ha ha ha ha ha ha ha. okay ini sebenarnya kelakar. sebenarnya keBoss nak buat surprise kat abang lah konon kononnya dia tak nak abang tahu dia nak belanja abang kat mana. konon-kononnya hari sabtu tuh lah baru nak bagitahu abang makan kat mana. surprise sangats kan iyer nyers. ha ha ha ha. sekali, Pak Razib buat surprise kat keBoss abang nih hah. katanya nak buat ASEAN summit kat KL dan jalan akan ditutup berperingkat bagi memudahkan delegasi bershopping bermeeting di Kuala Lumpur. Setelah membaca perutusan dari langit itew di surat khabar dan Telibisyen, maka keBoss abang pun pucat2 basi la seadanya. akhirnya terpaksa la dia memberitahu abang ke mana arah tuju nya hari sabtu tersebut. anyway, jalan yang ditutup berperingkat tu hari khamis dan jumaat. sabtu dan ahad hanya tenagh hari jer kut but we wouldnt want to take any risk maka kitorang balik awal dari P.D tu. dalam pukul 3 macam tuh kitorang gerak dah keluar dari Grand Lexis and P.D.
On the way tuh keBoss nih heboh la nak makan doughnut pulak kan iyer nyers. abang yang punya birthday dia pulak yang berhenti buat atkins buat seketika kan nih dik. katanya birthday bagi pihak. aci macam tu? dia tibai 3 bijik donat dik! tigaaa habaq hang. dalam pukul 5 kut kitorang sampai and ada sejam setengah lagi sebelum nak boleh naik ke Troika Skydining tu. ketwat sangat kekdahnya restaurant tuh seolah2 macam kalau kita datang tak ikut masa akan ada lah orang yang membuat aksi Troika Skydiving kan?!
Maka keBoss mengsuggest la abang makan kek hembus2 tiup lilin katanya. ha ha ha abang was so suka dik.
kat sini banyak cakes dik, but the menu isn't limited to cakes only. ada juga main dishes, pasta and some other deserts. I didnt study the menu because I was so consumed and focused on the cakes. guess what, it is either the cheese cake or another cheese cake, choose I will. ha ha ha. shibal abang berangan nak jadik Yoda nih. I think i chose, macademia cheese cake something. one of my fav untuk cheese cakes. I used not to like cheese sebab bau masam masam bacin macam stokin dik tapi kan, abang telah ditipu oleh cik anom kau masa kecik kecik dulu. katanya cheese nih makanan orang kaya kaya dan kalau kita nak get into orang kaya kaya punya crowd kita mesti makan macam mereka. kau tengok mak abang dik, very der pandai saiko abang. maka tertipu dan tersuka lah akhirnya abang kepada cheese dan cheese cake. hey skrg nih, sarapan pun cheese sokmo yer, apa barang makan nasik sampai beruam muka? tapi orang yang nak membasuh kereta perlu tenaga banyak jadi kita faham dia perlukan nasik. ye lah, dapat jantan pun jantan tak guna kan. nasib baik tak dicagarnya kau dik, sebab nak berhutang. ha ha ha. ehhh abang carut apa nih? OooOOoo okay okay, korang jangan GAME kan abang yer!
KeBoss ordered her all time fav brownies choc fudge. abang rasa itu la namanya. kalau salah nanti, lepas dia baca entry nih dia akan hencap abang dalam whatsapp. tapi kalau abang buat salah, mengaku jer lah. tak de la pulak abang nak buat statement 'lagi!? ada lagi?!'. kau adalah berperangai syaitan laknat sangat. sesuailah dengan muka yang sebegitu. kawan kawan menyumpah kau, sampai sekarang hidup tak senang. you have reduced your life to just no one kan? sedeyh!! ehhh carut lagi!!
ha ha ha. look at keBoss punya facial expression. gembira sangats dia dapat makan dengan ice creams dan choc yang menggelegak kepanasan. it was a chaos punya menu, sama macam kehidupan kita dik but if you arrange the ingredients correctly, proportional to each other, there you go, a great taste of life dik. kau jangan jadik bitter all the time and whining about something without having the intention to improve the taste. kehidupan kau akan taste awfully. contoh terdekat, kita ambil iktibar dari hantu beruam tuh yer. kau orang jangan jadik macam dia. appreciate all the small things in your life. it is the detail builds up the giant (reputation/charisma). eh hello ni cerita pasal kek pasal apa nih!? jangan nak cari pasal kat entry nih yer. abang tak sebut nama. kau baca kenapa? hashtag - jangansentapkenahencap.
ginjal abang memang active dik, esp kalau abang membuat activity makan tak berhenti. maka abang pun meminta diri untuk ke tandas. ha ha ha. keBoss abang mmg bagus lah, balik2 tuh lepas duduk jer waiter nya datang dan bawak lilin apa bagai sambil nyanyi hepi besday to you. homaigod, macam mana ntah perasaan macam tuh. thank you so much keBoss!
