampai meniyarap ayapan kat lantai luar rumah tuh. mak abang boleh cakap apa tau, ala lantai tuh tadi tgh hari mak baru jer mop and cuci dengan dettol. hello, i was like, whatttttttt!!!? abang cakap la dulu masa kecik2 tak ada pun dapat macam nih. dia boleh selamba jawab, dulu kan duduk quarters macam mana nak mandi manda air hujan macam nih kan. sudahnya abang yang terdeMMit dengan jawapan itu. tak aci sangat kan?


lepas tuh derang pun kena mandi semula la kan kalau tak nanti ada pulak yang demam berjemaah. masa maghrib abang terasa nak pergi solat kat masjid kariah tu. abang angkut sekali la si apit nih. tak sangka pulak banyak ayat2 lazim yang dia boleh baca. well abang habis hafal ayat2 tuh semua pun masa tingkaktan 1. dia darjah empat dah boleh baca semua ayat2 tuh. abang ingat nephew abang nih bodoh. sekali abang yang terasa bodoh. bodoh punya pak long. lepas2 doa dan solat sunat ha ha ha apa lagi camwhoring lah. ala bukannya nak berlagak ker apa ker. jauh sekali la nak riak. ala setakat semayang nih kan, sapa sapa pun boleh buat kan? apa lah sangat setakat solat nih kan. lain la kalau ermm... sila la lengkapkan ayat ini sendiri... ha ha ha. 

balik tuh tetiba adik dan adik ipar abang pun balik jugak. eh banyak barang derang bawak. tanya2 dia jawab nak buat mee chup (mee soup) for supper. masa tuh pun dah pukul 8 lebih. orang makan dinner pukul 6.30 or 7 pm. so ini untuk supper la konon2 sebab kompem siap masak pun dalam pukul 9 nanti. nah amik kaw... 2 pinggan supper abang. ini gambar hiasan abang bubuh sikit jer lah. bukan isian sebenar. aci jugak la macam tuh kan? 

makan makan dan makan. abang kenyang macam buaya. tak disangka sangka, adik perempuan abang yang number 2 tuh pulak pulang. amekawwww! dia bawak nasik arab satu dulang. macam nak menjamu jin pulak. jadik abang tak bersalahkan. maka abang pun mentransformkan diri menjadi jin. abang rasa sangat bersalah sebab makan dengan tidak bersalahnya. ok itu aja abang nak cerita dulu. 







eh abang tgk cerita cinta elysa lah. fasha sandha boleh tak jangan buat mata stim dengan abang. kiwak sangat okeh. ni yang abang nak cari awek macam fasha sanda nih except suara dia lah. ha ha ha ha. 

-FAYIESHA SAYIENDA-

No comments: