Sunday, June 21, 2009

Apa apa je lah labu~

oHooooo blog,

3 hari Dr khairul datang london tgk progress research aku. dia cakap besar sangat dan too ambitious. dia suruh aku hati hati dan bagi banyak nasihat macam mana nak buat. dia cakap jgn bimbang tapi kena mesti fokus dan kena rajin, which i am not at this moment. aku rasa macam lagging. banyak sangat mencarut kut? he he he. report yang aku tulis so far dia cakap dah boleh publish conference but i have no confidence (haaaa kan betul cakap orang tu yang aku nih tak der self-confidence!! abahhhhh kamu). aku tak berani nak publish sebab aku rasa results belum best lagi. aku ingat dalam sebulan dua lagi baru boleh ada results yang cantik sikit kut. ye lah nak publish nih bukan main hentam boleh hantar lepas tuh bila kena reject down dan diam terus tak bermaya. ada macam macam strategi dan baru baru nih Dr Adzir ada borak dengan aku dalam YM. ouh dia nih professor dan penyelidik berimpak tinggi di UPM jer. ye dia YM dengan aku, so perlukah aku nyatakan siapa kawan kawan aku?






ouh dr khairul baru menimang cahaya mata. dia sudah berkahwin dan masih berkahwin tapi tak tahu la akan berkahwin lagi. isterinya Dr Syamsiah, pun kawan aku juga.


ada banyak benda nak cerita tapi macam tak sempat pulak. sekarang kena siapkan satu conference paper dan satu journal dari master degree. dr adzir dah tanya tanya dan aku senyum senyum siput jer menjawab. paper engineering education pun lama dah aku stop menulis. ada satu paper aku nak dig out semula mana mana paper yang pernah kena reject, refine balik mana mana yang patut dan berhenti mengarut dalam blog. dari aku mengarut dalam nih baik la aku channel kan energy amarah aku tuh ke dalam paper journal dan conference. ada jugak pekdah nya.

kalau tak silap, sekarang nih key performance index dah makin naik. kalau dulu cukup dengan publish 1 conference dan 1 journal dengan 0.5 impact factor, sekarang ni dah nak kena ada chapter in book dan on top of that kena ada journal jugak. conference dah tak berapa nak kira. tak tahu la apa lagi yang orang atas nak buat lagi. orang bawah macam aku nih ikut je lah kut. walaupun sebenarnya bila cuti belajar KPI, SKT dan yang sebagainya tidak terpakai. yang dikira nanti selepas kerja tapi adalah bagus untuk practice awal macam pesan Dr Khairul. berborak dengan dia, ada banyak benda yang selama ini tidak terfikir dengan kepelbagaian politik dan orang orang yang cakap tak serupa bikin membuatkan aku sedar, hidup bukan berpaksikan kita dan dunia adalah lebih besar dari research, faceboook dan blog.

dekan fakulti sekarang ada kat london. 2 hari lepas baru dapat email dari dia dan dia nak jumpa aku kat malaysian hall. i think dia datang bercuti sebelum semester bermula. ala orang gomen kan gaji kecik. tak macam orang industry. jadi orang gomen hanya mampu melawat London jer. so kepada kaldai yang kata aku tak der kawan, need i to say more?? kan aku dah cakap, aku tak kawan dengan orang orang yang biasa. sekali lagi aku tanya, 'engkau siapa ehk?'

eh perut adalah tiba2 lapar. apa nak makan?? ker orang phd tak boleh makan?? kah kah kah.

-Encik Azrin yang berjerubu-

1 comment:

Desert Rose said...

And haruslah kaldai tu tau, I pun kawan u kan ????? Betapa bestnye tuh...dia ada ???