ohoiiii blog!
PetWorld nih memang event tahunan yang kitorang selalu nanti nantikan. tapi tahun nih memang agak mengecewakan sebab tak dapat booth untuk NGO kitorang. kemdian ada la janji manismu dari pihak tertentu yang menjadikan abang sangat teruja sampai terbuntang bijik mata, meleleh tayik telinga tapi akhirnya habuk pun tarak. sekarang nih baru la abang paham, dalam kerja kerja NGO pun ada banyak political drama. bila bab nak suruh kita tolong rescue and foster atau adopt memang 'kita kan fren fren!' tapi bila nak share share benda yang ada bersangkut paut dengan jualan dan meraih dana tetiba kan dik 'ehhh kita tak berapa nak fren lah. i dont agree kita share satu tempat sebab nanti ganggu pulak jualan kita'. so all in all, kena ingat, jangan la baik sangat dan jangan la nak naive sangat. kadang2 kita nih jer yang beria ia 'for the sake of the animals' tapi ada jer lah acikPentamak yang tak akan berkongsi even a tiny slice of a large cake. abang pun tak boleh nak salah kan kewujudan orang macam nih sebab, derang pun nak kumpul dana. tak apalah abang yakin kalau sabar dan kerja keras atas usaha sendiri, Allah akan tolong dan bantu kalau betul2 ikhlas kan?
abang tak der lah putus asa. adatlah bila nak mintak benda free dan menumpang. cuma sedikit upset sebab kawan kawan lain pun dah bersemangat nak attend event nih. ada yang siap adjust masa kerja and so forth. acik retis dan tunang dia berkejar kejar nak siap kan T-Shirt. acikNana, sakit2 macam tuh tetap gigih nak dapatkan jugak booth. tapi apa boleh buat, bukan rejeki kami. nah, abang bukan la nak complaint cuma tulis benda nih sebagai ingatan. banyak perkara yang kita boleh kongsi, tapi bila berkaitan duit adik beradik pun boleh berparang inikan pulak NGO yang suam suam kuku macam kami nih. acikNana went an extra mile and she managed to secure a booth di petworld JB. khabarnya akan buat early december. insha allah abang akan attend. perghhhh berangan habis nih. event nih sebenarnya kitorang pun masih huru hara lagi. banyak benda tak settle. skrg nih okay sikit sebab dah sort out benda yang sebelum nih tak pernah di address dan carca marba. an organisation must get all of its members involved. bukan buat keputusan 'i approve you, you approve i'. ehhh mencarut di bulan remdhan yang mulia??! ehhhhh!
abang pergi ke PW 2013 tuh dua hari berturut turut. si ahboi pun semangat nak tolong tapi nan hado yang boleh ditolongi iyer nyer pun. tahun nih sebenarnya banyak booth yang kosong. i wonder la apa kerja si organizer nih tak organize langsung. kalau kasik kat kitorang pun bagus. ada 3 kut booth kosong! company yang join pun tak banyak bawak barang. IAMS macam tahun tahun lepas tapi tahun nih sedikit kedekut lah. RC paling kecewa lah. tahun lepas meriah mereka jual2. tapi tahun ni apa benda ntah yang dia bawak. bongok sangat. dan harga sebenarnya tak la murah sangat pun. kalau pergi petshop AhLong yang abang selalu pergi tuh lagi murah dik. memang la kau nak perkenalkan product baru, tapi kau kena attract ppl dengan product lama kau dik. baru la orang ada 'sebab' untuk singgah. nih setakat exigent estrogen progesterone poltergeist, sapa yang nak beli? adik2 yang nan hado ringgit nak try RC mungkin la akan beli.
ada satu booth nih jual makanan super-premium. semua kibbles kat sini kalau kau tanya semua pun tukang jual akan cakap super-premium. yang tak boleh blah, purina pun cakap depa super-premium. abang dengar sendiri dik. rasa nak potong buah pinggang dan buat masak asam pedas tatkala mendengar ayat menghencap macam tuh dik. tapi acikNana ada rekomen kibbles jenama ishkan. hah! a produce of korea~ daebakkkk! teros abang beli. okay kibblenya kecik dan dia ada blendkan sekali hairball punya formula. well abang beli buat tukar tukar makanan bebudak nih takut derang boring dengan makanan sekarang.nahhh gambar sebelah tu apa yang abang dapat kaut dari PW 2013. told ya, tak meriah langsung kan.yang wetfood tuh abang beli sendiri lah. kat petshop AhLong lagi murah rupany. kena kapur lagi. haish. tu lah konon nak untung sekali beli rugi! macam ada orang tuh konon nak jadik heroin suruh orang come clean sekali hamekawww, kau la orang yang paling keji sekali kan?
okay itu jer kut abang nak cerita. jadi dalam kehidupan nih kita kena pandai pandai bawak diri. jadi baik itu adalah wajib tapi jangan tinggalkan pertimbangan akal dan iman. menjadi jaguh dalam setiap perkara itu memang sangat bagus tapi jangan sampai jadik MAK KADUK, ayam menang, spender tergadai tergolek di lantai. ehhhhhh ada orang kerasukan kah?? koh koh koh.
-wonAYIEder pet-
No comments:
Post a Comment