Wednesday, May 08, 2013

Pasca Pilihanraya: A Day Off of Celeberation

ohoii blog, 

the people have spoken and all ballot papers had been counted. tahniah kepada yang menang. tahniah barisan nasional kerana berjaya membentuk kerajaan walaupun hanya mencapai majority mudah. tahniah juga kepada pakatan rakyat kerana berjaya menajdi pembangkang yang semakin kuat. you have proven to the barisan kerajaan that you are still relevant and keep it that way. kepada ahli parliament yang dah menang, juga YB DUN yang dah menang sila jalankan tanggungjawab anda. ada banyak fabricated stories dan ada banyak accusations yang dilemparkan. ada yang didatangkan dengan banyak bukti, ada yang tak mempunyai bukti. tuan tuan, puan puan dan cik cik YB sila lah tunaikan janji yang disemai yer sebab sekarang rakyat hanya mengundi tidak lagi berdasarkan sentiment tetapi berdasarkan calon dan apa yang diperjuangkan dalam menifesto pilihanraya. hati hati kerana, yang Berhormat barangkali boleh menjadi yang Bungkus di dalam pilihanraya selepas ini. 

so hari isnin sehari selepas pengumuman keputusan pilihanraya abang keluar dengan farah sebelah petangnya. tapi sebelah pagi tu abang keluar dengan anak-kakak-kawan-abang. macam mana ntah nak describe. kiranya kawan abang nih aunty kepada budak nih lah. ye dia masih budak lagi umur 19 tahun. ada la yang speku nanti kan, abang bela anak ikan. ha ha ha. tak der maknanya. abang keluar dengan dia sebab dia ada buat satu political statement yang abang rasa memerlukan pembetulan. anak muda biasanya darah lekas panas. menulis kadang kadang bergantung kepada apa yang dibaca dalam internet yang belum tentu pun sahihnya. maka sekiranya kita yang lebih dewasa (atau lebih  tepat, yang TUA) mengetahui dan berkuasa untuk menegur, jalankanlah tanggung jawab. menegur dan menasihat nih ada cara dia. nanti abang kongsi lah cara cara tuh. kadang2 dengan melemparkan pertanyaan dan persoalan yang  betul kadang kadang boleh menyebabkan mereka berfikir dan membetulkan pemikiran mereka. mengubah pendirian dan pemikiran tidak boleh menggunakan paksaan. kaedah memaksa orang berubah hanya kerana kita lebih tua atau lebih berpengetahuan sepatutnya sudah pupus lama dahulu. 

hari isnin lepas hanya selangor and penang jer kut yang cuti. the rest of the states tak cuti. so farah datang lambat sikit. since dia ada belu kupon kat groupon tu, dia belanja abang makan! yay belanja lagi kan. kitorang makan kat the manhattan fish market. kalau ikutkan total semua makanan tu dalam seratus lebih termasuk tax semua bagai. tapi dengan kupon nih tak sampai lima puluh hengget pun. makanan dia pun makanan yang abang suka! tapi abang macam tak percaya sangat lah, betul ke murah macam tuh punya. memang betul la dik. abang nih kan ada sikit masalah dengan skepticism. abang suka tanya tanya sehingga lah abang yakin baru lah abang percaya. tak macam sesetengah orang, pakai cedok ambik tanpa berfikir, betul ker salah ker, apakah kesan akibat bila kita percaya dan share benda2 macam tuh kat internet. okay berbalik dengan makanan kat TMFM, abang ada la banyak kali gak makan kat sini. abang mmg suka jer seafood except abang tak suka sotong dia. sotong dia macam selipar jepun kaler putih tu dan keras kental nak makan. bau pun semacam jer. i think that is the only creature yang tak sedap on the plate. ha ha ha. 
lepas makan tuh abang ajak farah pi tengok wayang cerita iron man 3. abang memang suka pun cerita science fiction adaption from comic. abang belanja la. ha ha ha . motip nak sebut jugak kan? ceritanya ok kut tapi abang macam anti climax. haish. okay tu jer nak cerita. abang nak merempan pasal pilihanraya tapi dari abang menulis benda tak berpekdah  tu baik abang buat kertas kerja untuk conference lagi kan? kByE

-mAYIEkan-

1 comment:

Farahliza Isa said...

creamy mussel dia sedap..nnt kalau pegi lagi nk order extra bread :)