Wednesday, April 10, 2013

Cruise Day 2: Phuket Stop

ohoii blog, 

akhirnya tibalah hari yang dinantikan. turun mencemar ke tanah phuket. actually nya abang dah pernah pergi phuket nih. ada tulis la dulu dulu kat sini, ye kat situ lah. he he he he. mencemar duli tu very der berangan yang di pertuan agong sangat kan? hah nak jadikkan cerita kan abang punya wallet ntah mana la abang letak. kekdahnya abang mmg tahu la abang bawak wallet tuh dan tak mungkin abang tinggalkan. abang suruh si teh turun dulu sebab kitorang kena berkumpul kat deck 4 sebelum boleh turun dari kapal. entah la kenapa abang clumsy sangat dik. tu lah orang cakap, kalau ada bini tak der la tak terurus kan? eh kalau ada bini abang rasa tak turun dah phuket tapi untunglah kalau ada boipren atau gelpren yang 'menyewa di bawah', i mean really di bawah rumah kita. he he he he.
haaa marilah kita pulang ke pangkal cerita wallet tadi dik. lepas abang menggelupur keseorangan mencari wallet, rupanya wallet ada jer dalam poket seluar. since seluar tuh besar maka abang tak perasan la wallet ada kat poket belakang. pundek tak dik? clumsy macam mana ntah?! seingat abang, abang suruh si teh tunggu kat bawah iaitu di tingkat empat. bergegas la abang turun sebab management nih kasi kita masa masa tertentu untuk turun ke phuket. nak kena naik boat kecik la katakan. masa yang diperuntukan untuk kitorang adalah pukul 11 pagi dan masa abang turun tuh dah pukul 1055 pagi. menangis tak dik bila abang cari derang tak jumpa. puas la abang masuk keluar, keluar masuk sesuka hati kat dalam ruang menunggu. budak2 yang jaga tuh tak berani marah sebab abang dah hencap kat sorang mamat nih. abang cakap 'i just want to check whether my friends are inside or not. it wont make the boat sink will it?'. cari cari tak jumpa bebudak nih. aa laici abang kembali bergetar. dah la semalam punya lama nak pujuk turun kan laici tuh.
abang terus  ingat bebudak nih mesti dah tinggalkan abang. huuu menangis la abang bersama laici. siap abang pi mintak sticker extra because without the sticker you cannot get into the waiting hall and onto the boat. konon konon kalau dapat sticker tuh abang nak turun sendirian berhad. tak apa lah sesat ke apa ker. tapi pikir pikir balik abang dah pernah pergi phuket nih. maka kemudiannya abang pun ingat nak balik jer la bilik dengan keadaan pasrah selepas lama menunggu di meja kompeter berinternet hazab seamat der mahal. seminit kena bayar 56 sen dik. sejam ko kira la berapa. baru nak balik bilik terserempak pulak dengan prof kat jabatan abang nih.laici abang terus berdesup menjadi ovari! kitorang pun hi hi dan dia cakap 'ouh since when did you change your name?'. ok laici yang berubah menjadi ovari abang terus merembes rembes kekantoian. akhirnya abang dapat melarikan diri dan memujuk hati naik ke bilik. nasib baik la abang naik ikut tangga. tengah2 naik tangga tuh abang dengar suara fadFiona. suara dia very der kuat. dia kat tingkat tujuh, abang kat tingkat 5 dah boleh dengar. pommm laici abang turun dengan sendirinya! yay abang tak kena tinggal. kiwak tau nasib baik abang pakai suwar pendek, kalau tak mesti abang buat solat dhuha dan sujud syukur. wajib la abang kena hencap dengan diorang kan?! 
rupanya dari tingkat empat tuh kena turun tingkat satu pulak. boat kecik kat situ. pengsan dik dia orang suruh turun ikot tangga berpusing pusing. nak muntah abang. nasib baik lah 4 tingkat ke bawah. kalau 7 tingkat abang rasa sampai jer boleh dapat Haji Ayah Pinggu. acik fadFiona dengan bangbirdbert yang dapat keistimewaan naik lift. acik nana dah naik angin dengan budak2 yang jaga tuh. asik asik la menjerit kat kitorang mintak access card. kitorang naik boat yang kedua. tak la hazab sangat sebab yena yeni and ahso ahpek dari tanah besar dah naik dulu. derang nih teruk tau. suka main tolak tolak dan cakap kuat2 macam kita nih dah pekak dan paham apa benda yang dia cakap. dalam boat kecik tuh pun sama. berebut2 nak naik, berebut2 jugak nak turun. dulu abang selalu jugak la marah dalam hati dengan orang malaysia ni. tapi bila tengok perangai orang dari luar, abang rasa orang malaysia tak la teruk sangat. AiLapYu Malaysian. turun kat jetty tuh ada la gadis gadis siam yang ayu dah tunggu untuk bergambar. hah yang laki orang nih bersinar sinar gigi katanya bergambar dengan awek siam tuh. nak jer kena potong laici sengsorang. abang tak per dik, abang single lagi. ehkkkk boleh kan macam tuh descrimate antara kawan. 

phuket memang cantik. orangnya pun cantik cantik, senyum pun manis manis. kat sini orang yang cari rejeki taxi dan kereta sewa atau tuk tuk mmg akan push kita untuk ambil kenderaan derang. ye lah orang cari makan kan. cuma kadang kadang tuh merengsa jugak lah. abang suka cara derang hias perahu tuh. warna warni siap ada bendera negara. bangga betul la derang dengan negara sendiri. kalau kita dik? dulu masa kat landen ada jer yang ngaku dari indon la dari singapork la. abang pulak puas la mengaku malaysian tapi semua pakat kata abang dari bangladesh. sentap tak? eh boss abang tak der lah. abang nak balik tidur kejap lah. badan pun rasa tak best nih. semalam berhujan. nanti abang sambung lagi okeh. mwah.

aaa ok ok abang sambung sikit. 

hahahha sebelah nih namanya akak ghumbira. gembira sangat dia bila nampak satu kedai kat phuket ni yang jual kepelbagaian barang 'hello kityy'. bersinar sinar mata dia. kitorang pun masa jumpa kedai nih terus ya allah ya allah. macam besar rahmat sangat kerana.........kedai  nih ada aircond dan ada banyak kerusi. abang duduk tak mo bangun2. ha ha ha ha. akak gembira nih bergembira la berposing dan habis semua barang dia raba. abang tengok dia macam terinzal sendirian berhad jer masa nih. itu nak ini nak semua la dia nak. kalau tak ditenangkan, mungkin dia akan angkut satu kedai tuh naik ke kapal dan pulang ke malaysia. tak per dik, laki dia lebih dari mampu nak bayar. untongkan abang ada kawan bahagia macam nih. oleh kerana banyak sangat akak ghumbira nih nak beli last last beg apa ntah yang diangkutnya. abang tak pasti la kedai macam nih ada kat kl ker tidak. abang nih mana la rajin nak mengukur shopping mall kan. jalan punya jalan macam macam la kami jumpa dan tengok. sekali akak ghumbira dengan gembiranya ingin membeli mangga. ye dik mango kalau dalam bahasa inggerisnya. mangga yang selalunya jual kat pasar malam tuh 3 kilo sepuluh hengget dan manis manis belaka. paling mahal abang pernah jumpa kat pasar malam 8 hinggit satu kilo. pernah beli la 2 bijik dekat2 la 14 hinggit.

manis nak mampus ala ala kalau makan 2 bijik tuh habis boleh potong kaki lepas tuh. mangga nih selalunya diimport dari siam jugak. maka akak ghumbira berpendapatan yang membeli mangga di tepi jalan adalah murah. sekali tuh dia pun mengorder sebijik lalu ingin membayar 18BHT yang bersamaan 1.80 MYR. rasaian akak penjual tuh buat muka. bukan lapan belas baht dik tapi seratus lapan puluh baht bersamaan lampan belas ringgit. kalau kat kl, kau tambah 2 ringgit boleh beli nam kilo mangga. jangan kan makan, mandi pun boleh! alkisahnya sudah kena kapur la akak ghumbira. nak tak nak sebab dah ambik dia bayar jer lah kepada akak siam muka ketat. kang kalau tak bayar dia panggil geng bantai dia, mampus kena titik sesekor. walaupun abang ada blekbelt pink karer tapi itu hanya digunakan untuk membelasah nyamuk sajork. ha ha ha. haa sebelah nih lah gambar dua orang yang kena kapur tuh. si Teh punya manga tuh boleh tahan manis, tapi diyana punya agak kecewa la sedikit masam. habis jugak walaupun masam kan. rehat sekejap kat starbucks sambil bebudak nih termasuk la abang mengencing mengosongkan pundi kencing.

