Wednesday, July 24, 2013

Buka: Antara Puasa dan Dengan Kawan Kawan, Jangan Ada Aib

ohoiii blog, 

okay abang nak update sikit jer pasal makan makan bulan puasa itu ari. ouh sumpah tak der sapa pun suruh tapi abang saja je la nak update sebab ini kan blog abang, cerita abang. abang nih tak la minat sangat nak bercerita pasal orang lalu dengan gleefully berkata 'heyy yuwols, kawan i baru spilled the beans. dia nih top menonggeng rempit'. kan? kalau abang doa, nanti ada adik beradik kau jadik macam tu, agak agak Allah makbulkan tak? tu lah kadang kadang kita nih tudung labuh sampai menyapu lantai tapi akhlak lagi teruk dari bangkai. ehhhh?! macam rhyme pulak carutan nih. baiklah kita tinggalkan kejap perempuan tiada kepentingan itu dahulu. nanti ada masa abang carut dia di celah celah cerita. 

first day buka puasa abang tak balik kampung seriyes sebab selangor tak cuti. tapi i think a few days after that buka puasa dengan tuan presiden. bininya kepingin nak makan KFC. ha ha ha. maka bertiga lah kami makan di situ. kalau tak silap kitorang repeat lagi sekali makan kat KFC. kali yang itu sangat meriah sebab acikurung ada, cah chantek bini yusyangkiyut ada. ha hamekaww, sampai tutup kfc tuh kitorang tak balik balik lagi. nak berpindah ke starbucks pulak katanya. ha ha ha ha. feeling2 macam esok tak kerja masing masing kan. masa makan tuh ada la orang tuh, adalahhhhhhh, alaa orang itewww katanya rindu dengan iQramsss. siapa monologue sorang sorang nih memikirkan apa yang iQrams sedang buat. ko tengok dik, dia nih kan, si iQrams tuh mengata dia mulut catastrophe pun dia masih lagi teringat kat iQrams. si iQrams tuh ada ingat kat dia? memang dasar perempuan tak baik kan si iQrams tuh. patut lah Allah kasik kehidupan kau macam tuh. patut lah orang sebok dengan status kau tuh, sebab kau pun suka sebok dengan aib orang. 

then ahboi ada cakap yang dia nak puasa this year. dia nih kan, kawan dengan melayu pun masa dia tadika dulu jer. sekarang nih la baru nak kawan dengan melayu yakni abang. eh abang pun tak berapa nak melayu sangat yer dak? abang ajak dia tengok wayang. cerita despicable me. tapi abang pergi lepas terawikh lah. tak ingat dah show tu pukul berapa. so abang cakap kat dia jumpa kat serdang pukul 7 petang lepas tuh pi buka puasa kat the mines. abang macam expect the mines akan penuh tapi jangkaan abang meleset melecet. tak ramai orang lah. jangan nak over sangat. abang pulak masa tuh kepingin nak makan claypot chicken rice. eh sampai skarang pun asik kepingin makan claypot chicken rice. kalau tak dapat, goreng ayam yang perap dengan kicap pun jadik lah. kitorang buka puasa dengan air tin jer dulu. lepas tu secure table then baru kitorang beli. si ah boi belanja abang tengok movie, abang belanja dia makan. lepas tu abang belanja dia popcorn, 3/4 of which abang yang makan. ha ha ha. heip abang tak mo la nanti orang kata abang nih pensyarah kedekut. koh koh koh. abang bukan muslim yang baik. dalam banyak hal yang wajib abang banyak tak but dan dalam banyak hal yang haram, ada yang abang buat. tapi puasa abang tak pernah tinggal. abang pun hairan, orang yang tiada keuzuran suka suka nak tinggalkan puasa. barangkali dia ada alasan sendiri dan pada abang, biarlah dia jawab dengan yang Maha Mengetahui. kita siapa yer dak nak hukum orang. ah boi ada gastric. abang pun tak galakkan dia puasa, kang tak pasal pasal pengsan anak orang sapa yang nak jawab? dia gigih jugak nak puasa, dapat la setengah hari. tu yang buka puasa sesama tu. tapi kekdahnya dia buka puasa lagi awal dari abang! zohor buka puasa pas tuh sambung balik. aci macam tuh dik? 

yay! akhirnya abang pulang ke kampung utara. huiyoo mengelinjang okeh, dan seperti biasa abang akan meng-extend kan permalaman abang di kampung tersebut. acaranya adalah, sampai jer teros bincang menu. bella nak beli KFC, abang tatau apa nak beli. sampai jer kat param, ha amik kau. kalau buat haji kan dah boleh dapat dua tiga kut haji nya. ha dalam gambar nih sebahagian jer yer. jangan tertipu kerana abang dah tak der kamera maka tak dapat nak amik gambar yang best. sebenarnya ada banyak lagi makanan yang belum di hidangkan. abang beli mertabak jer 5 keping. si lobert beli cempedak goreng girang gumbira sepuluh hengget. tu yang lain lain abang tak ingat dah. kemudiannya ada buka puasa kali kedua. abang tak pasti ada gambar ke tidak. kesian kan si iQram. konon2 nak jadik heroin bukak aib orang, akhirnya tersisih dengan perangai dia yang tak elok tu. tak apa lah, ko baca je lah entry abang nih yer. simpan pelamin renyam anganmu musnah tu dan jadikan pengajaran yer. ouh kitorang repeat sekali lagi buka puasa kat kampung nih sebelum balik beraya. jangan jeles yer. he he he. kami memang happening. abang pening makan banyak sangat sebab abang bila sedih pun makan, bila happy pun makan. bila ntah nak stop makan nak kuros nih. ha ha ha. 


okay ini gambar last. ni tetiba abang mengidam nak makan masakan cina. ha ha ha. apa lagi, si ahboi la jadik mangsa peneman. ala dia pun macam budak kunta kinte versi cerah jer kan. makan banyak pun tak gemuk cuma bonchet jer sikit. kesian dia kena paksa makan dengan abang. harganya agak mahal tapi rasa kureng sikit la berbanding dengan muhammad chan. kedai nih apa tah nama dia. sederet jugak lah dengan kedai muhammad chan tuh. owner dia is a datin. eh anak perempuan dia chantek jugak lah. cuma dia malu2 dan tak berapa friendly. giler la kan tetiba nak friendly dengan abang. dah la abang skip terawikh kat masjid. balik baru buat semata mata nak makan kat sini. aci tak perangai batak macam tuh. alaaaa terawikh kan boleh buat sendirian. yang afdal buat beramai2 tapi sendirian kalau kita buat dengan tartil dan panjang bacaannya pun boleh kan. ikot sunnah nabi bukan sunnah melayu, faham dop nih? he he he he. 

okay itu jer abang nak cerita. nanti ada lagi tau sambungan dia. abang nak cerita makan kat bulgogi brothers pulak. heyyyyy ini memang boleh naik sheikh bila melihat kembali gambarnya! thank you aciknana sebab memperkenalkan restaurant ini. kimchi dia memang terbaik la setakat ini. sangat sedap dan presentation dia pun cantek. tak la macam kedai2 lain, kimchi adalah sangat kasihan dah macam rupa kincit pulak. all right tunggu la sebulan lagi kut baru update! kByE~~

-buAYIEka puAYIEsa buAYIEkan buAYIEka aAYIEb-



No comments: