Sunday, January 11, 2009

MatanG: PemiKiraN tidak SeLari Usia

Blog,

baru baru ini timbul lagi isu orang mempertikaikan sexual orientation aku. ada yang bertanya secara langsung ada yang bertanya melalui kawan dan ada pula yang bertanya secara tidak langsung dan berkias2 mahukan jawapan. pertikaian itu adalah atas alasan kawan kawan aku ramainya dari puak lelaki yang terperangkap di dalam wanita dan wanita yang terperangkap dalam badan lelaki. soalan pertikaian ini bukan baru kepada aku dan ianya sudah pun berlarutan semenjak sekian lama yakni semenjak aku menulis blog. permulaan penulisan blog, bahasa yang aku gunakan agak tidak formal dan sebenarnya hanya untuk menceritakan dengan gaya yang bersahaja dan menggembirakan hati. lalu, golongan wanita yang terperangkap di dalam badan lelaki mempunyai gaya bahasa santai dan mudah untuk menghiburkan. tetapi aku tidak berpendapat mereka ini adalah bahan lawak terbaik. penyampaian gaya bahasa mereka amat mudah dan menghiburkan. kadang kala menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan terlekat di kepala sesetengah orang yang bebal.

aku punyai alasan tersendiri mengapa berkawan dengan mereka mereka yang umum mendapati mereka ini adalah pelik. seperti mereka ini adalah freak dan infectious desease yang mana sekiranya berkawan dengan mereka mereka ini maka berjangkitlah 'penyakit' itu kepada kita. aku tidak pernah menyokong apa yang berlaku tetapi aku tidak pulak menghentam apa yang mereka 'anuti'. kita lebih selesa untuk menghukum golongan ini dengan kata kata kesat sebagai golongan terlaknat. aku percaya golongan terlaknat ini menduduki posisi yang amat tinggi dalam organisasi dan menerajui banyak jawatan yang hebat. pada aku, mereka menerima sedikit ruang untuk berubah dan kita terus terusan mendesak mereka berubah. itu secara peribadi adalah tidak betul. kita perlu memberi mereka ruang untuk berubah dengan kesanggupan mereka dan bukan dengan tekanan. menerima seadanya mereka tanpa prejudis dan memberi ruang tanpa syarat (unconditional) . menghukum itu kerja Tuhan dan biarlah Dia yang menjalankan tugasNya kerana Dia lebih mengetahui dan sememangnya Dia yang Maha Mengetahui.


aku hairan ada sebilangan orang yang begitu gigih mempertikaikan sexual preference aku sedangkan itu patut dianggap suatu yang personal. aku agak berdiplomasi dalam menjawab soalan2 begini kerana aku begitu malas dengan perangai orang yang sebegini. apa pun jawapan yang aku berikan akhirnya mereka akan membuat andaian sendiri. ini kerana aku,

1. mempunya ramai kawan yang lelaki tetapi tak seberapa nak lelaki dan perempuan yang tak berapa perempuan

2. gaya penulisan baik dalam blog, mahupun komen komen dalam FaceBook ada berunsurkan golong2an yang tersebut dalam bahagian 1.

hanya berdasarkan 2 fakta ini, sangatlah tidak matangnya mereka memberi label. aku tidak faham kenapa begitu penting untuk kita mengklasifikasikan kawan kawan ini berdasarkan sexual orientation. aku tidak akan pernah tanya dan tidak berminat pun untuk bertanya. kalau pun terlalu penting untuk aku ketahui, aku akan obeserve dan membuat kesimpulan sendiri tanpa ada judgment supaya aku boleh menjaga tertib perbualan tidak menyentuh perkara2 yang boleh menyinggung mana mana pihak.

+++
Jawapan kepada pertikaian kenapa aku berkawan dengan mereka,

1. bagi mereka yang jalan citarasanya lurus seolah2 terus sahaja ke syurga, mereka akan berkahwin, dan pada hari mereka mengucapkan ijab dan kabul, maka 15 sen text message menjadi terlalu mahal untuk kawan kawan dan 1 minit dalam 24 jam menjadi terlalu sibuk untuk mereka menghatar text message bertanya khabar. lebih baik menumpukan perhatian kepada isteri/suami tercinta ataupun kepada pembangunan keluarga. mereka ini boleh jatuh miskin dengan menghantar sms lima belas sen itu. pada kawan kawan pula mereka berpendapat, bila sudah kawin maka isteri/suami mereka adalah kawan mereka yang terbaik kini.

bukti?? aku PERNAH mempunyai 2 orang kawan baik ( i USED to have 2 best friends). dan aku sifatkan mereka ini bukan sahaja best tapi the bestest. mereka banyak membantu aku sepanjang pengajian ijazah aku dan aku menjadi bestman pada hari perkahwinan mereka. pada hari itu juga aku telah dinafikan dengan terang terangan dan jatuh lah martabat aku hanya kepada kawan sahaja. dia hanya memperkenalkan aku kepada mereka yang hadir sebagai "ouh this is azrin and he is my friend" , sedangkan aku beria2 mengangkat dia ke makam tertingi yakni sahabat baik. aku mengambil masa 5 tahun untuk sedar perkara ini. dan hari ini aku menerima kenyataan yang aku bukan lagi kawan baik mereka dan aku mengambil keputusan untuk tidak pun mahu menjadi kawan mereka. tidak lagi mengambil tahu tidak lagi mahu tahu dan tidak lagi dalam pengetahuan.


