Monday, January 28, 2008

CeriTa: TenTanG kehiDuPaN

blog,

bercerita tentang kehidupan tidak ada pernah sudahnya. barangkali mati pun belum tentu menyudahkan cerita kehidupan itu. kerana akan disambung cerita itu oleh yang lain, dan kita akan memulakan penceritaan yang baru di alam baru.

bercerita tentang belajar, tidak ada hentinya. ramai yang bertanya, bila mahu ke seberang laut, menyambung pengajian. kadang kadang tidak terlarat mahu menjawab. aku bukan datang dari keluarga yang kaya raya. dari golongan marhaen, diangkat perlahan lahan oleh Dia menjadi golongan dari yang sederhana. kemudian diberi peluang untuk memajukan diri. semoga aku tidak akan ria'. untuk menyambung pengajian, kalau ditempatkan di institusi tempatan, aku tidak punyai masalah. tapi sudah takdirnya aku terpaksa menunggu giliran untuk di bungkus mengaji ke luar sana. pada peringkat umur begini, tempat pengajian bukan lagi yang utama. sudah jelas pada aku, tajuk kajian dan usaha yang berterusan menjadi penentu kejayaan. ah, bercakap tentang, pengalaman yang bakal diperolehi di negara luar, aku fikir tidak ada beza nya. sudah sekian ramai orang kita yang katanya berterbangan kesana sini, namun bila pulang ke sarang, yang aku boleh kiaskan seperti sarang tikus, pemikirannya kembali ke takuk yang lama.

aku berpeluang berbual bual dengan seorang yang berpengetahuan, tetapi amat sederhana perwatakannya. oh, umurnya, belum lagi menjangkau separuh abad. katanya,

kita kena belajar, dan kita kena ada ilmu, supaya kita tidak perlu memandang tinggi pada orang lain.

aku agak kehairanan. aku menjangkakan yang dia akan menyambung ayat itu tadi kerana nadanya seakan tergantung. dan akhirnya dia mengalah, dan menyambung ketergantungan ayat yang menyebabkan dahi aku berlapis dengan kerut, tanda proses penuaan sedang pun berlangsung.

tetapi kita kena belajar lebih lagi dan tinggi lagi, supaya kita tidak memandang rendah terhadap orang lain. dan itu tidak diajar di dalam kelas.

betul! bukan mudah untuk tidak memandang rendah terhadap orang lain. ada sesetengah orang mengangkat dirinya ke langit yang 7, maka rendahlah orang yang biasa ini pada pandangan pemikiran singkatnya. ada pula orang yang akan merendahkan orang yang biasa ini, maka terangkat takjub lah dirinya. antara merasa takjub dengan diri sendiri dan yakin dengan diri sendiri ada jurang yang amat jauh memisahkan cirian ini.

kita belajar, punyai ilmu punyai dunia, supaya dapat berdiri setanding dengan yang lain. tidak akan wujud dalam diri apa yang dipanggil 'inferiority complex'. kadang kadang kita diperlekehkan bila mana bercakap tanpa ada latarbelakang pendidikan yang baik. sbaik mana pun hujah yang kita beri, kadang2 tersia begitu saja. alasannya, latar belakang pendidikan tidak mencukupi untuk menyokong apa yang dihujahkan. adat manusia memang begitu.

aku rasa blog ni dah bunyi seperti makcik makcik pulak~

-makAYIEcik kAYIEpoh

2 comments:

Anonymous said...

makcik? makcik pon makcik la ayie.. janji ape yg ko cite tu berasas.

tp ya, adat manusia mmg camtu.. kan?

Belladonna said...

Memang betul, Lesson In Life 101 tak diajar dalam kelas. But it would be nice tho if educated people can be humble at the same time :)

Bah, esok lusa kalau ko dapat Phd jangan lupa aku aa..