Tuesday, June 16, 2009

Jawapan: Baca Di Antara Garisan

ohooo blog,

tunggu sekejap wahai kawan, tunggu la sampai hujan teduh, mariku kucarut sampai kau bertaubat. hak hak hak. acah mak enon. tak baik mencarut mencarut nih. tapi telah disampaikan sari berita penting bahawa ada beberapa pernyataan yang perlu aku buat jawapan balas. sila baca betul betul pakai mata dan otak yer. jangan jadik unta baghdad. entry kali nih pendek jer, sebab ini macam penulisan sampingan jer. untuk relax relax. he he he.

ada beberapa soalan yang orang tanya pada aku dan aku ada memberi jawapan. pertanyaan pertanyaan dan pernyataan pernyataan nya;

Soalan 1. awak tak der awek lagi ker?


Jawapan tak benar 1.
tak der, saya nih gay. saya ada boipren jer. acah mak enon. aku selalunya jawab, ala saya nih siapalah yang yang nak. dah la gemuk, dah tua pulak tuh. tak hensem.

Jawapan yang ikhlas lagi benar 1. saya sebenarnya memilih. tak nak la main tangkap muat jer. tak per la kalau awek tuh tak lawa pun. janji yang boleh paham saya dan tidak la tergedik2 manja tak tentu pasal.


Soalan 2. oooo patut la dia tuh sampai ke tua tak kawin kawin kan?


Jawapan tak benar 2. tolonglah carikan saya jodoh. saya nih tak kisah sangat. janji sedap mata memandang dan boleh terima saya seadanya.

Jawapan yang ikhlas lagi benar 2. eh saya nih lelaki. saya tidak mengidap menopos yer. kalau mengidap pun adalah ED macam kata sorang akak tuh (ya ampuuun kak macam mana boleh enter der frame nih). tapi sekarang nih ada pam vacuum dan Viagra. jadik ED adalag bukan penyakit. tapi kalaupun orang lelaki ada ED, kalau duit dalam poketnya adalah ereksi, maka dia adalah otometik menjadi seksi.

pisang, bukan gambaran sebenar.

kamu ini mmg kompem la kaldai. bukan ker aku telah bercakap yang aku bila masuk bab bab kawin nih mmg agak berhati hati. ouh awek saya adalah orang malaysia saja, tak der la belajar sampai ke denmark sweden bagai tapi otaknya sengkek jer. agaknya banyak sangat gigit kuku kan? taik kuku yang dimakan tuh dah membentuk akal dan pikiran. nampaknya seperti udang la yer, macam bidalan kata orang tua kita, bodoh macam udang, taik di kepala.



soalan 3. betul ker you nak balik nih? tak kan nak give up PhD you kat Imperial College.


Jawapan tak benar 3. ya! tak best la duk sini. rindu giler kat malaysia.
ouh saya adalah kental macam binatang bernama kuda ini yer. boleh ditunggangi gituh

Jawapan yang ikhlas lagi benar 3.
sebenarnya tak der la terkesan sangat. mmg la mula mula aku rasa macam tak best duduk sini. ye lah tempat baru mmg la amik masa nak sesuaikan diri. perlu ker ko cakap aku tak ada self-confidence? hello, aku dari kecik dah sekolah asmara la, eh asrama. motip ko nak pertikaikan aku tak der keyakinan diri. nasib baik tak der bajet pergi bulan, kalau tak aku dah pergi dah menginap kat sana. kau pernah tak dengar perkataan 'jawapan merendah diri'?? ha itu la jawapan tak ikhlas aku. kalau aku cakap 'eh bestnya london' nanti ko label aku beruk masuk bandar pulak. perlu ker aku menunjukkan perangai macam kau yang suka suka hati mengkomper (compare) malaysia dan UK?

aku belum la lagi pernah call orang nanges2 kata nak balik. adakah aku kelihatan begitu depressed? tidak yer, yang membuatkan aku depressed adalah binatang binatang yang konon2nya kawan tapi suka perli2 dalam blog tapi dinch berani mengaku pulek. kau kena ingat yer, aku ini mulut adalah longkang, kalau budak lain ko boleh buat entry bagai, tapi sila jgn cabar aku yer. dan ada pulak kawan yang suka membesar2kan story dalam facebook. perlu la dia pergi canang cerita kepada semua orang. ala2 dia mangsa keadaan. macam mana aku tahu yer??

dulu ada sekali tuh, ada binatang mana ntah komen kat page dia. ala2 perempuan berjubah labuh ini adalah sentap maka dia meng-message semua la kaum kerabat kawannya yakni termasuklah aku sebelum aku dishadapkan oleh dia. haish rupa2nya minta bantuan untuk mencarutkan binatang itu tadik. binatang itu tadik sebenarnya adalah mengnasihatkan perempuan berjubah labuh itu supaya berhenti main facebook dan bertaubat menumpukan kepada keluarga. aku rasa ada benarnya nasihat binatang itu. bila dia bermasalah dengan aku, dia pergi la canang cerita seolah2 dia lah yang patut dikasihani. hello, ko tuh dah tua bangka tapi perangai masya allah, perlu la macam kanak2 tabika kemas. aku tak tahu la macam mana sengsaranya laki ko nak melayan perangai macam nih kan. sebab tuh la aku kawin lambat, takut terjerat dengan perempuan macam nih, sadaqallah la gamaknya kehidupan aku yang manchos ini. poisoning the well yer. he he he. tapi sebenarnya aku tidak la kisah pun. dan seriyesly aku adalah tidak kisah kalau derang nak geng dan blocked aku. ouh sila la lakukannya dengan segera. apa kata ko suruh atau ko apikan jer mereka blocked aku. drama la sikit kata yang aku nih mencarut dan tak hormat pada orang tua. orang tua macam kau, layak ker dihormati?? please get a life yer.

