Thursday, January 31, 2008

HaLaL daN HaRam: JeLas dan NyaTa

blog,

dua hari lepas orang dari pusat alumni datang kolej, nak buat penerangan tentang peri pentingnya menjadi alumni yang menyumbang dan alumni yang kembali semua ke univeristi. awalnya aku serasa malas untuk pergi. walaupun aku adalah kini alumni UPM. awalnya aku merasakan tidak ada apa yang istimewa dan tidak ada pun yang pentingnya menjadi alumni ini. sekadar menjadi bekas (atau lebih dikenali dengan perkataan EX-) pelajar, tidak lebih dan tidak kurang.

program yang dijangkakan bermula jam 8 , seperti biasa tidak akan bermula tepat pada waktu nya. aku yang pada mulanya berkeliaran di tempat program akan berlangsung sekitar jam 8, akhirnya pulang dulu duduk menonton berita. hampir jam 820 malam baru aku kembali ke tempat program. azhar, pengarah program menjemput untuk minum dahulu. refreshment katanya. untuk refresh apa, aku kurang pasti. untungnya meeting/program dalam badan kerajaan adalah kerana makanannya! sebelum program makan, lepas program pun makan. tapi jgn salah kan aku atau jgn salahkan kami, itu kan polisi kerajaan. menentang kerajaan bererti anda telah menderhakai negara. jadi, bila disuruh makan, aku tidak akan menolak. bak kata pepatah, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari (kebanyakan masa, mush yang mencari aku. aduhhh).

tidak berapa pun lama, datang hadir adalah penceramah yang disebut2.aku tidak pernah bertemu atau mengenali dia, cuma dikenalkan oleh azhar yang dia seorang wanita dan pensyarah di fakulti verterina. mengkagumkan seolah dia mempunya satu aura yang bisa membuat semua orang hormat dan terus merasa selesa bila kala dia bercakap. namanya, prof madya dr kalthum. dan dia mula berkenal kenalan. pada pandangan aku yang singkat semasa berbual dengannya, dia mempunya PR yang amat baik! tidak kekok untuk berbual dengan rakan yang sebaya dengan nya (felo: en azmi) dan tidak pulak menjauhkan jurang dengan mereka yang dia boleh anggap sebagai anak. aku??? tolak ketepi ketengah masih begitu. sekali lagi mengambil pendekatan mendiamkan diri dan lebih banyak mendengar. dia, bukan sebarang orang, dan dia tidak cakap sebarangan.

menceritakan banyak pengalaman dan menceritakan kejayaan alumni2 UPM. pada awalannya UPM yang lebih dikenali dengan sekolah pertanian malaya, tertubuh lebih 75 tahun dahulu. rupa rupanya ramai orang yang hebat telah dihasilkan melalui didikan pensyarah dari namanya sekolah pertanian hinggalah UPM! seringkali, ramai yang memperlekehkan UPM, umum mengetahui putra itu asalnya adalah pertanian. diubah kerana ingin memenuhi tuntutan seruan kerajaan ketika itu mahu menjadi negara industri. membangunkan bidang pertanian selari dengan industri dan teknologi. setengah jam lamanya. kemudia dipanggil untuk masuk ke lapangan, dia menyampaikan apa yang patut diketahui oleh pelajar yang bakal mengahabiskan sessi pengajian. gabungan 2 kolej, strateginya memanggil pelajar dari jantina yang lain, bakal mengumpan kehadiran pelajar kolej aku. nampaknya percaturan itu kurang memberi kesan. lebih ramai yang duduk di dalam bilik menelaah (aku bersangka baik) kerana bermulanya dari minggu lepas telah pun berjalan ujian pertama. maaf la yer Dr kalthom.

selesai. masa untuk makan lagi. kali ini nasik goreng dan lauk pauk. dan kali ini Dr K berbicara dengan lebih hebat lagi. presiden MTM agak pandai memilih tajuk dan dia sememangnya seorang yang pandai mengunjurkan provokasi dalam senyap. soalannya bersiri. aku dapat meneka apakah soalan seterusnya. dia memang bijak! tapi aku rasa orang lain pun dapat mengagak, apakah lingkaran soalan yang akan ditanya.

