blog,
macam mana nak mula ye. perkara nya senang sahaja untuk aku simpulkan. dunia yang kaya dengan peradaban ini telah kembali ke zaman yang aku andaikan sama dengan zaman gelap atau zaman jahiliyah. ramai antara kita yang terlalu prihatin dengan nombor nombor dan kayu pengukur (bench mark). hanya terpakai, tetapi, dalam perkara duniawi yang terlalu memandang kepada nilaian yang banyak.
contoh paling mudah ialah jumlah kawan dalam FaceBook. maka berlumba lumbalah kanak2 ini yang rata ratanya dewasa belaka (adakah telah berlaku kontradiksi dalam kata keterangan untuk subjek ini?) untuk menambah bilangan kawan yang kenal pun tidak pernah. anehnya setelah di 'add' menjadi kawan, lalu senyaplah dia dan perkara ini berpanjangan berlangsung. hingga sampai pada satu ketika gegak gempita segala apa yang ada di langit dan yang di bumi sambil mendabik dada katanya "aku punyai ramai kawan" yang hampir 90% dari nya tidak pun dikenali.
contoh yang agak intelek pulak (haishhhh menyampah tak bunyiknya??), adalah dengan bilangan A yang diperolehi bukan pula jumlah pengetahuan yang ada. berderetlah ibu ibu, bapa bapa, abang abang, kakak kakak menyuruh anak anak dand adik adik mereka mengumpul sebanyak mungkin A yang ada di muka bumi peperiksaan. kurang dari kesempurnaan maka terus lantas dihukum gagal dan tidak lagi ada peluang. pada dasarnya aku lebih senang mengajar mereka yang sama sealiran dengan aku, tidak terlalu pandai (dan tidak pula terlalu bodoh) cuma ada sedikit kerajinan dan sedikit gigih dalam penghasilan suatu kerja. mereka yang tidak terlalu pandai memberi ruang kepada diri untuk belajar. rata2 pelajar yang mempunyai banyak jumlahan A ini sering menggangap mereka lah yang terpandai dan terhebat. belum pun habis ijazah sudah ada karakter Tuan Dokter (baca: spt yang duduk di depan bilik pejabat aku). kemudian berduyun duyun jugalah adik adik dan anak anak ini mengumpul ijazah atau sijil yang kalau dihitung penuhlah seisi ruang rumah (baca: ini metafora yer. jgn jadi bingai tak reti bahasa). hakikatnya hanya tuhan sahaja yang boleh melawan ria' di dalam hati.
contoh realiti?? baru sahaja aku lalui siang tadi. aku di datangi oleh dua lembaga, acah mak enon, oleh dua orang berbangsa korea yang aku sangka pada awalnya adalah orang jepun. bertanya lah dia kepada aku tentang kepercayaan kepada tuhan dan mahu dia mengambil apa yan dipanggil bancian. tidak pun timbul rasa sangsi maka aku menyuruh sahaja mereka duduk dan bermulah episod pertanyaan. jawapan aku? semestinya skema buku jawapan menjadi rujukan! (ada yang muntah darah dah kut.. ).
mereka bertanya kepercayaan kepada kewujudan tuhan dan mempersoalkan hubungan kasih sayang dan ihsan (love and mercy) antara tuhan dan manusia sejagat. perbincangan itu telah menghabiskan seluruh masa makan tengah hari aku. anehnya lagi, aku tidak pun lapar selepas itu. Tuhan menggerakkan dunia ini dengan penuh misteri. sebagai manusia kadang2 tidak tercapai pun tahap pemikiran kita setinggi itu menguraikan pergerakan alam dan seisinya.
blog,
aku singkatkan perbualan yang menjurus kepada perbincangan yang sangat panjang.
adakah tuhan kamu menyanyangi kamu?
