Tuesday, March 12, 2013

Geng JeJollyians: Menakluki Bukit Broga

ohoiii blog, 

minggu lepas ntah berapa punya minggu abang pun tak berkuasa nak ingatlah, kami telah dengan gigihnya pergi ke bukit broga. memula abang macam expect yang diyana dan bangberdbert tidak akan hadir tetapi sangkaan abang salah bila mana mereka keluar terlebih dahulu bersemangat menunggu kitorang. cah walaupun ada kelas jam 11 pagi dia tetap nak join jugak memberi semangat kepada group orang kuat berjolikataks. abang bergerak dari serdang dengan aciketering, acikurung and kakak (anak buah si acikurung). abang tak tahu la nama dia siapa duk panggil kakak jer. ha ha ha. the best time to arrive at bukit broga is around 6 am. it takes on average 1-1.5 hours to get to the highest peak. ada few peaks la. abang tak mo pakai summit sebab nampak sangat poyo macam la mendaki gunung kan. sudah jangan berangan. ini pun macam nak terberanakkan berak jer.tapi kitorang tiba agak lewat lah. nak dekat pukul 8 baru sampai. one of the reasons orang pergi awal is, nanti bila mendaki, oleh kerana ini adalah bukit, maka bila matahari naik mmg akan cepat la panasnya. kalau macam abang nih mendaki ketika matahari naik nanti serupa kunta kinte plak. bila menurun dah ada rupa babi guling. 

apakan daya sebab mmg dah lewat abang pasrah jer lah. kitorang bertujuh meneruskan pendakian. total pendakian adalah 1.7 kilometrico sahaja. abang repeat, 1.7 kilometrico dan ketinggian hanyalah 400 meter dengan 3 puncak bukit. he he he, kelakar tak kat sini digi punya signal sangat strong. abang siap boleh update status bagai. hebat kan? masuk hutan digi mmg terbaik. masuk bandar tetiba connection drop. nampaknya abang kena duduk dan menjadi  lah orang hutan. orang hutan nih ala ala tak reti berkomunikasi dengan manusia biasa dan biasanya bila ada communication breakdown dia buat2 tak tahu dan cuba alihkan kesalahan kepada orang bandar. ehhhh sempat mencarut kah? 


daki punya daki, bukan daki kat badan tau, ini pendakian macam lord of the ring la konon konon. tapi kitorang nih lord of the jollykataks. setelah  berjalan sejauh 200 meter, bukan berada pada ketinggian 200 meter yer, jalan jer 200 meter, acik diyana sudah tewas. muka dia dah pucat sampaikan bibir sama warna dengan pipi. dia macam sedih la sebab tak dapat ikut sama tapi mmg tgk dia pun kesian. walau bagaimanapun abang nak ucapkan:


TAHNIAH DATIN MAH-LIYAR DIYANNA JEJOLLYKATAKS!

kerana dia telah berjaya mencabar dirinya untuk mendaki bukit broga walaupun tak habis. dia menyalahi segala apa yang abang sangka kan. abang bajet yang dia akan duduk kat tempat air kelapa tuh dan never akan naik bersama. so dia dah buktikan yang dia boleh. cah dengan aciketering tak yah cakap la. boleh la derang berlari2 ke sana ke sini semasa mendaki. tapi cah tunggu bersama2 dengan diyana then mereka turun sama sama. cah dah turun naik broga nih banyak kali dengan laki dia. dah  tak heran dah puncak puncak cinta gitu. acik mawar pulak, hamekawww! dia pakai kasut dancing. patut la dia menari nari masa naik bukit. abang terperasan yang kasut dia macam ada tumit. abang pun tanya lah, baru la dia bagitahu! bertuah tak nak naik bukit macam nih dia pakai kasut dancing. apa lagi bertango waltz bagai la dia. sampai kat puncak pertama tuh muka macam menahan berak tersepit akibat otot rektum terkemut tak mampu bukak. kakak katanya first time buat activity macam nih. boleh tahan jugak. yang paling tak tahan adalah bangbirdbert! kau mampu tak dik mendaki bukit sambil menghisrok? haaaaa terdeMMit semua hikers yang lalu sebelah bangbirdbert. ini kali kedua abang naik broga. kali pertama dulu abang hentam nasik lemak 2 pinggan. bukan dua bungkus dik. macam nak mampus abang naik bukit tuh. the first peak to the second one pun macam never sampai katanya. kali nih abang bekpes roti jer. budak2 nih offer kuih dalam kereta pun abang eat lite2 sajork. ha ha ha. aci kan konon2 nak keep the stamina. *puiii*


lepas datin diyana jolikataks mengretreatkan diri beliau we continued the pendakian sehinggalah puncak pertama. acikurung settle kat situ dan tak bangun2 dah. tinggal la 4 budak hitam meneruskan perjalanan. puncak kedua dan nak sampai ke puncak keinzalan bangbirdbert memberi laluan. tatau kenapa dia berenti. mungkin sebab dia tak confident dengan tali yang ada kat situ kut panjat naik batu. mmg agak la bahaya tali temali tuh. abang feeling2 jer kurus terus memanjat. so hanya kami bertiga jer yang naik sampai ke puncak tuh. bangbirdbert pun kira sampai la jugak sebab dari tempat dia berenti tuh tak sampai 10 meter dari puncak. amik2 gambar kenangan kat situ dan ramai jugak. yang menakjubkan ada sorang adik thamby, rasanya dalam darjah satu or darjah dua naik sampai ke puncak. dia nih jenis hyper sampai bapak dia terpaksa suruh dia slow down. giler tercarut seyh dengan adik thamby nih. 


masa nak naik tuh mmg  tak berapa perhatikan orang lah sebab struggle untuk mendaki. bila turun tuh hah, nampak la kepelbagaian makhluk allah yang turun naik bukit broga nih. ada makcik2 yang naik dengan mekap tebal berinci, subang blink blink dan spek mata hitam lalat. sampai dah cair kut mekap dia tapi dia tetap menten anggun. mungkin dah terbiasa agaknya. pada abang tak salah dia nak buat macam tuh, cuma nanti jadik bahan gelak orang jer lah. sama la macam kita, dah tua bangka tapi perangai tak reti2 lagi nak ubah feeling2 kita ajalah yang betul dan orang lain jugak yang salah maka kita nanti akan jadi bahan gelak orang tak kira la kita nih quarter founder ker apa ker. ehhhh nih sempat mencarut sapa? ehhhh?! sesampainya kat bawah tuh rasainnn, air kelapa berkepala kepala budak2 nih order. abang minum minuman sihat, 100 plus sajork. ha ha ha ha. abang tak gemar sebenarnya air kelapa. minum air kelapa  tuh kalau demam jer. pundek tak abang? ha ha ha. budak2 nih maki abang kuwin of yingelend. 

walaupun tak habis pendakian, ada orang tuh katanya dapat galaxy note II. kau mampu dik laki bagi macam tuh? ha ha ha. abang tak mampu nak jadik suami macam tuh dik. ada macam sorang kawan abang nih pulak, bini demam jer, kasik hadiah jam baby G. agak2nya kalau abang kawin sok, bini abang demam abang jadik babi G je lah, babi guling guling. ha ha ha. 

okay nanti abang cerita pulak pasal kitorang berjimba jimbara di bukit beruntung memfeeding the homeless. tunguuuu~~


-buAYIEkit broAYIEga-

2 comments:

Cikgu DrDJ said...

hoii...sempat ko carutkan aku dlm ni ya!! hahahahaha

Esah said...

feeding the homeless la sangat kan.. mmg homeless pun time tu.. wakakak!