wahhh dengan satu dua perkataan arab, maka saya adalah ustaz dan boleh memberi nasihat sesuka hati kepada orang dan kalau orang tidak ikut maka kamu adalah berdosa dan perlu di delete kan. eh saya gurau gurau jer kerana ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah mati mahupun yang menopos.
hari ni tadi ada borak borak dengan sorang kawan. dia ada tanya beberapa soalan kepada saya dan saya telah menjawab sebaik mungkin. rupa2nya jawapan saya serupa pak pandir, dan dia telah mengsajes (suggested) jawapan yang lebih baik yang membuatkan saya sedikit terasa ingin menangis, ah nampaknya saya adalah sentimentol. tapi soalan soalan dia ada kaitan dengan research dan nanti ada pulak la orang kata saya ini 'macam bagus'. being melayu, kalau puji diri sendiri sikit adalah kesalahan yang maha besar. he he he. jgn marah ehk, saya tahu awak tak campur dengan orang melayu. nama pun sudah tukar kan??
soalan 1. siapa yang bagi Phd?
jawapan pandir 1. supervisor dan examiners.
jawapan lebih baik 1. salahh, yang bagi sebenarnya Dia yang di atas sana sebab Dia yang berfirman, 'jadi, maka jadilah'. sudah lupa yer. (adoi mahu tak menangis kan??). tapi kena lah juga usaha bukan sekadar berdoa semata mata.
soalan 2. kalau tak dapat PhD?
jawapan pandir 2. tak der rezeki.
jawapan lebih baik 2. salah lagi. kalau tak dapat PhD tu salah sendiri dan bukan salah rezeki. siapa yang bagi rezeki? kenapa salahkan Dia pula atas kemalasan sendiri. dah berusaha? tak cukup kut??
cukup dua soalan dia, berkongsi sedikit dari banyak yang ditanya lalu terasalah diri ini adalah sangat dalam kekurangan, iman, ilmu dan amal. ye lah saya faham, orang beriman tidak mencarut, saya cuba la untuk tidak mencarut. tapi kalau saya tidak mencarut nanti ada pula mereka mereka yang akan bertanya soalan soalan tidak bermoral kepada saya. tak kan nak diam sahaja dan mendengar nasihat yang nilainya kurang dari satu sen belah tujuh?
kawan yang baik semakin berkurangan. sudah menjadi komoditi pulak sekarang ini yakni barang keperluan. keperluan kepada kawan yang baik. kawan yang boleh memberi sokong serta nasihat yang berguna. tahu di mana dan yang terpenting bagaimana mahu memberi nasihat. memberi nasihat adalah perkara yang paling tricky (sulit) umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak pun putus, tidak pula tepun gberserakkan. menerima teguran dari kawan yang baik juga adalah perkara yang paling payah dalam kehidupan. perlu ingat, berpijak di bumi yang nyata, dada yang ditepuk bukan selera yang ditanya, tapi iman dan minda pemikiran.
selamat belajar menjadi lebih matang Encik Azrin.
-Encik Azrin dan laskar laskarnya akan mengegarkan Rembau tak lama lagi-
No comments:
Post a Comment