blog oh blog,
kata kanak-kanak itu:
"saya ini ibarat kereta ferrari. tapi saya dipandu seperti kancil. kalau kereta ferrari dipandu seperti kancil, maka rosaklah kereta itu".
barangkali ramai yang akan menyanggah apa yang kanak-kanak itu ujarkan. barangkali ada pulak yang mengangkat darjat kereta kancil itu kalau dicat merah, dipandu laju sama tarafnya dengan ferrari. hakikatnya, kita tahu yang kereta kancil tidak akan sama dengan kereta ferrari.
tertarik dengan apa yang dicakapkan oleh adiputra, dia adalah ibarat ferrari. secara peribadi, aku merasakan dia adalah benar dalam menpersonafikasikan kereta itu. ferrari itu dicipta untuk pemnaduan laju. kalau dipandu perlahan, ianya tidak rosak, cuma menjadi kezaliman kepada yang memandu kerana tidak meletakkan yang hak pada tempatnya. ferrari itu dicipta untuk bergerak pantas di atas litar yang khas, yang bersesuaian dengannya. ianya bukan untuk membawa penumpang. matlamat ulung adalah untuk bergerak laju ke hadapan, cuba untuk mengurangkan panduan tersasar dan seterusnya tiba di garisan penamat dalam masa yang paling minimum untuk satu perjalanan yang panjang. mana mungkin ferrari layak bersaing dengan kancil??
itu adalah adiputra. dia dicipta (dilahirkan), bukan untuk bersaing dengan kanak-kanak seumur dengannya. malah tidak keterlaluan kalau aku katakan, yang dia jauh lebih baik dari pelajar matematik aku dan barangkali dia lebih bagus dari aku! agak terperanjat bila dia menyangkal bahawa nombor infiniti bukan lah nilaian angka terbesar. kagum, kaget dan takjub dengan kehebatan adiputra. bahawasanya, bukankah Dia penyimpan khazanah ilmu yang akan kering seluruh air lautan dan habislah dedaun sekiranya mahu dicatat isi peti ilmu itu. dengan itu, tersangkal juga la orang yang merasakan dirinya sempurna, bijak dan pandai.
tidak salah kalau ada yang memanggil adiputra seorang yang genius. genius dalam kata yang lebih umum,
A genius is a person of great intelligence, who shows an exceptional natural capacity of intellect, especially as shown in creative and original work. Geniuses always show strong individuality and imagination, and are not only intelligent, but unique and innovative. The term may also be applied to someone who is a polymath, such as Goethe or da Vinci, but a polymath is generally considered a well-rounded genius, gifted in many areas, e.g. math, physics, art, poetry, etc.
Einstein, for instance, was a genius in physics, but not necessarily in other areas such as art or literature.
ada juga yang menakrif kan genius dengan lebih spesifik. tapi itu bukanlah fokus pertikaian. bawaan contoh Einstein, amat menarik. samalah seperti adiputra, dia adalah genius dalam matematik, maka adakah sesuai penilaian UPSR kepadanya? kita bukan mahu menguji kepandaiannya dalam kesusateraan, atau dalam bidang geografi atau dalam subjek yang lebih umum. masalahnya, mentality orang kita, memandang sepi kepada keadaan ini. kita tidak mahu mengambil kesempatan untuk mengembangkan potensi adiputra. malahan ada pula pak menteri yang berkata "kalau adiputa betul2 pandai, dia sepatutnya bersekolah seperti biasa, dan menduduki UPSR, PMR seterusnya SPM". itu reaksi pak menteri. memang lucu bila orang yang tidak ada latarbelakang sebagai pendidik, memegang tampuk pemerintahan kementerian itu. adiputra bukan kanak-kanak biasa. adiputra bukan sekadar pandai. dia sepatutnya diajar oleh golongan cendiakawan, kerana dia telah dianugerahkan sesuatu yang menjadikan dia luarbiasa and tidak biasa.
aku tidak pernah terkejut, kalau minda anak anak kita tidak berkembang. aku tidak pernah pula melatah bila yuran sekolah melambung lambung setiap tahun. saban tahun, aku akan terkesima mengapalah orang orang yang berpendidikan tetapi tidak berpelajaran menyusun atur sistem pengajian. kehairanan itu masih kekal sehingga kini dan masih belum ada penyataan jawapan yang agak memuaskan. sekadar "dia mampu membuat kerja" ataupun "dia mampu memimpin" adalah jawapan yang agak tidak matang. apkah kerja yang mampu dia buat? siapa pula yang dipimpinnya? sedang masalah kanak kanak adiputra ini pun tidak mampu diselesaikan, apakah permasalahan yang lebih besar pentadbiran itu akan berupaya mengesyorkan jawapan?