These are some of the pictures yang abang sempat ambil sebelum bergerak ke Feugo Restaurant tu. ambiance kat sini sangat simple dan tak serabut. tetapi kena pandai pilih tempat sebab kalau kau tgk macam posisi abang tuh, belakangnya see through glass kan?! buat mereka yang mudah becak macam abang, jangan pilih spot kat sini sebab nanti kau sendiri yang becak. berhemah dan denagn hikmah. wahhh gitu. sekarang nih kalau kau selit2kan unsur agama dalam bahasa percakapan dan penulisan kau dik, ditambah dengan jubah serta sarban, insha allah, orang angkat kau jadi ugamawan. try lah. tapi kalau kantoi kena bantai kau tanggung lah sendiri. apa pun, hidup jangan menipu. contohnya macam hantu beruam tu, makanan rujinya selain dari nasik, adalah menipu. banyak sangat menipu dia dah lupa mana satu yang betul mana sayang ditipu. kemudian dia nak menipu acik nana yang cerdik, alahai malanglah kena kantoi. kesian kan?!
haaa dalam nam setengah tuh kitorang naik ke atas. ouh nak naik tu siap la ada acik guard yang tolong tekan kan untuk kau dik. huntunglah abang dibawa ke sini dik!
Fuego Troika Skydining
fuiyohhhh dik, sesampainya abang kat sini pun abang dah macam sakai kejakunan akibat kecantikan menara berkembar petronas itu. tapi kan kalau kau tgk kat area masjid tuh diorang tengah buat renovation or more to development. jadi pemandangannya ada cacat sikit la a month ago. not sure if they have completed the works.
anyway, abang tak rasa perlu buat review kut untuk Feugo ni sebab you can find many reviews written by more credible individuals. Cuma ada beberapa pesanan lah.
1. it is an open air concept restaurant. although they provide fans, portable and static ones, the temperature really depends on the day itself. please look at the weather forecast. kalau korang tak kisah panas datang la sesuka hati bila pun. anyway dia ada time untuk makan makan tau. kalau hujan still boleh dine in tapi kau punya view tak berapa best la kut and the drizzle may annoy you.
2. to me it could be a semi fine dining kut sebab they dont really have dress codes here. ada jer mat salleh yang pakai three quarter pants and shirt. ada jugak yang pakai lengkap satu suit tapi abang cadangkan korang dress decently la supaya tak awkward. anyway, no one really cares kau pakai apa pun. abang pakai collared t-shirt jer kut and tak der orang pandang2 pun. kalau mudah becak pakai la warna yang gelap2 sikit dik.
3. mereka ada time untuk makan kat sini. you can view the timing here, ye tekan la kat situ. kena buat reservation tapi kalau walk in rasanya bergantung kepada nasib la dik. ouh rasanya ni ada dinner jer. tak pasti la lunch ada ke tidak panas2 buta tu kan? korang call la sendiri yer.
4. yang datang makan kat sini biasanya bukan lah orang standard hantu beruam dan anak kecil masih dibenarkan dtg. ada jer mat salleh yang datang bawak baby dalam stroller bagai. cuma kalau kau bawak anak anak tu pastikan lah mereka tidak menangis atau masa tu la dia nak throw tantrum. orang datang nak makan, jadi kasik la keselesaan kepada guest yang datang yer dak. be considerate la sikit.
5. ada banyak nama makanan yang kau sendiri pun tak familiar. ye dik abang nih dah biasa makan kat hotel but i only understand english. dia bantai nama pelik2 kat menu card tu terbangang kejap abang jadik nya. so if you unsure, ask! the waiters and waitresses are well versed with the menu and they can even suggest you the must try or signature dishes. kau jangan la order benda yang kau tak tahu for the sake of nak rasa tapi bila tak sedap kau acah-acah upset. itu perangai orang bodoh, dan elok kau makan nasik jer yer. tapi kalau kau macam abang yang suka bereksperimentasi dengan makanan, and if happened makanan tu tak sedap kau tak upset, boleh jer order benda pelik2 nih. kau pun bukannya hari2 nak dine kat sini kan so abang suggest study the menu get the opinion from the crew there.
