Wednesday, June 04, 2014

Merempan Lagi Cerita Pasal Students

ohoiii blog, 

ha ha ha ha. lama tak merempan kan nih! eh ye ker? bukan hari hari pun merempan ker? ha ha ha. ye dik abang memang suka merempan dik. dalam kelas merempan, luar kelas merempan dan balik rumah pun merempan. abang pulak tak kisah kalau kena rempan. eh tapi nih nak cerita jugak la sebab tak boleh tahan la dengan perangai bebudak sekarang nih. 

I dont want to drop your class

masa pagi isnin tuh abang check system kelas abang ada 36 orang jer dari 60 capacity iyer nyers. abang dah sangat gembira! just imagine kalau kelas abang penuh?! nanti jenuh nak masukkan markah, adjust markah whatnot. this semester abang dapat average students. mampus tak nak kena buat alteration apa bagai. tuh belum kira nak masukkan markah on obeOS. last sem abang mengalir air mata darah bila berbuat begitu. lepas tuh datang la 2 orang students india kat abang cakap nak add kelas. abang dengan penuh kembang kempis (ye la dik giler la kan orang nak add kelas sampai mintak permission bagai) cakap kat dia, add jer lah, kelas saya tak penuh lagi. sekali derang reply, sir you class is full. dalam hati abang cakap, shitttt la wei! tak bertangguh nasib baik tak tersungkur sebab nak cepat, abang check system. mmg betul la budak2 nih cakap. 

hello kelas abang start pukul 8 pagi tau! giler kan dik kelas abang pukul lapan pagi nih. dah la abang nih garang lepas tuh kau  tak boleh datang lewat dik. memang abang hencap kau cukup2 sampai kau bertaubat untuk terus drop kelas abang. 

so abang pun potpet potpet tak puas hati dan suruh budak2 cari kelas lain. jangan nak memandai2 masuk kelas abang. so tuesday iaitu semalam abang punya kelas abang advise bebudak nih untuk drop kelas abang. ekceli bagus jugak, abang nih bukan la lekcerer yang sensitive nak menjaga hati students yer. yang penting abang nak derang nih belajar dan faham. tadi pagi abang tgk yang datang kelas cuma 40 orang. bila check system, jumlah student belum surut lagi. apa kan nih dik. maka abang pun bagi la Quiz kan. ha ha ha. abang sempat la pesan kat bebudak nih sapa yang masih lagi ada add and drop sila la drop dan pergi kelas lain. 

lagi kecik kelas lagi bagus. senang sikit abang nak focus.. focus marah katanya. ha ha ha. kalau dah ramai ramai nanti ramai sangat yang boleh dimarah sudahnya tak focus lah. boleh macam tu?! ha ha ha. 


I dont want you to be my supervisor

haaaa amik kau dik! sebelum datang jumpa abang dia dah buat homework pasal abang tapi tanya dengan kawan kawan sajork. belum jumpa lagi dah pre-judge abang. first meet up dah cakap dia nak tukar supervisor. apa perasaan kau dik? kau lekcerer bongoks kah? tak cukup baguskah belum apa apa lagi student dah lari? apa kah perasaan abang semasa itu dik? dia explain yang dia prefer sorang lecturer nih. dah biasa lah apalah. lepas tu dia cakap bidang yang dia nak buat nih bukan bidang abang. bidang itu adalah renewable energy and to be more specific, damless hydroelectric. giler kan ker dik. term damless tuh pun abang yang bagi kat dia! macam mana kan dia boleh cakap abang tak tahu dan bukan bidang abang dik?? ha ha ha. all in all sebenarnya dia memang tak nak buat dengan abang. dia awal2 lagi dah pre-judge. no matter how hard kita nak convince kan dia yang kita nih boleh supervise dia, dia tak akan terima. dah tertanam dalam benak dia, dan kat mata dia tuh yang abang nampak muka lecturer sorang lagi tu. dik abang nih dah lama hidup dik. nada suara, bijik mata kau semua abang boleh baca dik. 

ha ha ha. cuba teka apa perasaan abang? adakah abang melepaskan dia kepada lecturer baru tuh? hahahahaa. ye dik dalam hati abang, dah lama abang lepas kan dia tapi tak semudah itu lah kan. i want him to regret what he let go. and i promise  to myself i will make sure he will regret it! ha ha ha. so abang pun kasik la idea untuk dia buat tajuk dia. haaa merasa terbangang2 dia melihat apa yang abang propose. hallo, renewable energy yang ada turbine based and solar abang memang dah familiar lah. giler ker kan kata abang tak boleh supervise dia. so lepas dia blah tuh, abang masih nampak kat mata dengan benak dia, lecturer yang sorang tuh. abang contact la lecturer tu. eh sekali dia pun mengelinjang nak kan budak nih. haa dah elok la tuh. ambik lah kat kau dik. 