soalannya terarah kepada halal dan haram memegang anjing/babi dan isu pelajar perempuan yang bergambar dengan babi tidak lama dahulu (atau barangkali sudah pun lapuk isu ini). DrK mmg bersemangat dalam menjelaskan isu ini. selepas soalan itu diajukan, dia bertanyakan soalan "what's wrong with that (taking photograph with the babi ).

kata DrK, tidak ada ayat dalam Quran atau pun hadith yang mengharamkan kita menyentuh binatang ini. ya binatang ini najis tapi tidak haram untuk menyentuh mereka. setelah menyentuh, tersentuh atau disentuh, maka adalag wajib bersuci iaitu dengan menyamak mana mana bahagian yang tersentuh atau disentuh, sengaja ataupun tidak. sesiapa yang mengesyorkan menyentuh binatang binatang ini adalah haram, bilang dia, "jgn sampai menjatuhkan hukum mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram".

aku sekali lagi ingin menegaskan, bukanlah orang yang ahli dalam hal yang menentukan halal dan haram. ku bertaklid pada imam yang 4, aku mengikuti apa yang ditinggalkan rasul dan apa yang terakandung dalam al-quran.

kata DrK lagi, kenapa kalau vet mesti babi dan anjing. kenapa kalau buat research mesti dari 2 haiwan ini? kata dia, kerana babi exhibits trait yang paling hampir dengan manusia (terlopong: dan tidak pulak aku ketahui). apa sahaja ubat yang diberi pada babi, kebiasaannya boleh diberi kepada manusia. kemudiannya, babi ini kaya dengan penyakit, dan kadang2 ada penyakit yang hampir serupa terdapat pada manusia. itu sebabnya mereka (ahli vet), membedah babi dan membuat kajian keatas babi. (pesanan penaja: jgn selepas ini ada pula yang memandai mandai mengatakan babi dan manusia bersaudara atau asal manusia bukan dari Adam tetapi dari babi.).

aku tidak mahu membahaskan apa yang telah terang dan apa yang telah nyata. dan aku berlindung dari perkara shubhaƔh. perkara yang tidak jelas dan ragu2 keadaanya. aku tidak pandai berbahasa arab. aku tidak mahir dalam mengqiyaskan hukum, jadi aku lebih senang untuk menjadi ma'mum kepada apa yang telah diterangkan oleh imam yang empat, tetapi tidak bermakna aku akan bertaklid membabi buta (siapa kata babi itu terlalu hina?? dalam perumpamaan pun ada nama babikan?). dianugerahkan tentang akal fikiran, aku tidak akan menjadikan agama suatu yang memberatkan kehidupan, melainkan apa yang telah disyariatkan.

aku lebih suka melihat dari sudut sikap kita orang melayu. suka kepada ikut ikutan tanpa tahu apa itu asal usul tujuan perlakuan. kemudian sikap orang kita, yang lebih suka melihat suatu perkara remeh sebagai satu perkara yang maha besar beban dosanya sedangkan perkara asas dalam kerukunan iman dan islam masih lagi pincang. contohnya, masih lagi ramai yang membahaskan tentang betapa berdosa nya pelajar perempuan (pelajar vet) yang menyentuh babi (kemudian menyamak untuk bersuci) dan mengambil gambar bersama babi. tetapi aku amat hairan, dan jikalau aku bertanya, tidak kah mereka yang menuduh keberdosaan pelajar perempuan ini, bila mana mereka memegang tangan teman lelaki/perempuan yang bukan mahram mereka??? tidak kah mereka merasakan berdosa mengambil gambar bersama mereka yang bukan mahram untuk menjadi tatapan kononnya bila rindu, yang boleh membangkitkan keghairahan??? tidak kah mereka ini lebih hina sebenarnya dari babi????

benar, adalah salah mengambil gambar dan memegang haiwan ini sekiranya tidak ada sebab dan musabab. bagaimana mereka pelajar vet melakukan tugasan adalah diluar pengetahuan aku. barangkali mereka dikehendaki bergambar dan berposing dengan babi ini? ada kemungkinan untuk markah tambahan??

orang kita lebih suka membicarakan perkara yang remeh. suka memperbesarkan dan selalu ingin menjadi hero dalam perdebatan agama. seolah olah mampu membaca quran dan memahami seluruh isinya tanpa perlu ada rujukan. ada seorang kawan, yang mengatakan anjing itu adalah binatang yang mulia. kerana dalam kisah ashabul kahfi, telah allah angkat anjing itu masuk ke dalam syurga. lalu, kawan aku ini, mengganggap seluruh keturunan anjing itu adalah mulia dan mempertikaikan kemulian haiwan dan serangga yang lain. aku tidak menghujahkan kepada dia, kerana ada orang yang pandainya boleh diikut, bodohnya tak boleh diajar. dalam surah an-nahl ayat 68-69, terjemahannya berbunyi:

[68]
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusi

[69]
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


bukankah allah telah memulia kan lebah?? bukankah allah telah menjadikan madu makanan yang berada didalam syurga?? quran adalah mulia, setuju? bukankah unta telah allah jadikan perbandingan penciptaanNya??

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan."
(QS. Al Ghasiyah: 17-21)

dan allah telah menyebut sekumpulan burung yang mengalahkan tentera bergajah dalam surah al-fil ayat 3-4,

3 . dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong

4 . yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar

jadi, anjing bukan lah satu satunya yang terangkat mulianya lalu haiwan dan serangga yang lain menjadi tidak mulia. ada 6 ayat yang di dalam al quran, allah sebut tentang anjing. dalam nya ada allah berfirman tentang faedah kejadian anjing dan allah menerangkan sifat najis dan keharaman memakan daging anjing.

aku akui, masyarakat kita mempunyai bias yang agak keterlaluan terhadap haiwan ini. kadang kadang ada pula yang mengatakan adalah sunat membunuh babi. peliknya, tidak ada pulak disertakan hadith atau pun nas yang sahih. kata seorang kawan, sekiranya babi itu mendatangkan penyakit (JE) dan wabak, maka sunat bunuh. pelik?? sekiranya apa pun binatang yang mendatangkan mara bahaya, maka wajib hukumnya kita bunuh, bukan kah begitu?? kenapa disunatkan sahaja? adakah wajar, berjumpa dengan babi hutan yang melintas di depan mata, lalu dibunuh tanpa ada sebab dan musababnya?atau hanya kerana ianya babi?

dari perkara yang terjadi pada bakal doktor haiwan itu, terlihat kepada kita tentang kepincangan kepada perkara paling asas. kita lebih suka menghukum dan kita lebih kepada ikut ikutan. dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang bersifat spiritual, kita meminta pembuktian saintifik yang aku fikir kadang2 tidak terjangkau dek akal manusia. ramai yang belajar, tetapi tidak dengan berguru. ramai yang belajar dengan berguru tapi menetapkan ikutan kepada seorang guru bukan berbilang. ramai pula yang berbilang gurunya, lalu mewujudkan keraguan bukan lagi penyelesaian, malahan pertambahan masalah.

aku tidak membicarakan tentang halal dan haram. di dalam al quran telah jelas dan ulama' jugak telah banyak membahaskannya. cuma aku agak kesal, cara pemikiran orang kita, ada yang terlalu extreme. satu, yang menanyakan pembuktian saintifik apabila berbicara tentang agama, dua, yang tidak boleh mempertikaikan langsung hukum yang telah dijatuhkan. tidak salah bertanya untuk mendapat kefahaman, tidak salah untuk bertaklid sekiranya perkara itu jelas. dan tidak salah juga untuk membuat pembuktian secara saitifik. apa pun, bukankah quran telah menceritakan tentang atom, tentang photonics, tentang angkasa lepas, tentang pertemuan antara laut dan sungai, berceritakan tentang paksi putaran bumi??

paling penting adalah bukan sahaja menggunakan akal dan fikiran, tetapi mesti terarah dan terdidik untuk tidak memisahkan agama dan pengetahuan.

-ayie no angel-

1 comment:

Unknown said...

lerrr dosi bukak balik ghopanya blog inniew... uols pekabo? Boleh mak nak tengok gambar hat yang dalam Myspace tu?? **oops!