Appetizer
haaa nama dia sangat cute. guacamole!! abang suka nama ni. kalau ada anak kucing lepas nih abang nak letak nama 'guakamoley' ala ala genley dalam vidclip kat sini, haa tekan la situ kalau nak gelak kuat2. this guacamole comes with pisang yang dihiris halus then di baked kalau tak silap lah. ada jugak lotus and some other things yang abang pun tak tahu apa benda nya.
haaa salad nih fav abang dan keBoss pulak mengelinjang nak makan soft shell crab nih. oh god giler sedap lah the crab nih dik. crispy kat luar dia and dalam sangat-sangat lembut. makan nih jer pun kau dah kenyang dik. kenyang macma mana ntah lah kan tapi abang kenyang. mungkin sebab abang dah baham kek sebelum tuh and the cheese has started to kembang? could be la kan.
Main Course
okay yang ini agak controversial sikit yer. you need to read the menu carefully and you need to instruct the adik waiter really really carefully. other than that semuanya okay dik.
this is the nicest steak so far and next is the Ben's. memula sampai tuh kan abang rasa macam senduuuuuuuuu sesenduuuunya walaupun plating dia agak cantik. sekali bila pisau mengenai daging tersebut, wow! pendapatan abang berubah dik. tu la dont judge the book by its cover kan. kau tengok la dia punya black pepper sauce dia tu. tak ker macam sendu jer kan? haaa rasa lah dulu dik. dah rasa kau macam ala ala tak boleh berhenti walaupun tadi kau zikir tak menarik lah, kenyang lah. ha ha ha. ranjau kan nih.
sedap dik. abang mmg rekomen yang ini dengan sedikit modification lah kan. tapi kalau kau jenis yang tak kisah boleh jer order as it is. nampak dalam gambar macam kecik tapi sebenarnya sangat mengenyangkan. lagi satu, kalau nak enjoy steak nih kau ambik medium rare dik. kalau medium done nanti sejam makan pun tak habis leka mengunyah jer.
hujung-hujung tahun memang malam cepat sikit dik. abang ada la terbaca dalam facebook ada sorang ustaz nih cerita yang dunia nih nak kiamat dah sebab masa solat semakin cepat. alahai dik, kalau dia duduk UK agaknya mesti dia kata dunia nih mmg dah kiamat. bagi negara yang ada 4 musim atau yang jauh dari garis equator malam akan bertambah cepat (implies that waktu solat zohor, asar maghrib dan isya' menjadi lebih awal) tetapi subuh pulak agak lewat. sebab tuh abang tekankan nak jadi pendakwah nih kena ahli, dan perlu tahu la serba sedikit pasal ilmu dunia. ini kan dah memalukan diri. kalau masa sumer pulak, subuh sangat cepat iaitu sekitar jam 4 pagi dan isya' boleh jadi selewat jam 11 malam! kalau macam nih punya masa solat kau nak cakap apa dik? kiamat yang tertangguh? bagi negara yang kat garis khaltulistiwa, beza masa agak tidak ketara. paling banyak perbezaan pun dalam setengah jam. mahu jadi pendakwah mesti dengan hikmah, dan mesti dengan ilmu dik.
Dessert
makan punya makan hari pun malam. boss suruh order coffee and dessert sebab dia nak cukai. dia kekenyangan membahan donat tiga bijik dik. she suggested the churros. ha ha ha ha. letak lilin tiup churros pum boley dik!
All in all abang suka la kat sini dan harga dia abang rasa okay. you pay for the food, ambiance and the view.
The View
Thank you keBoss for bringing me here! I had a good time and i enjoyed everything presented there. the food, the view and your perangai yang macam macam tu kan. sampai kepenatan balik tuh terus membuta tak mandi mandi pun! ha ha ha ha. thank you and thank you again!
-hAYIEppy to the skAYIEy-




2 comments:
anononononooo... soooo sweet.... :D
ha ha ha ha ha... bella next time kita keluar makan makan lagi yer!
Post a Comment