ohoiii blog,
Happy New Year blog!! May this 2016 bring more happiness, joy, wealth and better health.
haa nih nak cerita sikit jer. sementelah abang pun dah kertu, abang tak der la heboh nak celebrate NY tgk bunga api bagai nih dik. dulu masa muda2 abang pernah la gigih ke bukit bintang. merasa la abang jadik binatang keluar 9:30 malam pukul 1 pagi baru dapat masuk KL. abang tgk bunga api dalam kereta jer. baik abang duduk rumah dan tgk bunga api kat TV kan. masa dulu tak der FB dik. sekarang nih lagi la, kau boleh celebrate tgk bunga api NY tuh hari2 atau tiap2 malam dalam FB. kau tekan jer play-replay. aci macam tuh. orang kata tak sama dengan tgk depan2. hallo benda alah tuh pun tak sampai setengah jam tapi nak hadap traffic nya berjam jam. hah berbaloi la sangat. tu belum cerita nak terkencing sambil memandu. hahahha cerita nak terkencing nih nanti abang bagitau ehk.
one the eve tuh memang tak pergi mana mana tapi abang pergi ioi city mall sebab nak beli wallet. wallet abang nih dah berusia 13 tahun pada 2 December 2012 yang lalu. masa abang habis sekolah dulu, abang jadik research assistant for 2 months and gaji tu la abang pakai untuk beli my first wallet. dulu gaji RA nih diorang bayar ikut suka jer la sebab tak ada ISO kan. skrg nih untung sebab bayar tiap2 bulan. so abang pun pergi la mencari2 wallet nya. sebenarnya dulu abang ada beli wallet fredperry. beli sebab brand dan sekali tuh abang rasa walletnya sangat besar dengan zip apa bagai. tu la beli sebab brand dan bukannya practicality iyer nyers. sudahnya adik abang yang rembat. then abang beli yang esprit punya. pun abang rasa besar compared dan bonbon abang rasa besar sajork. last2 wallet tuh hilang masa pindah.
so petang tuh abang try cari yang close to my current wallet supaya tidak terlalu besar yang boleh mengakibatkan abang tak pakai lalu teros diabaikan dan hilang. akhirnya abang jumpa dan abang rasa suka walupun jenamanya adalah ntah apa apa. terima kasih wallet cap unta yang berkhidmat untuk abang selama 13 tahun. no abang tak akan buang lah tapi abang akan letak dalam frame untuk abadi kan iyer nyers. see abang nih very appreciative kind of person, tapi kalau macam hantu beruam tu abang akan aBABI kan sajork. eh carut! kesian bebenar la wallet cap unta abang tu. dah terbarai kan dik. ada la beberapa kes duit tercicir kan nih. ha ha ha. kerana itu lah abang mencari wallet baru.
balik tuh abang bantai membuta but then dalam pukul 3 pagi tu terjaga pulak. bukan sebab nak tengok bunga api tapi ada budak nak keluar pergi hiking kat broga hill. the guard tahan tak bagi keluar so bila jumpa abang wajib la kena nasihat. masalahnya budak nih first time nak ke broga, jalan gelap kut pukuul 3 pagi tu. dah la malaysia ni kaya raya maka jalan2 sebegitu tak ada la lampu nak menyala. kau giler dik, kalau accident mak ngn apaknya akan bergembira grill abang. dah, kau duduk jer bilik diam2 pukul 6 nanti boleh pergi panjat.
nak sambung tidur tak boleh maka abang pun godek2 la youtube jumpa pulak cerita siam 'room alone'. a dram series yang mmg dramatic pelik pening kepala abang tgk lalu abang pun tertidur. boleh macam tuh kan? itu la yang terjadi dik. the next day tuh abang dah janji dengan boss nak g midvalley sebab nak pergi Sony centre. dia cakap pukul 11 dia sampai, kau agak2 pukuul berapa sampai dik? dia kan boss! ha ha ha. dekat2 kul 12 kitorang baru bertolak dari serdang.
haaa jalan tak la jam sangat tapi slow la sebab traffic agak sarat. sampai jer midvalley, tadaaaaaaaaa tak boleh masuk pun kan iyer nyers punya parking. rasakan dik. de-tour kitorang pergi ke One Utama dengan harapannnnn dengan la harapannnnnnn dapat parking.
Harapan tinggal harapan dik sejam abang pusing2 OU tuh tak dapat parking. sekali tuh perut sakit nak terkencing. boss tanya abg. 'ada botol tak?. ha ha ha cipet punya boss! ada ker patut dia suruh abang anu dalam botol. kitorang keluar p cari tandas dik. jilake nakarom sunguh. masa on the way tuh... kitorang nampak satu area nih penuh lah kereta kiri kanan.. laaaaa rupanya hari itu adalah Jumaat! abang tak ingat dik, abang tak semayang jumaat orang dah habis. nanges sangat2. kitorang berdua tak ingat hari tu jumaat! patut la tak dapat parking kan! lepas dah macam bertaubat nasuha sikit kitorang kembali ke OU dan nahhh sejam lagi berpusing2 sampai la abang hampir give up tetiba ada satu abang cainis dan 2 orang anaknya nih nak keluar parking. giler kau tak gembira dik. thank you abang cainis!
keBoss terus buat statement nak makan cinnabon and kyochon. aci macam tuh. apakan orang atkin's nih? abang yang terpaksa regulate boss abang nih. kalau dibiarkan nanti ada pulak meniaga cinabbon cinnabi cilabi dik. kau tengok la betapa gembiranya dia dapat mencukai cinnabon tu.
kyochon nih dah banyak kali kitorang makan. tak der benda nak review kut. keboss abang gumbira jer nih dapat makan ayam yang macam macam perisa katanya.



