Tuesday, August 25, 2009

Puasa Datang Lagi: Dalam Zuhud kami Berbuka

Blog,

ni dah masuk hari yang keempat berpuasa. baru ada kesempatan nak ucap selamat menyambut ramadhan pada kawan kawan. aku tader pembaca blog jadi kalau aku ucap ke tak ucap ker sama jer kut, hu hu hu. ok nak cerita sikit la ramadhan tahun nih. aku dikira bernasib baik sebab tak payah nak berpuasa selama berbelas2 jam. cukup 12 jam yang menyensengsarakan dan menginsafkan. kawan kawan kat london sana puasa start jam 3 pagi dan buka puasa jam 8 malam sebab siang mereka lebih panjang. aku doakan mereka semua tabah mengharungi puasa.

Sehari Sebelum Puasa:

ada india jual eskrem lalu depan umah aku. since esok adalah akan berpuasa maka aku pun terasa nak makan eskrem. aku offer kat budak budak nih, masing masing mengelinjang la nak itu ini. tapi yang peliknya derang ambil eskrem yang murah. dalam hati aku cakap alhamdulillah. ha ha ha. adik makan eskrem sampai meleleh2. banglong pulak punya lah gigih mengecap2 eskrem tuh. aku tanya gak kenapa tak ambil cornetto ker apa ker. sekali dia jawab, 'dah biasa makan'. terus aku pitam!


ohoi anak toyol nih mmg berhantu kalau dapat makan eskrem.

gigih dan tekun tangga kejayaan memakan eskrem.

hah sampai ke batang eskrem dikunyah dimamahnya.


Hari Pertama

seperti biasa, sahur jam 430 pagi. tapi anak toyol nih tak puasa! tgh hari dah nak 'air len' (air oren! hah teringat pulak kat sorang kawan nih yang suka amat air 'oren'). oleh sebab maknya dan maklangnya bekerja pada hari sabtu (over der time), maka dia makan lauk telur goreng dengan kicap. tapi kalau aku masakan ayam panggang ker, satay ker, dia tetap akan mintak telur goreng dan nasik dengan kicap. maka lauk2 lain adalah tidak best bagi dia. pelik sungguh lah.
anak toyol yang tidak puasa dengan lauk telur goreng nya.


since yang puasa kat rumah tuh aku, paksu, nizam, apit dan kaklang, maka menu hari pertama adalah sangat2 sederhana. aku dah pulak dah janji dengan derang nak beli ayam tergolek 2 ekor. ema masak ikan tenggiri masak lemak petai. perghhhh nasib baik la aku nih lelaki lindungan kaabah. ha ha ha. bau petai tuh mmg boleh menterburaikan pahala puasa oo!



Hari Kedua

hari kedua hari ahad. so semua orang tak kerja dan semua orang ada kat rumah. so adik2 perempuan aku decided nak masak nasik minyak, rendang ayam dengan acar. oleh kerana kesedapan yang teramat sangat, sampai aku terlupa nak amik gambar. so sorry la sisters gambar makanan tuh hanya ada dalam kenangan perutku. kah kah kah. hah lagi satu, masa pergi parram si kaklang dah membeli belah dan si nizam pulak memborong murtabak sampai aku rasa boleh buat satu kedai jual murtabak pulak. beli tak beragak terus kena brukbrekbrukbrek dengan aku. terus mak aku shadapkan aku dengan berkata 'ala, rumah nih kan ada indah water (refer kepada aku dengan paksu la tuh). perlu ker nak risau makanan tak habis?'. hek enennnnnnnnnn ada ke patut indah water!?


Hari Ketiga

hari ketiga aku dah sampai kat UPM. kembali menjadi orang bujang. lepas cuci luka mak, aku berangkat berangkut balik. masa on the way tuh adik aku pun balik dari skool (school) so aku pass duit barang sepuluh dua kasi duit belanja parram (pasar ramadan). dia ada peksa besar bulan 9 nanti. so 8 sampai 10 september aku akan balik lagi ke kampung.

dalam jam 6 macam tuh aku pergi la parram serdang. masya allah, walhal belum lagi gaji tapi umat manusia seamat lah ramai! sudahnya aku pergi masuk Kay Ef Cee. lagipun mmg tetiba teringin nak makan KFC nih. surprisingly, eh tak ramai orang!yang ada pun adik2 cashier yang sextra gedik mengreeting aku dengan overnya. dari jauh lagi dia dah jerit 'welcome to KFC!'. nampak gayanya aku nih mmg ada telent jadik mahesh of tele-n-time la kut.

betul la orang cakap, masa puasa nih mmg la syaitan yang kena rantai tapi napsu masih beraja. aku angkat dinner set (buka puasa kira dinner la kan?) dan on top of that aku amik jugak chickenroni dan cheesy wedges. gambar wedges tak der sebab tak lawa dressing dia. tapikan sudahnya aku tak habis pun. aku paksa pulun makan chickenroni tuh dan berbaki 2 ketul ayam dengan mash potatoes. aku rasa ini dah cukup untuk ilangkan rindu aku pada KFC untuk sembilan bulan yang akan datang. sahur? mana lalu nak makan kfc sejuk. last2 tong sampah yang kenyang.


dinner set. beli seperti orang tamak.

giler berlemak dan merembes kemayonisannya.