sebenarnya, adiputra tidak keseorangan. kanak-kanak yang hafiz, biasanya adalah kanak-kanak yang genius. baca betul-betul, kebiasaanya. menjadi hafiz memerlukan ingatan yang kuat, disiplin diri yang ketat, senantiasa mencari jalan yang memudahkan suatu permasalahan (menjurus kepada 'problem solving'), mengunjurkan metodologi dan pendekatan yang kreatif, dan yang lebih penting mereka ini adalah ahli fikir. seorang hafiz harus menguasai bahasa arab yang bukan mudah dengan nahu dan saraf nya. malang sekali, bila mana kita menyebut subjek hafiz, kita terikat kepada pangkal lingkungan keagamaan.
seharusnya anak-anak ini diasuh, digilap dan dibakar semangatnya. mereka harus dihimpunkan di atas satu litar, diberi tunjuk ajar untuk bergerak di atas litar tersebut menuju ke garisan penamat. dibiarkan bersaing secara sihat, dibiarkan menerokai ruang dan dunia yang mencabar mereka. bukan diperuk mereka di takuk jumud dan keangkuhn kuasa. kita tahu dan sedar, jika mahukan seisi dunia, ia berkehendakan ilmu, jika mahukan keselesaan akhirat, ia juga menuntut keluasan ilmu.
masa tidak lagi berputar seperti zamannya aku. anak-anak ini tidak lagi sebaya dengan aku ketika mana umur mereka seusia dengan aku dahulu. mereka telah mendahului masa mereka, mendahului masa aku. sekiranya mereka ini ditahan dari bergerak kehadapan, aku nantikan sahaja keruntuhan suatu peradaban itu. dalam seusia, apa yang aku panggil budak ingusan, mereka ini telah boleh berbicara tentang perang israel. mempertikaikan permasalahan orang dewasa, mengkiritik dan mencadang sesuatu yang kadang kadang tak terfikirkan oleh kita orang dewasa.
sepatutnya institusi pengajian tinggi, yang kononnya bertaraf dunia, bersaing mahu menempatkan lokasi diri dalam keseratusan utama, mengambil adiputra duduk semeja dengan para siswa dan siswi. bukan bermakna memberi layanan istimewa, tetapi memberi layanan yang berhak diterima adiputra. kita boleh melakukan pelbagai pengecualian (tak lupa juga pengeculaian kemasukan yang memudahkan anak para teknokrat melangkah masuk institusi pengajian tinggi), pengecualian cukai,pengecualian bayaran balik pinjaman/biasiswa serta pengecualian itu dan ini, dan aku tidak nampak kenapa kita tidak boleh melakukan pengecualian kepada adiputra. secara kasarnya, aku lihat adiputra jauh lebih baik dari pelajar pelajar yang pernah aku ajar!! sekiranya adiputra gagal ketika dia di institusi ini, maka pentadbir itu punyai alasan kukuh untuk terus kekal jumud dengan minda tiada kelas nya itu.
kita bersambung merungut lagi selepas ini~salam jumaat!
kita diselorohkan dengan slogan, mengangkasa bangsa. maka berlaku la percakapan di sana sini tentang memperkasakan tentang pembangunan modal insan. tidak akan terbangun suatu bangsa sekiranya tidak ada sistem pendidikan yang baik. apa yang dikatakan sistem pendidikan yang baik? sistem yang memberi peluang kepada rakyat untuk menjadikan pembelajaran suatu agenda yang berterusan. rata-rata rakyat malaysia, pada pengamatan aku, akan berhenti belajar apabila selesai menerima kepingan sijil diploma atau ijazah. bila mana ditanya mahu atau tidak menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, lebih dari separuh menolak idea itu. gagasan memperkasa dan mengangkat bangsa ke angkasa itu hanya tinggal cakap cakap yang menjadi modal untuk satu sela masa iaitu dari sekarang hingga mac atau dari sekarang hingga mac 2009. selepas dari tarikh itu, masanya untuk memperkosa apa yang patut. bukan salah rakyat sepenuhnya. bila mana bebanan terlalu banyak dengan tuntutan untuk menimba ilmu yang tidak setimpal, usul untuk menjadikan pembelajaran suatu proses yang berterusan pastilah ditolak mentah mentah. sekiranya kita benar benar mahu mengangkat bangsa ke angkasa, ianya bukan sekadar slogan. letakkan orang yang benar2 tahu apa yang dicakapkan di tempat yang betul dan letakkan orang yang tahu bercakap ditempat yang lain. ada perbezaan antara orang yang tahu bercakap dan orang yang tahu apa yang dicakapkan.