YA
bagaimana kamu tahu tuhan kamu menyanyangi kamu?
melalui ingatan ingatan yang diberikan. (reminder)
ingatan?
ujian kesusahan dan kepahitan supaya sentiasa ingat kepada Dia. sentiasa memohon petunjuk dan kekuatan.
bagaimanakah kamu mahu memastikan yang kamu sentiasa disayangi oleh tuhan kamu?
berlaku baik.
sekiranya kamu tidak berlaku baik maka kamu tidak disayangi oleh tuhan kamu?
saya tidak berkata begitu. tuhan itu bersifat pengampun. sebesar mana pun dosa yang dilakukan kita perlu memohon pengampunan. mereka yang belajar (tentang kehidupan) adalah mereka yang melalukan kesilapan tetapi mereka yang mengulangi kesilapan adalah mereka yang tidak mahu belajar.
setiap hari kita melakukan kesilapan dan kadangkala kita mengulangi kesilapan. adakah tuhan kamu akan mengampunkan kamu?
manusia diciptakan dengan sebaik baik penciptaan dan kesempurnaan hanya milik tuhan. urusan keampunan bukan urusan saya atau kita. saya biarkan tuhan saya menguruskan itu semua.
adakah tuhan kamu berkomunikasi dengan kamu ?
tidak secara fizikal.
adakah kamu mahu berkomunikasi dengan tuhan secara personal?
ruang lingkup komunikasi sangat luas dan berkomunikasi dengan tuhan itu bukanlah suatu yang berbentuk fizikal. ianya melalui doa (prayers) dan pendekatan spritual. kita tidak mendengar suara tuhan tetapi tuhan akan sentiasa mendengar kerana dia Maha Mendengar. saya tidak perlu mendengar suara tuhan saya secara fizikal untuk mngetahui diri saya disayangi kerana saya ada kitab kitab suci. di dalamnya sudah ada apa yang ingin saya saya cari dan saya dengari. there are more ppl who hear the word of god but they do not listen and between hearing and listening they are significantly different.
boleh kamu baca ayat ini?
-tak ingat dah- tetapi ayat itu dalam bible yang menerangkan barangsiapa yang menganuti anutan ini dan mengangkat jesus sebagai penyelamat, mereka akan dijanjikan syurga.
maka tahulah aku apa tujuan sebenarnya. ingin mengajak aku meramaikan halaqah agama itu. persis zaman kanak kanak, kita mahu ramai pengikut, yang kadang2 kita paksa mereka mengikut kita. tidak aku tidak marah kerana aku merasa sangat seronok dapat bercerita dan berkongsi pengetahuan tentang agama aku dan agama mereka. cuma yang aku kesalkan aku berasa sedikit tertipu bila dia mengatakan dia ingin membuat bancian walhal dia adalah preacher. sekiranya mereka adalah preacher aku tetap akan mempersilakan mereka duduk. akan meluangkan masa aku untuk mereka dan aku akan tetap berbicara seperti biasa. menjawab sekadar yang aku tahu. kenapa tidak mereka berterus terang? sepatutnya mereka memperkenalkan diri sebagai ahli kumpulan dari gereja tertentu dan ingin menerangkan konsep christianity. aku berlapang dada untuk mendengar. ingat, mengetahui chirstianity tidak akan menjadikan aku seorang christian tetapi aku akan menjadi lebih peka dengan anutan ini. banyak perbezaannya.
ini juga aku panjangkan kepada para ustaz dan mubligh islam. kita terlalu taksub untuk mengajak kadangkala sehingga memaksa mereka yang bukan islam untuk menerima islam. kita berbangga dengan peratusan penganut agama kita tetapi hakikatnya isu palestine dan israel sehingga sekarang tidak pernah selesai. enam dekad lamanya dan persoalannya, bukankah kita ini ramai? bukankah kita ini gah? yakinlah kepada kenyataan ini, bilangan bukanlah penentu kekuatan. barangkali kita sudah lupa dengan peristiwa perang badar. telah dikirimkan oleh tuhan bala tentera dari langit dalam bilangan yang tidak terkirakan banyaknya menjadikan tentera islam yang sedikit itu beroleh kemenangan. tetapi nilai quality yang ada dalam setiap tentera itu kalau ditiriskan daging mereka bukanlah darah yang mengalir, tetapi iman. jadi lah contoh yang baik, hiduplah dengan baik, mereka akan datang tanpa perlu dipaksa. sekiranya Dia berkehendakan seluruh isi alam ini islam semuanya, perkara itu adalah semudah mudah perkara bagi Dia. kita hanya mengajak bukan memaksa mereka. menerangkan dan memberitahu. bukankah hidayah itu urusan Allah?
blog,
aku sentiasa mengingatkan diri aku "telling parly true is as good as lying". bagaimana kita mahu mengajak orang melakukan kebaikan sedang kita sendiri dalam keadaan yang berdosa?
-En Azrin yang tak mahu menipu-

No comments:
Post a Comment