Sunday, March 31, 2013

Cruise: Day 1, Night 1

 ohoiii blog,


abang nak sharing cerita sikit lah. since last year abang tak ada keluar jalan ke mana mana melainkan ke singapore menyambut besday abang yang mengertu itu maka tahun nih abang sudah plan nak pi jalan jalan menyenangkan hati. abang tak pernah merasa naik cruise dik. so abang pun planning2 dengan fren fren jejoli abang untuk naik cruise pada bulan 17 March itu ari dik. kami pergi berenam sebab bilik tuh wajib kongsi berdua. tapi kalau kau nih anti social dan beruk yang tak reti campur dengan manusia, yang kehidupan kau revolves around FB dan BF sajork maka boleh jer beli 2 tiket cruise dan duduk la sorang sorang dalam bilik sekongkang kera tuh. tapi kau mampu ker dik?? ehhhh mencarut apa nih? he he he. so geng jejoli yang ikot serta dalam pengembaraan dora the explorer nih adalah presiden joli, naib presiden joi, adik kepada presiden joli, ikon lelaki persatuan, ikon perempuan persatuan dan perempan pencacai najis persatuan. 

pada pagi 17th tuh iaitu hari ahad, fad, rina dan abang bergerak dari bukit beruntung. lober, diyana dan teh bergerak dari seri kembangan. jumpa di pertengahan jalan kat RnR tanjung malim untuk bekpes. selepas bekpes melaburkan apa yang patut lah dik. dalam kurang dari 3 jam kami pun sampai lah kat penang. cruise nih akan berlepas dari penang menuju ke phuket dan kemudia ke krabi dan hari terakhir akan pulang ke penang semula. buku merah jangan lupa tau. ha ha ha, ada cerita buku merah nih. abang paling trauma dengan buku merah. so malam sebelum bertolak ke mana mana yang memerlukan buku merah maka abang akan la check berkali kali seperti abang menge-check laici abang masih ada lagi ker tidak. nanti sat lagi abang cerita. apa kaitan laici dan buku merah. ha ha ha ha. bodow sangat. sesampai di penang acara yang berlansung adalah, pemakanan nasik kandar. hamekaww terdeMMit si Teh melihat kitorang punya agenda perjalanan. 5 langkah makan lagi. lagi makan selepas 5 langkah. cukup 25 langkah masing2 jadik gergasi adanya. pukul satu kitorang pergi ke perlabuhan. 

Pelabuhan di Pulau Penang. sebelum berlepas
sampai di perlabuhan, kitorang dapat special treatment. thank you acik fad yusman! jasa mu dikenang. beg semua kena scan. abang tak bawak banyak bag pun. satu beg camera, satu bag pack dan satu bag laptop. tak banyak dik! abang bukannya nak pindah ke phuket atau mendiami pulau krabi okeh. maka bila nak scan bag tuh kami kena serahkan passport. abang pun korek korek la sebelah dalam bag abang. krik krik, krik krik. tak jumpa. abang mmg kondifen, yakin dan pasti ada kat sebelah dalam beg tuh. laici dalam seluar abang kan dah bergetar getar. si fad pulak punya lanchiausan menakot2 kan abang dengan berkata, kalau abang tak dapat ikot nih terpaksa la tinggal kat penang. merasa la lepas tu dia suruh one nite stand dengan perempuan iblis tuh dik. ha hamekaw, berdesup hilang laici abang terus menjadik ovari mendengar statement tersebut. bebudak nih muka abang pucat terus memutih. pundek sangat tau. heyyyyy! abang tak berapa hitam sangat lah. hak hak hak. selepas menarik napas, melepas napas tetapi kentut abang tetap tak lepas dik, abang pun ber-bismisllah (nasib baik tak buat bacaan yassin okeh) bagai nak tunjuk abang nih sangat sangat la menyerahkan diri kepada allah, khusu' lagi tawadhu' sambil tuh abang rembat duit persatuan. ehhhhh nih carut siapa? . akhirnya abang pun menyeluk la poket pekasan paling luar tuh. jeng jeng jeng. ada buku merah tersebut!! punya la ghumbira tak kena tinggal lalu kembali lah abang ke warna asal. benci tau. terus kelam. abang pun pass la buku merah tuh kat orang yang incharge. hey laici abang tak mo turun tau sebab masih trauma lagi takot kena tinggal. puas abang pujuk laici tu sambil pek pek pek kan dia. ha baru lah turun. kitorang dapat easy and express access. thank you again acik fad! 

