Friday, August 28, 2009

Puasa: Yang HilanG Kiraan

Blog,

semalam hari yang ke enam ehk? habis lah aku dah lost count. kita start posa ari sabtu, then ahad, senin, selasa, rabu, khamis, jumaat dan sabtu kembali. maka hari ini adalah hari ke tujuh dan semalam hari ke enam. ha ha ha ha. time kasih kawan kerana menegur. kah kah kah. ilang ingatan dan kiraan aku skarang nih.
oklah bagi mengelakkan tersalah kira dan memalukan diri maka aku tidak akan mengira lagi hari berpuasa. adeh...ini ekceli kes nak cepat raya la kut.. maafkan daku. kah kah kah.

Hari Semalam:

semalam aku buka puasa dengan cik sepat. ekceli dia ada kelas kat faculty dan cadangnya nak berbuka kat office aku dulu. tapi dia habis kelas awal pulak dalam jam 7 macam tuh. terus kitorang tukar plan dan drive ke alamanda. tgh2 drive tuh kami orang pun berbuka puasa lah di dalam kereta dengan meminum air.

masa sampai di alamanda umat manusia seperti biasa sangat lah ramai. sampai ada yang sanggup beratur berkerumun di luar chicken rice shop tuh. pusing punya pusing punya pusing aku tanya dengan cik sepat nak makan apa, dia jawab A&W. apakah nama kedai itu? aku macam ingatkan nak mentekedarah nandos ataupun secret recipe. tapi dah cik sepat nak makan A&W sempena meraikan orang berpuasa nih kan maka aku pun ikut je lah.

ada banyak perkara yang kita kena hormati dan banyak yang perlu kita fahami.

ala la la la... bajet comey pulak. dia tak sedar yang aku snap gambar dia. kah kah kah.

aku makan mozza burger dan cik sepat makan ayam goreng.


lagi A&W

aku tak berapa fancy sangat A&W. aku rasa selama aku hidup nih baru 2 kali aku makan A&W. tapi dah cik sepat sangat2 la mengidam maka aku ikot jer lah.

balik rumah aku amat amat macam tak puas perut. bukan tak puas hati. hati puas sebab dapat butang baju melayu mahal. kah kah kah. jadik aku membeli la nasik goreng USA untuk memuaskan hati dan perut. tapi kan masa tengah tengah makan tuh, aku bukak la TV. TV 2 kut rasanya. tetiba pelakon lelaki pujaan aku si takeshi keneshiro yang maha kerempeng kurus kering tuh. maka aku terus lah terbantut dari melahap nasik goreng USA aku tuh dan sgeralah aku memegang kelemak kelemak keliling pinggang sayang semakin meriah. adehhhh hampesh sungguh la timing membuka TV pada malam itu. konon konon nak sahur terus jadik event separa sahur jer.


nasik goreng USA yang delisyes (delicious) tapi separa habis jer. sebabnya tersentak melihat kekerempengan si takeshi keneshiro. teruk sungguh ketebalan kelemak aku.

aku suruh cik sepat belikan butang baju melayu. eh dah macam cerita P. Ramlee pulak kan?? 'mana butang baju abang pahhhh'. kah kah kah. tak der lah, sementelah aku tak balik kampung minggu nih dan ada majlis berbuka puasa dengan jabatan, maka aku terpaksa menyuruh cik sepat belikan butang baju melayu. harganya.. hullamak MYR 20. giler kentang punya mahal. terus lah buat butang baju melayu untuk hari raya nanti. mengarut sungguh lah. okeh lah stop dulu sebab hosmet nak pakai intenet. jumpa lagi lain entry.

-buAYIEtang bAYIEju melAYIEyu-

No comments: