Friday, January 23, 2009

KeraNa Dia Abang

Blog,

Dia mengabaikan keselesaannya dan mendiami bilik kecil supaya adik adiknya itu mendapat ruang yang lebih dari mencukupi. Kerana dia adalah seorang Abang.

Dia mengadakan apa saja permintaan dari adik adiknya, walaupun dia dalam keadaan jauh dari kemampuan. Kerana dia adalah seorang Abang.

Dia tidak pernah kisah untuk mengangkat sampah yang bertimbun melimpah ruah walaupun baru balik dari kursus yang meletihkan. Kerana dia adalah seorang Abang.

Dia tdak pun pernah pun jijik melihat lubang tandas adanya kertas yang bukannya tisu tetapi adalah kertas resit lalu mengeluarkannya. Kerana dia adalah seorang Abang.

Dia tidak pernah pun merungut yang dinding bilik air persis dinding tinggalan zaman ratu victoria lalu menyental bagaikan bangla upahan. Kerana dia adalah seorang Abang.

Dia tidak pun berkira dengan barangan yang dipakai oleh adik adik nya habis tidak berganti walaupun biasiswa semakin kering. Kerana dia adalah seorang Abang.

Dia tidak pernah pun ambil pusing, samada adik adik itu bertanyakan khabarnya, dia tetap akan senyum dan mengambil berat. Kerana dia adalah seorang Abang.

Dia tidak akan marah, tidak akan jijik, tidak akan ambil pusing dan tidak akan kisah. Akan sampai suatu masa, dia akan bersuara dan bertindak. Berdoalah hari itu tidak akan tiba kerana ketika itu hanya Allah lah sebaik baik pelindung dan penyelamat kepada adik adik ini.

Kerana dia adalah seorang Abang dan dia akan meluruskan perlakuan serong adik adiknya walaupun diri dia tidak sempurna.

-Siapa marah kena jual dengan Abang Azrin-

3 comments:

Alex Madina said...

terharu membaca entri ini, pengorbanan yang kita buat itu pasti akan terbalas satu hari nanti.

Vast Blue Sea said...

bersabar....sesungguhnya hari kesedaran akan tiba jua untuk adik2 kesayangan incik itu :)

starla said...

hoh...found u again...so now u'r in london huh? Bagusnyaaaaaa! Congratulations! Gambate! I'll be there sooner or later!