selesai semua kitorang pun dapat la kunci bilik masing masing. boleh la pulak tertukar partner. abang di suruhnya tidur dengan lobert dan si diyana sebilik dengan teh. sebelum nih si agent yang uruskan perjalanan kitorang pun dah kena pek pek pek dengan kak nana. still ada kesilapan lagi tapi nasib baik la boleh tukar2 jer swipe card masuk bilik tu. kalau tak naya jugak. lepas rehat2 kejap sejukkan badan kami ada upacara  melawat bilik kawan kawan. kemudian naik ke sundeck kat deck yang paling atas sekali. katanya ada minum petang. hak hak hak. pukul satu baru jer makan, pukul empat makan lagi. hebat tak pemakanan kitorang? selesai makan makan ada la derang buat welcome punya feast menari2 menyanyi2. yena yeni mmg suka lah. ah so ah pek pun boleh  tahan menari dik non. abang yang muda remaja nih pun tahan mata jer tgk gelagat derang. ha ha ha. feeling2 amik angin kat atas deck tuh dengan budak2 nih sambil tgk gelagat orang. macam macam perangai ada. yena yeni tuh pantang duduk teros open table open bottle. untong lah cruise! 

balik tidur merehat kan diri sekali lagi. dalam pukul 8 naik balik kat atas tuh makan dinner. aa berebut la dengan manusia2 yang macam tak pernah jumpa makanan. budak2 waiters and waitresses pun agaknya dah bosan melayan perangai orang kebulur. ada yang makan sambil beratur, sambil beratur makan, makan tak beratur dan macam macam lagi lah. the best thiing to do is, ignore sajork dik. kalau tak kau yang sakit hati dan spoiled kau punya vacation. lepas makan jalan jalan sekitar kapal sementara nak tunggu pukul 11 sebab ada pertunjukan mejik show. kat mejik show nih pun ada satu hal. si pemejik nih nama dia ntah sapa ntah abang pun tak minat nak ingat. dia baling2 bola. sapa yang dapat bola tuh kena berdiri bagitau nama, pas tu bagi satu number dari 1 hingga 99. number tak boleh ulang plak. abang mmg tak pernah la kena benda2 macam tuh sekali apa malang tah nasib malam tuh bola tuh sampai kat abang. dah la abang tengah gigih main game sikit lagi nak menang stage yang susah tuh kat galaxy tab abang. tepanjat boboi sangat tau! dia pun tanya nama abang. abang sebut la Ayie. si pemejik nih boleh cakap kekuat AAAAAAAAAAAAAAA YIIIIIIIIIIIIIIIIIIIEEEEEEEEEEE! jadik bahan la abang dengan bebudak nih. akak nana dah gelak2. pundek la dia. lepas tuh dia tanya abang dari mana. abang suh dia teka. konon2 dia kan mejik sangat. sekali tuh dia jawab 'not from malaysia'. babiks tak mejik kau. kau jangan nak mejik sangat tau. nanti aku pek pek pek ketiyak kau baru tahu. wajiblah budak2 nih bahan kan abang lagi. tapi it was entertaining except that si Jovi budak pompuan pinoy tuh memekak ket celah cuping telinga abang. sudah kena shhhh shhh pun dia masih bodoh lagi berbrukbrek dengan kuat. nasib baik la bibir kau tebal. kalau tak mesti abang dah tumbok biar bibir dia macam anjelina jolie. 


ok nak cerita sikit pasal makan, bilik serta orang yang ada kat atas fleet tuh: 