kita bangga bila ada anak anak yang mendapat 17 A 20 A dan 22 A. kita menghukum mereka yang tidak punyai banyak A sebagai tidak pandai. ada juga yang mengatakan mereka ini bodoh. dalam beberapa kes, barangkali ada benar budak budak ini yang bodoh tetapi kebanyakannya mereka ini gagal mendapat keputusan yang memuaskan akibat kemalasan. jumlah A bukanlah pengukur mutlak tentang kepandaian seseorang. bergantung kepada cara penilaian dan cara dinilai pada masa tersebut. kalau dahulu ketika LCE dan MCE, 1 atau 2 A sudah cukup sebagai indikasi kepandaian. mendapat gred 1 dengan aggregate besar juga dikira dalam kelompok pandai! zaman sekarang untuk mencari mereka yang purata mendapat 10 A adalah mudah. konsepnya sama seperti inflasi, gaji yang dinaikkan tidak pun sampai suku peratus tetapi barangan naik berganda ganda dengan alasan tidak mampu menampung perbelanjaan pengurusan pentadbiran. di sini timbul persoalan, apakah nilai A yang pelajar pelajar ini miliki?
tidak, aku tidak pernah mencemburui jumlah A yang mereka perolehi. aku sendiri pun mendapat A yang penuh semasa SPM. cuma ketika itu aku dibataskan dengan jumlah subjek sehingga 9. tidak lebih dan tidak kurang. yang menjadi titik gelak ketawa bila mana pelajar pelajar ini tidak mampu menyudahkan semester demi semester dengan purata nilaian gred dengan baik. anehnya, pelajar yang sederhana latar belakang keputusan peperiksaannya, mempunyai gred nilaian yang lebih baik. jadi, SPM bukan faktor penentu kepandaian seseorang. soalan, adakah corak penilaian dan sukatan SPM masih releven? kita biarkan yang pakar bercakap di atas sana menentukan.
tetapi itu tidak bermakna aku menolak, tidak menghargai jumlah A yang pelajar pelajar ini kumpul. bukan mudah untuk mendapat A dalam 22 subjek mahupun 17. ini merupakan salah satu kayu ukur penguasaan pelajar dalam subjek subjek tersebut dan pengurusan masa yang baik oleh pelajar cemerlang ini. oleh kerana komitmen dan ketetapan dalam membuat keputusan mereka mampu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. begitu juga bila ada yang mengatakan CGPA tinggi tidak menentukan seseorang boleh melakukan pekerjaan, aku kurang bersetuju.
seringkali kalau aku berkesempatan berbual bual dengan kawan kawan yang bekerja di kilang yang kini menjawat jawatan pengarah, pengurus dan jurutera kanan, mereka mengatakan pelajar lepasan IPT tidak mampu membuat kerja. ayat pembuka kata aku senang sahaja,
"eh kau dah lupa ker yang kau dulu masa mula mula masuk kerja pun tak boleh kerja kan? sebab kita tak belajar kat kilang nih. kita belajar kat universiti. kita belajar kebanyakannya teori dan sistem yang kilang gunakan bukanlah apa yang kita belajar. kau dah lupa ke yang permulaan kau dulu sama macam budak budak lepasan IPT ni jugak".
ini pun satu permasalahan orang kita. mudah sangat hilang ingatan hingga kadang kadang bercakap seperti hilang akal meracau racau. mereka lepasan ijazah dengan CGPA yang baik sebenarnya menzahirkan apa yang tersirat tentang diri mereka. salah satu nya, mereka ini pastinya seorang yang rajin dan berusaha. tanpa usaha A tidak akan datang bergolek dalam transkrip peperiksaan. tahap kecekapan mereka ini jugak, pada pendapat aku, agak berbeza. dalam bahasa mudah nya "cepat pick-up" iaitu mereka ini mudah diajar. tidak perlu pengulangan berkali kali. kita tidak boleh mempunyai ekpektasi yang tinggi pada permulaan setiap sessi pekerjaan. namum pada yang mempunyai CGPA yang baik, mereka cepat menyesuaikan dan beradaptasi untuk menjadi produktif. sekali lagi, tidaklah pula aku nafikan mereka yang mempunyai CGPA dibawah purata tidak boleh membuat kerja. itu bergantung kepada keupayaan dan kebolehan dalam melangsaikan pekerjaan. masih, antara ferrari dan kancil tidak akan tersaing yang terkemudiannya.
cabaran dalam sistem pendidikan bukan sebarangan. sistem ini perlu ada asas yang kukuh iaitu perlu bermula dari pra-persekolahan hinggalah ke bangku menengah. asas ini adalah loncatan seterusnya untuk ke peringkat yang lebih tinggi. cabaran dalam sistem pendidikan rendah adalah menyediakan pelajar untuk ke peringkat yang lebih tinggi. cabaran sistem pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan pelajar yang menghargai pembelajaran sebagai agenda seumur hidup. dan cabaran pentadbir sistem pendidikan dan pengajian ini adalah untuk mengangkasakan sistem pendidikan menerusi memperkasakan para pendidik dan yang dididik. bercakaplah dengan akal dan fikiran, jgn nanti menjadi seperti ayah pin pemimpin kerajaan kayangan (langit).
-CheAyieGu garang kuat membebel-
No comments:
Post a Comment