ohoii blog,
okay finally kami pun berlabuh la kembali di penang. dalam pukul 12 tengah hari semua selesai turun dari kapal. kemudian terus menuju ke hard rock hotel penang. tapi sebelum tu pergi makan kat satu kedai nasik khandar tuh. jumpa la sorang artis yang ntah la tatau nak describe macam mana. nak kata tak glemer, famous jugak dia tuh. konsep pemakaian dia macam sangat homeless. kain batik balut kat nenen dan seluar pyjamas. kiranya sangat simple la kut. ermm abang tak pasan sebab abang membelakangkan dia. tapi masa nak basuh tangan selepas selesai makan tuh baru la nampak. nasib baik lah tak terkeluar segala isi perut abang masa tuh. betul dik kita nih boleh sexy, abang pun pakai jugak seluar pendek seluar skirt bagai. tapi pada pada lah. jangan la sampai nak terkeluar segala benda yang ada kat badan nih.
lepas makan barulah kitorang pergi ke HRC. ada few things yang tak best la kat sini. firstly masa kitorang sampai tuh fad nak kena park kat tempat OKU. none of the staff datang tolong. lepas tuh dari kereta ke lobby tuh, there were a few staff members of HRC but they played 'not seeing' us. abang dengan kak nan la mengangkut barang yang berat and fad angkut barang yang ringan2. dah sampai kat betul2 tiles dalam hotel baru la derang tolong angkat. i didnt expect to be treated that way lah kan regardless kami amik package ke apa ke. no we didnt need a red carpet along the way but a lil help would suffice. we have to wait half an hour sebab satu bilik tak siap. 2 bilik dah siap tapi bilik abang dengan teh tak siap kemas lagi. ha merasa lah kan abang pun nak hangin. tapi hangin acah acah jer sebab abang suka air oren dia. ha ha ha ha. boleh kan macam tuh.
wohooo masuk bilik dia memang best lah. yang kelakarnya kan, bilik abang dengan teh kami dapat katil queen, kak nana and fad katil queen tapi bangbirdbert dengan datin dapat 2 katil single. teros la kami pun meng-demo-kan aksi norbit untuk datin dan dato' praktikkan malamnya nanti. hak hak hak. bilik dia sangat luas sampai abang boleh berguling guling macam tenggiling. sudah la begitu abang kemudiannya melampat lampat macam cipan pulak. lepas berak berganti ganti dengan teh kitorang decide nak berenang kat bawah. abang ajak dato' and kak nana. datin pulak dah membenamkan dirinya dalam tilam dan bantal serta elegantly membaca novel. datin sangat tau perangai dia.
yehaaaa berenang renang!! ermm tapi tak banyak la figura yang menarik. pak dan mak arab ramai lah. mak arab tak berenang. kata adik yang jaga poolside bar tu, dulu ada jer mak arab terjum pool dengan jubah and jilbab. rasain dik macam mana la ghupernya berenang memakai jubah hitam begitu kan. betul lah kita kena menutup aurat setiap masa. tak macam abang kan suka benar la memakai seluar pendek. tapi kena sesuaikan dengan tempat lah dik. sekarang nih dah ada pakaian renang yang menutup aurat dan melindungi rambut, leher, bahagian dada dan punggung. pergi la cari dan pakai baju macam tuh dan terjun tambam la dalam pool tuh. pak dan minah arab nih kadang kadang menyusahkan. dia ingat dia banyak duit dia boleh buat macam macam. masa berenang2 tuh tetiba lapar. kitorang pun mengensot ngensot la perlahan2 berenang ketepian poolside bar untuk memesan makanan. masa pesan tuh kan, ada anak arab nih mintak banana diquiry. lepas tuh dia duduk dan tengok adik yang buat air tuh. lepas dah siap anak arab tuh boleh tanya 'halal? halal?'. hello adik arab, kau nampak dia ada campur jack daniel ker dalam air tuh? aiyooo abang dengan tidak bertangguh lagi tergelak dengan sekuat hati. adik arab tuh pandang abang muka merah padam. then adik barista tu mintak number bilik. adik arab bagi number bilik yang salah. rupa2nya halal means halal tak payah bayar! ya allah ya allah kenapa la ada orang macam nih kan. kau ingat HRC nih petik duit dari pokok banana kah?! maka adik barista tuh amik resit dan cakap 'take this and go to you baba'. ha ha ha. sekali lagi abang dengan ikelasly tergelak dengan maha kuat. hah lepas gelakkan orang, tiba pulak giliran abang kena gelak. okay jumlah keseluruhan hari pergi bercuti adalah 4 hari. abang call CIMB card kata abang akan ada kat thailand and on cruise selama 4 hari. maka any transaction on land adalah dilarang dan abang lupa nak call semula cimb sebab sebenarnya hari keempat abang dah ada kat penang lah. bila nak swipe bayar duit makan tuh mrasa lah kena reject! ha ha ha ha. padan muka abang. lenkali jangan nak gelak sangat kat adik arab halal okeh. nanti ketulahan.
pagi tu breakfast and kemas kemas nak balik. makanan kat HRC okay jugak lah. when comes to food, abang seldom complain. maklumlah DBKL keh keh keh. selections pun boleh tahan jugak. lepas check out kitorang pergi makan briyani claypot. ya allah, sedapnya. ehhh apa yang tak sedap yer dak? ha ha ha ha. i was worried sick nanti jumaat tuh pergi kerja seluar semua tak muat. makan macam orang tak ingat dunia empat hari tuh dengan tak der exercise apa pun.
percutian ni memang sangat singkat. insya allah nanti kami nak pergi jalan jalan lagi so buat masa ini kena menabung macam kak mah dan menyiapkan kerja sebelum bercuti. kena balance la dik. hidup kena ada KPI dan jangan lupa tanggung jawab kehidupan kita. sungguhpun abang nih pegang anjing, pakai seluar pendek, orang gelar 50-50, tapi tak bermakna abang tak tahu pasal agama. kan?
okat itu saja. nak cerita empat hari punya cuti amik masa empat minggu. kalau cuti 10 hari agaknya sepuluh bulan la baru siap. ha ha ha.
-cuAYIEti-

No comments:
Post a Comment