Soalan 4. Oh patut lah dia tak ada kawan kan?

Jawapan tak benar 4.
ye saya akur, kerana saya ini bermulut laser, maka mmg tak ramai orang nak kawan dengan saya. sudah la begitu saya ini ria' bongkak dan takabur. siapalah saya untuk dikawani dan mengawani.


Jawapan yang ikhlas lagi benar 4.
saya sebenarnya memilih kawan. kalau setakat kau nih kerja biasa2 cuma femes dalam facebook dan trying hard, asal ada jer status orang kau nak komen, sila jgn feeling2 nak angkat aku jadik kawan ko yer. ouh sila peratikan jugak yang aku kadang2 adalah macam orang enggeres 'u are not attractive but i dont mean that you are ugly'. faham tak? tak faham? ok aku kadang kadang memberi jawapan simpati dan kasihan seperti 'ye saya juga selesa kawan dengan anda' maka itu maksud sebenarnya adalah saya tidak la berapa keen nak kawan dengan anda.
perlukah aku menceritakan siapa kawan kawan aku? tak payah la kut sebab kalau aku senaraikan nanti, sentap pulak sampai 7 keturunan. ye mmg aku limitkan jumlah kawan kawan aku sebab aku sekarang mmg mengamalkan polisi diskriminasi. sekiranya ada kawan2 yang bertopengkan binatang, aku akan memberi 2 status dan martabat kepada dia, 1) aku akan bagi silent treatment 2) sekiranya dia tegur aku maka jawapannya ialah 'ini siapa yer?' (sendrik mau ingat la yang kau dah dihapuskan dari ingatan).
aku bukan kawan yang baik. tapi biasanya aku nih la tempat orang pinjam duit. dan mintak tolong bila dah lepas sesak masing masing ada lah pulak statement 'orang gomen gaji kecik'. ha ah, memang pun gaji kecik, sebab tuh lah kami boleh bukak bank bergerak. tapi pada aku, biarlah gaji kecik dari otak kecik. kalau pun ada ramai kawan tapi yang wujud masa suka suka dan komen2 facebook saja, aku rasa kau patut pikir dulu itu ker orang yang kau panggil kawan. aku tidak pernah ngungkit apa yang aku buat, dan aku tak berminat pun nak ingat. sekiranya kau mengambil pendekatan untuk buat buat lupa, aku tak kisah pun. dan lagi satu, aku tak perlu nak menyampai2kan cerita untuk mendapatkan kawan. jgn la jadi orang yang sedih begitu yer. berkawanlah dengan cara terhormat dan jgn dilacurkan harga diri hanya semata mata nak menambah bilangan kawan.


Penutup Madah Berhelah

kita memang digalakan untuk berkawan, kerana dari situ mungkin ada yang boleh mengawan dan sebagainya. tapi kita tidak perlu menjadi anjing yang konon2nya taat kepada tuan dan cuba untuk memuaskan hati tuannya hingga sanggup basuh baju, kemas bilik dan menghinakan diri lari dari asal usul prinsip hidup kita.

sahabat baik tuan yer? menurut perintah dan menjalankan tanggungjawab?? mahu pula orang merendahkan dirinya menjadi anjing suruhan.

memang susah untuk tidak berpihak dan kata kata seperti 'saya tidak berpihak dengan sesiapa' adalah terlalu cliche untuk aku. aku tidak begitu menghormati dengan orang yang tidak ada pendirian atau menjadi lalang. menjadi konon2nya orang yang berkecuali tapi dalam masa yang sama (mungkin) menyampaikan cerita dari satu pihak ke pihak yang lain tak ubah seperti si pengadu domba.

aku lebih menghormati orang yang datang kepada aku dan berkata 'kau salah sebenarnya. yang betul perempuan tuh sebab dia tuh dah mendapat makam yang terpuji. tapi kau tetap kawan aku'.

eh by the way, ini bukan entry marah yer. kalau entry marah, semua tulisan adalah merah. kah kah kah. so jgn la tinggalkan komen kata aku marah pulak. aku sebenarnya, tak main dah marah marah nih. hidup tak meriah kalau marah marah.

hai akak! lama tak komen dalam facebook??! (matiklah aku nih attention seeking kan?!)

-En Azrin mengelinjang nak balik Mesia, low self esteem kah?-




2 comments:

yoe said...

pisang, bukan gambaran sebenar.

~~ ye ke????? hahahah...

eh tidak, di atas ni bukan komen sebenar...
komen sebenar adalah:

saya suka permainan soal dan jawab ini.... nak pinjam jawapan boley x bila stp kali mak sedara tanye bila nak kawen???? ahaksss...

~ yoe

Vast Blue Sea said...

bersabar aje incik azrin.
asal study incik berjalan dengan baik dan boleh sampai kan ilmu dengan baik dah okay...orang ni pelbagai, sekurang2nya incik ada pengalaman so next time dah tahu macam mana nak atasi orang sebegini.mulut orang dan tanggapan orang xboleh nak tutup...

iza

p/s: skang dah jadi macam musim pula...kat sini tempat saya pun sedang 'sedikit panas'.