Friday, March 10, 2017

Sesat Lagi: Antara Bukit Kutu dan Gunung Rajah

ohoiii dik! 

haaa abang dengan kawan kawan abang dah buat kelakar dik! kitorang plan nak ukur Bukit Kutu sebab asik dengar orang bercerita jer pasal bukit ni. kitorang pun pergi la mencabarkan diri iyer nyers. kakZa (ni nama rina untuk tahun 2017 yer) tak kisah sangat sebab dia Olympian. pagi okies kitorang bangun. Amri sampai tepat jam 6 pagi. dia memang on time all the time sebab malam sebelum tu dia balik Nilai ada kerja. dia kena drive pagi tu. JepJep dengan Ichi pun siap and when Huda sampai kitorang bertolak. singgah Pertonas kejap katanya nak beli macam macam. kereta Rexton tu kena lipat2 dan ichi jepjep duduk belakang tu. bila nak naik abang belum sempat masuk si Amri dah jalan dik. nasib baik la tak dilenyek kan iye nyers kaki abang. cuma sakit sikit jer lah.

Since semua pun belum bekpes lagi we decided to berenti kat 'kedai mak mertua abang'. ha ha ha. panjang ceritanya dik. ini 4 tahun lepas punya cerita! ha ha ha. ada masa abang cerita. kau tahu dik punya la lapar (the night earlier abang tak makan apa apa kononnya diet) abang makan nasik lemak! tak pernah abang buat perangai macam tu dik. tengok gambar tu, gembira kan muka abang?! ha ha ha. kau tunggu dik. 

Amri cakap dia bawak kereta macam aunty-aunty lah katanya. sekali dia drive macam setan pelesit dik! mengucap berzikir abang dalam kereta. persimpangan nak masuk ke kampung pertak tu, haaa dia buat corner baring. masuk islam budak budak ni semua. ha ha ha. haaaaaaaa bila perut dah digodak godak dik, kau agak apa yang terjadi dengan ikan bilis dan sambal nasik lemak dalam tu? ye betul, kau pandai dik. mengelinjang mereka nak keluar tapi dia punya rasa macam lite2 jer lah. abang rasa macam boleh tahan lagi lah. abang pun diam dan kami meneruskan perjalanan. Yaaaaaaa..Allah ramainya  umat manusia. manusia2 nih ikut suka hati dia lah. dah macam lanchiausan jadiknya area bawah kaki bukit tuh. 



kalau mengikut pembacaan kitorang nak ke Bukit kutu nih ke kiri ke kiri and kiri all the way. kami dengan taat dan setianya pergi la mengkikut petua pembacaan tersebut. ha ha ha ha. kebetulan masa baru nak start tu ada jumpa orang asli OKU. dia pekak and bisu kalau tak silap. dia pun bagi instruction yang hampir sama dengan apa yang ditulis dalam blog tu. kitorang start mendaki pukul 8:20 pagi. 3 jam macam tuh kitorang terserempak dengan 2 orang adik Hikers yang baru nak turun. diorang ber camping bagai kat atas tu. Rina tergerak hati nak bertanya diorang is this the correct way to bukit kutu. terperanjat diorang dik. mengucap terus diorang sebab ini jalannya nak ke Gunung Rajah. ha ha ha. abang terus buat pantun hencap

Pergi mendaki Bukit Kutu,
Sesatttt! ha ha ha ha ha.

Gunung Rajah kalau kau hiker yang pro biasanya ambil masa 12 jam untuk sampai atas. biasanya budak2 ni akan naik dalam tengah hari, bawak camping punya equipment dan berkhemah kat kem botol or kem renoma. kitorang speku nama nama kem nih diambil sempena barang yang banyak tertinggal kat situ. kalau kem botol banyak la botol. kalau renoma?! banyak spenda kut dik? ha ha ha ha.

sebelum nak sampai kem botol tu kitorang kena turun lereng bukit yang amat curam dengan menggunakan talipinggang keledar. kau jangan main main. kat sini banyak kena cross anak sungai kecil tapi kalau kau boleh melangkah it is better that way. tak payah nak poyo beratkan stokin kau dik. hah gambar bawah tuh trail menuju ke Gunung Rajah dan cenuram yang kitorang kena turun.sampai terbosey perut abang dik. 

finally dik kitorang sampai lah kat kem botolnya. kem botolnya itu lah secoet jer kemnya dik. kem renoma isnt far tapi kan abang masa tuh muka dah macam taik sebab menahan sakit perut nak berak. 

Duduk sekejap melepaskan lelah bergambar selfie apa bagai kemudian kitorang pun decide turun. kalau abang tak sakit perut sure kitorang dah sampai atas sikit lah kem renoma tu. sorry kawan kawan. next time abang janji la tak makan nasik lemak. 

on the way turun ke bawah tu dah berair. memang licin lah. abang tergolek 2 kali. satu abang tak dapat nak balance kan badan pasal kaki sakit and kedua abang tak focus. mana nak tahan berak apa bagai lagi. tapi halfway turun ke bawah tuh dah tak rasa nak berak pulak. cipet tak dik?!

kakZa macam biasa akan berlari la turun naik gunung nih. abang maintain dengan pace biasa abang. tak mampu dik nak berlari lari safar ke marwah nih. ha ha ha ha.

sesampainya kat bawah astagafirullahhhhh barulah rasa penat. melepak kat sungai tu sambil makan. haaa masa nih Dua-Insan-Becinta (DIB) berawak awak berkueh kueh mereka. nama baru diorang Abang Kueh AdeKueh. Si JepJep heboh lah nak kuih pedas la apa lah. si Ichi dengan selamba nya jawab,

Hey kat sini tak ada pedas pedas lah.
             Yang pedas tu mulut BangBo jer. 

ha ha ah ha. menghencap abang dengan hebatnya! all in all we managed to hike up to kem Botol  (a quarter of bukit kutu) and turun in 6 hours. 



Bukit kutu is a different ball game. it is Broga all the way  up and in some trails they are steeper. Gunuh Rajah nih the fofirst 2 hours jer yang senang, the rest tuh macam nak terberak abang dik. macam macam cenuram kitorang turun naik.

lagi dua tiga hari kitorang nak mendaki Bukit Kutu. kali nih betul2 punya sebab dah siap kukis peta apa bagai ni. sesat jugak abang tak tahu la nak cakap apa. ha ha ha memang kuasa alam tak boleh dicabar lah.

okay itu jer nak cerita, tunggu la apa jadi kat Bukit Kutu tu pulak.

-buAYIEkit kuAYIEtu-

1 comment:

Hayati Ghazali said...

I selalu baca yr blog and i love it especially cerita pasal kucing/anjing...eh..i perasan member u rina tu dah kurus lah...cograt to her :-)