budak nih nak buat hardware. hardware nih ada 2 jer sifatnya. satu kau punya device tu jalan atau yang kedua device kau goes down the drain. kalau dapat yang pertama tuh senang jugak la hidup kau tapi kau kena buat benchmark, testing and so forth. kalau tak apa benda kau nak tulis dalam thesis?! yes my device is working. itu jer kau nak tulis dalam thesis kau dik? economic aspect kau kena inspect. cuba kau cari ada tak supervisor yang siapkan table of content untuk kau? abang jer yang giler nak tolong student tau tak. so to this kid, he doesnt know what he has missed. abang fine jer lah. lepas tuh abang isi form and suruh dia mintak semua tanda tangan yang diperlukan. 

when he met me dia macam tanya jugak lah, was i angry. i smiled at him and said, i did you a favour and let us be student-coordinator no more no less. after all he is a 3.19 student. couldnt expect much from him kan. 

haaa dik, baru sat sat nih ada sorang lagi student under my supervision datang. soalan pertama abang 'do you want to change supervisor?'. senang kan tak payah nak menyakitkan hati. sekali jawapannya hampa dik. dia nak abang supervise. 

nak supervise student undergrad nih susah dik, bukan senang kita nak supervise budak2 nih. kadang2 kita yang kena buat kerja untuk derang. the lesser students you supervise the better. kalau student MSc ataupun PhD lain sikit lah dik. kita bagitau apa nak buat lepas derang memang pandai buat sendiri. student undergrad nih mampus kadang2 kau suruh dan tolong buat pun derang boleh buat tak reti dan tak reti buat. macam mana kan dik? 

so abang pun menyanyi lagu let it goooooo...let it goooo! ha ha ha ha.babai adikSepet and trust me, i am not missing you. nanti kalau kau screw up dengan supervisor baru kau, abang gelakkan jer tau.


I dont want to stay in twin sharing room 

Adoiyai dik. bebudak yang kat luar yang tak dapat accommodation berebut2 dan wouldnt mind to have you place tau. kenapakan nak memilih sangat dik?! dalam bilik tu did duduk sorang sekarang nih sebab roomate dia keluar. lepas tuh ada kes kat rumah tuh so yesterday abang pun pergi lah. dia mengadu and being me, abang memang akan tolong. maka abang pun cakap write an email to me and i will forward the email to bahagian penginapan. nanti ada update abang akan contact dia. 

hai la dik, dia boleh call abang suruh abang datang bilik dia dan tolong dia buat email. haiyohhhhhhhhh macam mana tu kan? kau nak mati ker mengarahkan abang sebegitu sekali? kemudian abang pun sms dia suruh dia tunggu. the next day abang buat forward the e-mail tapi lewat tgh hari lah kan lepas abang habis kelas. sepagi paginya dia dah call abang. 7 missed call. okay lagi la lepas tuh dia diam. then masa abang tengah makan dik, 10 missed call. sepuluh!!!!! ekor Kyuubi abang dah beratus2 keluar abang tempik sampai tersembur kari daging abang dik. membazir sangat. 

then lepas tuh dia cakap sorry lah kat abang. dia sms dia ingat abang STUDENT! heyy kau nih kenapa dik... ini kan institusi pengajian. kau ingat student jer ker duk kat kelas. dah tuh pensyarah duk kat mana? mengangkang? apa kan kau nih dik. lepas kena hencap tuh abang letak tepon and abang call bahagian penginapan. tatau la dia dapat ker tidak. kalau dia tak suka sangat duk kat hostel tuh abang suggest dia cari la tempat duduk lain kerana nya abang tidak terlibat dan diluar bidang kuasa abang untuk menentukan sapa dapat bilik sorang whatnot. takkan la abang nak kena guling2 bagi pihak kau dik. you can get your parents to complaint dan mungkin itu akan membantu. for now abang tak nampak keperluan untuk dia tukar bilik. sekarang pun dia duduk sorang. apa kan masalahnya nak push2 abang macam abang nih kuli batak dia. that is the problem dengan budak2 sekarang. they want and they must get. tapi dia lupa they should get what they need. 

okeyh sekian itu sahaja rempanan abang. orang yang baca sampai habis, korang nih memang gila la. tapi abang yakin, blog sendu abang nih mana kan ada pembaca. ha ha ha. seriously i never bother to check la sapa yang baca apa bagai. i write what i feel sajork. 

-meremAYIEpan-

No comments: