Ohoii blog,
Many months ago, giler kan entry bertapai sangat nih, abang diarahkan pergi ke sabah untuk melawat students yang buat practical training kat sana. since abang nih kan manusia yang tidak ada masa depan kerana tidak berkeluarga maka abang pun diarahkan pergi ke sana. eh tak lah, sebenarnya abang yang offer nak pergi sana sebab kesian kat industrial training punya coordinator. ye abang nih garang dik tapi kan abang always bertimbang rasa. bukan nak puji diri sendiri tapi kan abang kadang2 tak paham dengan adik2 yang baru kenal abang, rasa abang garang lepas tuh bila nak msg ker cakap ker kena ada orang tengah. eh kau penah tgk ker orang tetiba mati ketika berkomunikasi dengan abang? kalau lah ada pun, abang rasa mereka mati kerana their stupidity dan bukan kerana abang garang. ehh nih merempan apa kan nih?
abang pergi on the 14th of april ke sana dan duduk kat sana selama 5 hari. bertapai tuak abang gamaknya. dah la tak der kawan sangats kat sana. tapi bila baca baca review about the seafood, ouh abang kembali bersemangat ampai ampai.
luckily abang ada kawan yang kawannya tinggal kat KK jugak. so this kawan la yang bawak abang pi makan makan. hahahahaha. macam apa jer kan abang makan, order kemain banyak macam nak jamu satu zimbabwe tapi harganya tak sampai pun seratus. abang jadi sangat gumbira.
okay abang lepask KK 2 hari sebab student yang nak kena dilawati kan iyer nyers ada 4 orang. abang duduk hotel yang hazab. dah lah jauh dari pusat bandar. sekali naik teksi jer dah berpuluh peluh abang membayarkan iyer nyers. nasib baik la abang ada bawak duit lebih kalau tak mana abang nak letak muka abang kan? nahh tapak kaki ni.. letak la kat situ. sendiri yang salah tak bawak duit tak payah nak marah kat acik teksi yang meminta tambang. so keesokkan hari nya berpagi pagi lagi abang ke airport untuk ke tawau pulak. eh dik ada 2 airport rupanya kat KK nih kan. hebat sehhh! abang sampai pagi tu juga dan mengensot ngensot la pegi ke pekan tawau. agak la jauh dan jalan memang macam never akan siap kekdahnya. apa kan kerajaan macam nih dik.
sampai kat tawau abang dah kompius mana hotel nak duduk. so akhirnya abang duduk la shervinton hotel. wohoooo not bad la bilik dia. harga semalam pun lagi murah dari hotel kokak kat KK tuh. dah la hotel kat KK tuh tak ada air panas ataupun instant coffee. giler sadis kan? so terpaksa la abang berbelanja at satu supermarket nih. hmm tahu tahu jer lah kalau abang dah start berbelanja. macam nak bukak satu lagi kedai runcit kat hotel kokak KK tu. kat shervinton semua disedia kan and i kindda like it.
cuma yang tak best katil tuh single dan ada dua. kau bayangkan malam2 katil sebelah tuh asalnya kemas bila besok bangun dah berselerak. mau terkencing abang nanti kan. so sudahnya abang pun lompat dari satu katil ke katil yang lain. aci macam tuh? ala abang pun nak berperangai kanak kanak TADIKA jugek. alaaa katil hotel i ada DUA okeh. jangan buat perangai kanak kanak tadika dik. abang dah bagi amaran kan yang abang tak suka kawan dengan orang bodoh. jadi jangan buat perangai bukan bukan dengan abang.
ha tahu tak abang buat apa kat tawau? apa?? apaa?? ha ha ha. apa lagi abang makan lah. abang mampu dik! ehhh very der perangai tadika ni kan? ha ha ha. mampu la sangat. ini sebenarnya murah sajork. kalau tak silap less than 120 kut. ada ketam, udang, ikan dan sayur orang sabah. kau jangan main main, sabah jer yang ada sayur nih. abang makan dengan sapa sebanyak ini? abang makan sorang sorang. naturally abang adalah a lone ranger. i can do things on my ownself and i less dependent dengan orang lain. i dont mind to be in a crowded place sebab i can mind my own business and i can be all by myself ignoring ppl surrounding me. kat kedai makan tuh punya la ramai orang dan semua orang tengok2 abang tuh. tapi ada abang kisah. i just want to eat and i would eat la kan. he he he.
dik ketam dia memang terbaik, bila semua lauk sampai abang dah macam tak keruan nak makan yang mana satu kan. memang sedap dik. tahun depan abang nak pergi lagi. ha ha ha. kali nih nak berebut dengan kawan abang pulak. or should i go to kuching? lama dah tak pi serawak nih kaniyer nyers.
so tiba lah masa untuk balik. tapi sebelum balik abang jumpa dengan kawan si rosepawang negara tuh. namanya nisak dan hasbennya ijam. anaknya dua orang Sarah dan Myrah. dua dua anaknya nih montek2 manja pulak tu. surprisingly Sara tak takut pun dengan abang. ha ha ha. comel la dia nih. 2016 Nisak and Family nak dayang sini. abang suka boleh jumpa si Sara lagi. humairah mesti dah besar jugak masa tuh. nisak bawak abang pergi makan mee tauhu. katanya itu makanan wajib kalau sampai ke tawau. tapi abang tak ingat la mana ntah abang letakkan gambarnya. tengkiyu nisak and ijam belanja abang makan!
okeyh itu jer abang nak cerita. abang suka trip kali nih walaupun 5 hari dik. nasib baik la ada acikuring rosepawang yang tolong menjaga kan iyer nyers anak anak kesayangan abang. selalu jugak la dia update gambar si miHo tu. he he he. hilang kerinduan abang kat si gemok dompot tuh.
eh nak pi kedai sat nak beli roti. nak buak puasa kan sejam lebih lagi nih. selamat berpuasa kepada yang berpuasa dan yang tak puasa, hey jangan feeling2 nak raya hoh.
-sAYIEbah-

No comments:
Post a Comment