kemudian bagi mengubati kekecewaan kami, kitorang pun mencari la tempat untuk berurut. sini urut badan murah dik. sejam satu badan dia picit-picit kau dalam 40 hengget. kalau urut dengan aromaterapi tuh 60 hengget. pas tuh ada la pakej pakej dia. abang amik yang murah jer. kalau nak urut mengarut ngarut itu sebelah malam. kau cari la kat area bangala road tuh. abang tak berani dik. walau mana pun kita pergi jati diri jangan hilang. abang berhasrat menge-keep my keterunaan. ha ha ha ha. pundek tak? sayang tau laici abang nih. bilik berurut nih sedikit terbuka. jadi kau jangan hanky panky sangat yer dik. abang mintak lelaki untuk urut abang. badannya kecik jer. abang pun rasa, mampu ke dia nak uli lemak abang yang tebal berlapis lapis nih. nahhh sekali dia tekan mmg nak terkencing jugak lah. abang selalu underestimate budak2 berbadan kecik. ha ha ha. tak baik kan? itu lah sebabnya penting kita jangan prejudice dengan orang. kita tak tahu kadang2 manusia nih boleh berubah mengadapt diri dengan keadaan. tak semua orang terpelajar tuh bodoh dan tak semua orang bodoh tuh tak der pelajaran. paham tak dik? jadi kita jangan prejudis dengan kawan kita. kalau kita nih rasa maha baik nak menasihatkan kawan kita, nak marah dia whatnots, jangan buat depan depan. nak nak lagi kalau dia lagi kertu dari kau, kesian dia, jagalah air muka dia. kalau kau rasa kau bagus dik, kau call dia, dan bagilah nasihat. kalau kau tak der credit, ko sms lah suruh dia call untuk dinasihati. mampu dik?? itu kalau kau rasa kau kawan yang baik lah. moralnya jangan hukum orang dengan sentiment dan jangan prejudis. tak semestinya dia jahat dalam fb dia akan jahat in person. 

lepas berurut memang lega la dik. muka masing masing mengantok tapi lapar. haa menapak la mencari kedai makanan halal. dik sini ada banyak kedai makanan halal. kau jangan feeling2 nak darurat sangat yer sebab ada jer orang sini yang reti cakap melayu kelantan. kitorang makan kat kedai arab+thai fusion punya kedai. nama restuarant tuh D @ 1. budak budak waiters waitresses dia baik baik belaka. yang perempuan senyum manis jer. rasa nak bawak balik sorang dua. ehhhhh apa kah ini?? tadi cakap lain ni cakap lain pulak?! ehhhhhh teknik menkontradikkan diri kah? u habis roboh rongak ego abang bila mentekedarah. ada beza antara ego dengan kecik hati. tapi kalau kita nih tak berapa nak cerdik, kita pukul rata habis semua benda sama.  ini tak der kaitan pun saja nak kasik sedap penceritaan percutian abang jer. sungguh lah tak der kaitan.  

lepas makan kitorang jalan jalan kat area dekat2 sebelum mencari tuk tuk untuk ke jeti. warna warni dan ramai pelbagai jenis orang.




last sekali kitorang bergambar kat sini. comel kan kitorang. abang suka sangat gambar nih. he he he. okay itu jer kejadian pada hari kedua. tak ada cerita sangat melainkan laici yang hampir  tertinggal dan jugak acik gembira dah kena kapur. he he he. esoknya kitorang nak ke krabi pulak! yay! excited sebab kawan kawan abang cakap krabi pantai dia lawa. kat krabi ada cerita pek pek pek mayirus. ha ha ha. lawak seh acik pengorot nih.    



-phuAYIEket-


1 comment:

Cikgu DrDJ said...

Ya rabbi...sempat buat entry separuh2..Bwahahahahaha. ...