1) BILIK
ada macam macam jenis bilik la kan. tapi untuk abang yang first time naik cruise nih abang amik bilik deluxe with obstruction view. ada 9 tingkat semuanya dan tingkat 10 adalah sun deck tempat buffet dinner, tempat orang amik gambar feeling2 sexy paling chantek di muka bumi kapal tersebut. padahal kau mmg chanTAIKS jer abang tengok. ehhhh mencarut lagi?! abang dapat duduk tingkat 8 yang  lain2 kapel duduk kat tingkat 7. kat sini view dia ok jugak lah sebab laut lepas. kalau tingkat 4 tuh abang rasa mesti laut dalam. mampus abang ter-suffocate. dah la abang nih ada claustrophobic. duduk dalam train putra LRT lepas tuh masuk kat dalam tunnel gelap tuh pun abang dah rasa nak pitam pitam. bilik dia frankly abang cakap, adalah kecik. tapi sebab abang nih dah pernah duduk di bilik yang lebih hazab masa kat landen dulu dulu, maka bilik nih bagi abang adalah boleh tahan lah. ada dua katil yang agak kecik tapi boleh muat la badan abang yang menggajah nih. lagipun abang dah niatkan diri yang bilik nih hanyalah untuk berak tidur dan bersiap2 jer. selebihnya mesti keluar merayap. 

bilik air dia mmg kecik. jamban dan shower attached together dan jamban dia style macam kapalterbang dik. bila kau flush kan dia pakai vacuum sedot tayik atau ayer kencing ko. memang tak cool la sebab air tak lalu kan. dah la abang nih penjamban basah. lepas tuh pulak kalau memerut kan orang kat bilik tu boleh dengar la segala mala bunyik philharmonic yang keluar dari lubang sempit rektum kita. mampus abang tak terberak. sekali teh ada idea baik punya. dia cakap, bukak la suara TV kuat2. ha ha ha. bijak sehhhh! abang terberak bila dia tidur jer sebabnya bunyik yang dia keluarkan lagi kuat dari bunyik TV. ha ha ha. speaking of TV pulak, plug dia kan sangat lain dari plug kita tau dik. jadik ko kena beli adapter. abang dulu masa pergi bangkok beli satu adapter, lepas tuh pergi phuket dengan dekmok beli lagi satu. kaau abang beli lagi satu kali nih bang boleh  bukak kedai adapter la kan. ekceli nya abang tak tahu pun plug dalam kapal tuh macam tuh. nasib baik la si teh ada bawak satu maka bergilir gilir la kitorang mengecas battery telepon, kemera dan lain lain lagi. ada air panas dan ada hair dryer yang abang ingat another shower hose. ha h ah aha. kapal nih kapal lama yang derang refurbished baru baru nih January. so we were lucky to travel on this newly refurbished cruise. baru pun agak hazab lah, cuba bayangkan yang belum dibaiki. mahu abang angkat kapal tuh campak ke laut dalam. 

2) MAKAN

makanan ada serve kat beberapa tempat. ada yang buffet berebut ada yang buffet beradab. yang beradab tuh rasa dia sedap sikit lah tapi choices tak banyak. yang  buffet berebut tuh banyak pilihan, tapi rasa dia ada sedikit hanj lah. abang nih dbkl dik, so i dont complaint much when comes to makanan. lagipun tekak masing2 ada sedikit lain kan? ada satu malam tuh abang makan meehoon dia sangat sedap. that was the only makanan yang abang tambah dua kali dan abang paksa orang lain pun makan jugak! ha ha ha. pundek tak? kalau makan kat buffet berebut tuh maka kau kena berebut jugak lah dik. tinggalkan adab dan sopan kau kat bilik dan berebut la dengan yena yeni yenadey dan ahso ahpek dari tanah besar. derang nih kan ada yang beratur sambil makan ada yang makan sambil beratur dan ada yang makan terus kat counter mengambil makanan tuh. mental kena kuat sebab kalau kau lemah macam mental abang, ko rasa nak sekolah kan jer orang yang ada kat situ. 


hari pertama tamat dengan tidak penatnya tapi tidurnya lambat kerana ada acara kanun jenayah yang kitorang lelaki lelaki nih buat! esoknya kitorang kena bangun awal sikit sebab nak turun ke phuket. haish ini pun ada cerita dik. hari hari pun ada cerita sebenarnya! ha ha ha ha. 




okay itu jer dulu untuk hari pertama. nanti rajin abang sambung cerita kat phuket pulak. 

-cruAYIEse-

2 comments:

Esah said...

update.. update..update... muahahahah!!!

disused said...

jamban dia mmg mak menyampah..paling tak bole lupa jamban weols tak bole flush..cilakak!!!satu hari mak jln kat phuket asik ingat jamban takleh flush..vavi sangat!