abang macam biasalah mesti order set yang ini sebab memang fav abang yang ini. bukan sebab nasik tau! hahahah kau jangan sama kan abang dengan hantu beruam jilake tu. ouh tadi abang ada tengok la laman sesawang kawan abang yang buat boarding. abang tgk nama hantu beruam dah tak di tag lagi kat situ.hai, dah gaduh ker? ha ha ha ha. kan, tu lah kau mengata abang kuat bergaduh tapi hakikatnya kau la yang kaki gaduh! nanti abang g korek cerita ehk. lepas tu nanti abang tulis kat sini. alaaa abang pun teringin jugak nak buat perangai bugima kau. aci macam tu? ha ha ha ha. tak koser la sunds. hantu macam kau memang very predictable. ehhh apa mencarut nih!??
selepas makan, abang nak pergi sony centre tu lah ingat nak cari lapitop. sekali pusing punya pusing punya pusing, ala macam hantu beruam yang kuat menipu lepas tuh bila kantoi dia akan pusing cerita beratus2 darjah, begitu lah keadaannya kitorang cari sony centre tuh. kesudahannya kitorang tanya kat satu orang abang ni dia cakap sony centre tuh dah lama tutup dik. abang sangat kaciwaaa! lalu demi mengubat kekecewaan abang, hiks abang pergi GAP! selebihnya yang berlaku dalam GAP tuh, hah adalah rahsia. rahsia sangat howts story macam iQrams nih. abang dengan baik hatinya memproteks 3 baju nih bukan macam iQram proteks abang tau! hahahahha. ranjau abang mencarut lagi.
selepas berpuas hati meronda2 di OU, abang cakap jom pergi IOI cit mall. ha ha ha. cipet kena hencap dengan keBoss sebab dia kata walau kemana pun kita pergi, IOICM tetap di hati. di mana shopping mall dipijak disitu IOICM dijunjung. ha ha ha ha bagaikan dipijak2 perasaan perasan abang. tapi abang tak sentap dik dengan berkata 'lagi?!? ada lagi?!'. tak dik, abang rileks jer.
sampai2 jer kat IOICM abang pergi ke kedai kompiter dik. ha ha ha ha adik salesgirl tuh teros jer cakap 'haaaaaaaaa ni yang abang datang banyak itu ari kan?! itu ari ada datang kan?!'. ha ha ha ha. mampus tergulik gelak abang kat situ dik. akhirnya lepas abang interview dia setengah jam abang pun ambil keputusan untuk beli. punya la gembira dia dik. she probably gets some commission kut. rezeki dia dan dia pun baik. tak ingat nama dia. kalau korang nak g beli lapitop ker atau barang2 kelengkapan computer boleh pergi la kat JayaCom IOICM. cari adik perempuan dan dia freehair. baik dan peramah. quite good dengan product yang dia jual. sebelum datang pun abang ada la tgk2 sikit dan abang tanya2 dia, she knew what she explained. tapi jangan la kau suruh dia lukis all the circuit diagram dik. bugima kau kan. ada satu lagi kedai komputer, lagi besarrr tapi pekerjanya ramai orang asing. abang tanya, lepas tuh abang sendiri tak paham apa yang dia nak sampai kan. he neither can speak english nor malay. i have no objection dengan orang asing yang bekerja kat sini tapi kalau nak beli abang nak tahu la apa benda abang beli.
we need to wait about 20 mins kut sebab dia nak set up sekali. sementara tu apa lagi makan lagi lahhhh!


Adik tu call kata dah siap. lepas pergi ambik, kitorang ke Tomaz. ha ha ha. kasut abang tetiba kat rumah tuh koyak pulak katanya. ha ah perkhabaran tuh datang dari hantu yang melayang2 tersangkut kat tingkap dan abang fire fire fire dia. ha ha ha ha canmaribai cibai kau dik buat cerita tipu.
haaaa ni pulak keadaan boss abang. dia dah tak keruan kan nih. tadi kat OU dia dah rembat kasut 2 pasang. masuk pulak HnM dia rembat lagi baju. masuk PDI dia rembat lagi sweater. eh ewah ewah, dia nak raya cina agaknya!
haa macam nih lah dia dik. gembira kan mukanya. oleh kerana tahun 2016 adalah tahun berjimat cermat, heyyyyy Big Mama dah pesan okeh dalam perutusan tahun baru, maka abang mengheret keBoss abang balik. begitulah New Year kami. dah bangka2 nih tak der la heboh nak ke sana sini dik. kasik chance la orang muda celebrate kan. ha ha ha. okay itu sahaja abang nak cerita untuk adik adik abang semua esp gang garu garu
SELAMAT TAHUN BARU 2016!








No comments:
Post a Comment