semalam aku cuba menunaikan janji untuk berbuka dalam kesederhanaan. tapi ada kawan cakap aku nih kedekut sebab nak budget. aku bukan budget sebenarnya, malahan aku boleh jer memborong satu parram tuh. masalahnya siapa yang nak makan? dan adakah patut aku makan dengan berlebihan hanya semata2 nak tunjuk pada orang yang aku nih 'berkemampuan' ataupun tidak kedekut. dari aku membazir untuk diri sendiri, baik aku kumpulkan duit tuh dan bagi sedekah. kalaupun tak banyak, pada yang memerlukan tentulah jumlah yang sedikit itu akan mencukupi.
Hari Kelima
menu yang sangat sangat ringkas. aku cuba untuk menumpulkan selera. kata orang kalau dilaparkan diri, maka dapat mengekang nafsu. bila nafsu terkekang fikiran adalah lebih waras.
nasi putih, kari daging dan sayur. sebenarnya lebih dari cukup sebab aku pun bukannya membuat kerja keras. kanun acara jenayah pun lama tak buat dah. makan sikit dah cukup. he he he.

buah buahan adalah menu wajib setiap hari mulai hari semalam. he he he.
Yang Perlu diCuba
untuk beristiqamah dan bukan hangat hangat taik ayam. cuba untuk mengabaikan persepsi orang lain kerana kita boleh mati kerana mendengar bebelan manusia yang beranggapan dia sahajalah yang betul dan benar. dia sahajalah yang kaya raya seolah2 boleh membeli seluruh parram itu. maka harus cuba untuk menjauhkan diri dari orang seperti ini. tidak bagus untuk kesihatan fizikal apatah lagi kesihatan mental kerana mereka ini adalah gangguan sebenarnya.
makan dalam keadaan yang sedikit menyebabkan aku kurang rasa mengantuk. biasanya aku akan mandi selepas berbuka, sebabnya tak nak tertidur. maka masa untuk study akan diperpanjangkan.
yang bagusnya di kolej 17 seolah2 ramadhan tidak memberi kesan langsung kepada anak anak muda untuk bersukan. masih ada yang berlari dan berjogging. tak kurang yang bermain bola keranjang, bola sepak dan bola tampar. puasa bukan asbab untuk kita escape dari melakukan aktiviti harian kita. tidak ada yang perlu pun berubah cuma mungkin perlu disesuaikan supaya tidak kita mengalami dehydration. ramai yang mengambil kesempatan mengatakan ramadhan adalah bulan 'rehat'! yang rehat sepatutnya hanya lah perut yang lain2 masih perlu berputar dan bekerja. yang pasti barang seminggu dua lagi kita akan ketemu dengan satu masa yang mana kaum wanita adalah amat jauhhhhhhhhh sekali perbedaan kekuatannya berbanding orang lelaki. iaitu ketika shopping mall ada menulis jujukan perkataan 'SALE!! DISCOUNT UP TO 70%'.
dalam puasa ada yang menguatkan dan ada yang melemahkan. pilihan ada di tangan masing2 sama ada masih ingin kuat mencarut dan mengadu domba ataupun melemahkan ego dan mentakwakan diri kepada tuhan. ramai orang melakukan dosa kemudian menyebut nama tuhannya dengan anggapan mereka tidak lepas dari belengi kebersalahan itu, tetapi harus ingat itu adalah hanya menipu diri dan menipu tuhan kamu. dalam keadaan yang salah tidak akan ada perkara yang betul walaupun menyebut nama Allah.
-rehydrAYIEt the dehAyIEdration-
3 comments:
yeah yeah...sale!!!! SAAAAAAAAAAALLLLLLLEEEE!!!! Tp menjak seseme babi ni... sopping onlen suddeyh!
eh... samat berposa incik sepin!
kan! dah lima hari berposa baru nak wish kita.. kentang kentang lah, eh silap, mentang mentanglah dia dah jadik businesswoman yang merangkap cik puan boss maka adalah tidak memandang saya yang memakan hati, eh silap makan gaji ini. hak hak hak.
eniwei, selamat berposa akak merah. nanti saya nak balik london ada kek cokelat macam itu ari tahun lepas tak?
Yu ingat ai tgh buat apa nih ?, *gigih angkat dumbell dan berlari setempat bagi membina masel utk acara di SOGO mg dpn ni*
Post a Comment