2. oleh kerana itu aku lebih senang berkawan dengan mereka mereka yang dianggap tidak normal ini. rata2 mereka mempunyai pemikiran yang lebih terbuka walaupun ada juga kadangkala agak sensitif. mereka ini lebih mudah untuk diajak keluar kerana tidak ada kekangan dari komitment keluarga. tidak perlu mendapatkan kebenaran dari suami atau bimbang tidur di luar kalau pulang lewat kerana isteri tidak membuka pintu. ini tidak bermakna aku tidak berkawan langsung dengan lelaki dan perempuan yang lurus, kerana mereka yang seusia dengan aku semuanya sudah berkahwin dan mereka bercerita tentang masalah keluarga yang di luar bidang pengetahuan aku. lagipun adalah lebih baik mereka ini duduk dirumah (macam adik ipar aku jer nih kan??) dan melayan anak isteri, atau melayan anak suami, atau bekerja lebih masa mencari rezeki sesuap nasi.


3. dari sudut penulisan pula, mereka ini seperti yang aku katakan adalah creative. tidak lah beerti menulis seperti mereka maka melayakkan aku digolongkan bersama mereka. aku masih ingat degan komen seorang kawan,

"i tak baca dah blog dia ni (refer kepada aku), sebab tak faham. bahasa dia bahasa tinggi (baca: dengan maksud lain nak kata yang blog aku ini bosan bila ditulis dengan bahasa buku.)"

aku belum bercadang untuk menerbitkan buku siri motivasi maka tidak perlulah rasanya aku berbahasa begitu skema dan tinggi, dan aku tidak pandai berbahasa inggeris pun. :-)

maka salahkah aku berkawan dengan mereka? adakah dengan berkawan dengan mereka, menulis seperti mereka maka aku adalah mereka? aku teringat lagi satu anlogy matematik

"if x is a linear non complex variable approaching zero, x is not zero but it is a small number close to zero."

maksudnya berkawan dengan mereka tidak semestinya menjadikan aku spt mereka. dan sekiranya aku meninggalkan komen menulis seprti gaya mereka, aku tidak semestinya mereka. dan mereka pun tidak teringin menerima aku yang keras jengkas ini menjadi mereka.
++++

engkau, ye engkau, engkau tahu aku maksudkan engkau, tidak perlu untuk mempertikaikan peribadi orang lain. sekiranya engkau begitu selesa untuk melakukan confession tidak bermakna orang lain juga mempunyai idea yang sama. belajar untuk membesar dan belajar untuk menghormati pandangan orang lain juga.

dunia ini berputar di atas paksi nya, dan engkau bukan lah paksi itu. maka penceritaan hidup bukan sekadar berlegaran pada engkau tapi engkau perlu melihat dunia dalam perspektif yang lebih luas. berlegarlah di dunia dengan pemikiran yang terbuka dan jgn menjadi batak, maksud aku katak di bawah tempurung.

-Azrin yang menyampah dengan perangai kanak kanak-

**TAMBAH SIKIT**

dari excerpt asalya ada di sini.


Kanye West takes fashion inspiration from gay people.

The US rapper, who is well known for his dapper dress sense, picks up clothes tips from the homosexuals he meets, but sometimes his intentions are mistaken.

He said: 'Gays know how to dress but you got to peep at them really quick because if they see you looking at them they might think you're looking at them in another way, so you have to keep looking away. If they catch you staring it's like, 'No dog, I'm looking at the gear!'

'People always try to discredit gays altogether but they really know how to dress. They dress good. Gays know how to dress. Because you can dress good don't make you gay.'

The musician added in a video posted online he also takes fashion tips from Japanese people because they 'know how to dress too'.

Kanye recently revealed he is embarking on a fashion internship in London to help him carve out a successful career as a clothes designer.

He is so determined to succeed, he has been writing to fashion houses in Europe - including Louis Vuitton on London's Bond Street - asking for experience.

Kanye said: 'I'm going to go and take an internship and just do something that's like completely normal, and just rap at the weekends or something.'

-Encik Azrin is feeling gay right now-

6 comments:

yoe said...

sob sob sob...insap!!!

Vast Blue Sea said...

informatif sebagaimana en azrin katakan....:)...adakah ok sekiranya saya ingin mempastekan nota hasil nukilan en kepada sahabat2 saya yang lain?

Alex Madina said...

orang yang sempit pemikiran akan melihat dan menghakimi orang lain yang berbeza dari mereka seolah-olah mereka adalah golongan yang sempurna dan menganggap mereka hanya layak berkawan dengan orang yang lurus seperti mereka.

sorry, mungkin bahasa agak tak betul. tapi awak paham maksud saya kan?

captainlukman said...

Mungkin dulu dia tak lepas subjek Penilaian kot..

p/s: Garangnyer Incik Azrin..takut saya!Hehehehe

mama said...

teringat hari my aunty beriya2 ajak kuar, makan2 gitu... n tibe2....

"u don hv prob with ur sexual orientation, aite?"


maka tersembur air yg sedang disedut.. gelak cam setan mama kat situ (seb baik x sedak).

paradox said...

i love to look at things in a positive way..

bila orang dah mula sibuk sibuk nak tau pasal kita maknanya.. kita ni famous lah~! like your name is in the top 5 searched by people in Google.. you're a celebrity! hehe

senang je ^_^