Yang Perlu diPerbaiki

tiap tiap tahun aku berpuasa. tiap kali itu jugak aku meletakkan azam untuk berwasatiah dan zuhud ketika berbuka puasa. seringkali ramai di antara kita yang gagal dan itu termasuk la aku. dah lebih dari 23 tahun aku berpuasa dan menyambut ramadhan dan makanya dah lebih 23 kali aku membuat azam untuk berbuka puasa dengan ala kadar. belum ada satu pun yang menjadi. hasrat untuk menjaga badan dan kesihatan hanya tinggal janji manis mu.

aku belum lagi dapat menghayati apa itu kemiskinan, kelaparan dan dahaga tanpa air dalam erti kata yang sebenar. aku berpuasa, menjaga tertib ketika berpuasa dan menjauhi apa yang dilarang yang menyebabkan perkara batal puasa. tapi itu terhenti bila tiba waktu berbuka. kerana itu aku rasa aku belum dapat menginsafi apa itu kepapaan lalu aku menjadi orang yang kurang besyukur dengan kemewahan yang ada. ramadhan ini aku masih mengharap, untuk berbuka dengan 3 bijik tamar, segelas air kosong dan mungkin sepinggan nasi. dari situ aku berharap dapat mengukuhkan pengakuan yang Allah itu Penyimpan Perbendaharaan alam. Dia lah yang mencampakkan rasa lapar, dahaga, kenyang dan nikmat.

hari ini tak tahu lagi. mulai esok aku akan memenuhi undangan kawan kawan untuk berbuka puasa bersama. dan dari situ ada cabaran yang amat hebat. dapatkah aku berbuka dengan 3 biji tamar dan segelas air?

-puAYIEsa di bulan ramAYIEdhan-


6 comments:

Desert Rose said...

*sob sob boboy, akak insap dgn tazkirah boboi itu..akan tetapi chezzeroni mg namapak sgt seksi hingga menyiksa jiwa akak...(seb bek akak dah raya awal hu hu hu)

BTW Budak kecit tu tomei ar, buleh kawan ngan anak dara I , lauk yg paling sedap dalam dunia dia ialah telur goreng ngan kicap manis kipas udang, lain2 sume tak pandang langsung...waaaa dimanakh nak dapat khasit supaya kulit menjadi gorjes spt Zizie Ezzette itu anakku, dah tentu2 mak ko ni mcm sayur mcm kambin, ko ni sorang turun saper agaknye *sambil menjeling bapaknye..

Aina@Azila said...

Siapa kata blog ni tak der orang baca? Akak ni bukan orang ker? Huhuhuuhuhu... sampai hati ayie kata akak bukan orang. Nak merajuk laa..(cepat laa pujuk *demand)

Encik Ayie Yang Garang said...

akak eja: ehek zizie ezet tuh sedara bau bau kentut ngn kitorang gak. in person dia nih nampak koros macam aneroxic tapi dalam tibi dia nampak gemot. eh kicap nih dari kacang soya tau akak. khasiat kacang soya nih hah tidak koman koman okeh.

kak aina: ahak, alahai saya punya blog ni sekali sekala jer berupdatenya. mmg jarang2 la ada orang baca. bersawang lagi ada. hah dah jgn nak merajup merajup. tuh nanti student bengap add math sapa nak ajar? keh keh keh.

Aina@Azila said...

Haa..cam tu la pujuk.

Akak selalu datang tau bila nampak ada new update... cuma Garfield tu tak tinggalkan tapak kaki die jer kat sini.

lilRed Farah said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh kiutnye 2 org itu!!!!! mau berkenalan buleyh kah?

Encik Ayie Yang Garang said...

heipppp tak boleh.. kerana itu bukan adik adik londis. kah kah kah. berkenalan dengan saya syudeh.. wahahhahahahha (teringat macam ada sorang perempuan tak center tuh, 'jgn kawan dengan dia, kawan dengan i sajork shudeh'). matiklah mencarut.