Friday, May 09, 2008

DiaM: iTU LeBiH utaMa

blog,

buat masa ini aku tidak berminat untuk memberi maklum balas. sekali lagi biarlah luncai dan labu2 hujahnya berendam tenggelam terapung di dalam air.

sebanyak mana pun kita bersuara blog, tak ubah lah seperti mencurah air ke daun keladi.

yang lebih peliknya, mereka ini gigih menegakkan benang yang basah (kerana air).

senyum di dalam hati, biarlah mereka dengan dunia mereka. mereka lebih suka menakrif menggunakan alasan hak individu maka itu adalah hak mereka. hak aku untuk berjauh hati pulak yang dikecewakan. ironi sungguh~

biarlah aku tidak lagi mahu ambil peduli bagi mereka yang terus menerus dengan keadaan pilihan individu itu. biarlah dan biarlah mereka~

:-)

-rest my cAYIEse-

2 comments:

Anonymous said...

Spin,
Kalau diam itu boleh menenangkan jiwa awak dan org sekitarnya, lebih baik berdiam diri.

Jaga kesihatan diri, jgn terlalu menekan diri. sy doakan kesihatan awak.

Encik Ayie Yang Garang said...

syah,

tidak diam untuk menyenangkan orang lain. tapi berdiam kerana tidak mahu berkongsi dengan orang yang tidak patut (baca: tidak layak) untuk dikongsi.

mengambil pendekatan 'selective' buat masa ini.

tidak tertekan kerana perkara ini atau yang sebelum ini. ini hanya perkara picisan sahaja. ada banyak lagi permasalan dan cabaran keTUANan. :-)

terima kasih untuk doa itu. hanya Allah lah yang membalas kebaikan itu.