Sunday, September 06, 2009

Puasa: Dua Hari di Kampung

ohoi blog!
perut acik makin buncit. balik kampung makan, makan balik kampung, balik makan kampung. pusing pusing situ jugak la putar eh. makan! acik fail lagi nak berwasatiah. minggu lopeh sampai la hari semalam acik mentekedarah bagai nak rak. macam mano nih nak sihat. macam mano nih nak menghayati ramadhan. acik kono kembali ke pangkal jalan.
Puasa Di Kampung
berbuka puasa di kampung tak pernah tak meriah. walaupun kadang kadang menunya biasa biasa tapi ada banyak cerita di sebalik lauk yang dimasak. tetiba aku terasa macam nak makan sardine dan teluar dadar. ada orang kata makan sardine masa buka puasa tak kelas, dan sardine adalah makanan orang kelas bawahan. pada aku, sardine nih bawak nostalgia masa kanak kanak dulu. telur dadar pulak menu rasmi hampir setiap hari sumber protein (??dan kolestrol) masa aku kecik kecik dulu. aku requested my sister, emma to cook these lauk for me. and she knew my selera better when she cooked ikan bilis goreng dengan kentang. ouh my god! maka kalah lah segala makanan yang ada di dunia pada ketika itu.
masa ke parram aku beli sikit kuih kuih dan teringin pulak makan rojak. mak suruh beli lompat tikam. aku tak tahu pulak yang lompat tikam nih adik beradik lain mak lain bapak dengan tepung pelita. sudahnya aku pun tak tahu apa yang aku beli. popia basah yang berinti daging pun sangat menyelerakan. tapi harganya yang sebijik tu adalah seringgit maka membantutkan sikit acara pembelian yang dilakukan secara borong.


sardin oh sardin. rojak dan popiah inti daging.
menunya tak mewah tapi amat mengenyangkan.
ouh ini lah rojaknya

malam nya aku decided bawak laskar rembau ke cyber cafe senawang. since rumah aku tak ada internet (dah lebih 2 tahun apply streamyx but we never had any good response from TM) maka aku bawak la laskar rembau ke CC. hah rupa2nya budak budak nih lebih celik komputer dari aku. not bad bila afiq tahu mana nak clicked dan apa nak tulis aku sedikit kagum la dengan dia. cuba bayangkan kalau dia ada access kepada internet, mesti budak kampung dan budak budak di kampung boleh maju sama macam di bandar. asyrap pulak masih belum tahu membaca. so yang penting adalah memberi peluang kepada kami, budak budak kampung. paksu aku tgk ada high interest dengan internet. tapi aku rasa dia ada masalah hilang arah 'apa yer kegunaan internet?'.

berpuas hati dengan apa yang laskar rembau tunjukkan, maka aku pun kasik la budak budak nih main game. game tuh game tembak2 yang aku pun tak ingat apa namanya dan boleh main dengan multiple players, apit dah mula tanya macam mana boleh main dengan orang lain (paksu) tapi pakai komputer lain lain. there i go dengan explanation pasal local area network. dia tak paham pun, buat masa ini, tapi aku tahu next time aku jumpa dia, dia mesti akan tanya soalan pelik pelik dengan aku.

apit dan ayap.

Hari KeDua di Kampung

hari nih farhana punya turn masak. adik pulak demand nak makan gulai ayam. yang kelakarnya, kaklang nih bila dia tgk gulai tuh tak kuning kuning, maka setengah peket kunyit dia siram dalam gulai tuh. aci tak macam tuh. rasanya not bad, tapi rasa kunyit tuh menyebabkan aku berbau pakiyam selepas itu.



gulai ayam

tembikai

Yang DiKenang dan Yang Dilupakan

Ada di antara kita yang suka mengimbau kenangan lalu. itu bagus, kerana kalau tiada yang dulu tidak akan wujud yang sekarang. kata orang, yang ada sekarang terbina dengan sejarah terdahulu. yang tidak bagus adalah orang yang suka mengungkit perkara perkara lama dan mencanang kepada orang yang lain. kadang kadang kita berniat untuk bergurau, tapi saranan aku, jgn sampai menjatuhkan maruah kawan itu.

kita pernah muda, dan kita ada kawan kawan yang muda. kadang kadang hilang pertimbangan kita melakukan kesilapan. sebagai yang lebih dewasa bukankah tanggungjawab kita untuk membetulkan dan mencegah mereka yang muda ini dari melakukan kesilapan? atau ada antara kita yang dewasa mengambil kesempatan memujuk dan mengumpan mereka yang muda ini terjerumus kepada lembah kesilapan? yang dewasa ada tanggungjawab kepada yang muda, cuba bayangkan, yang adik kita, atau anak buah kita, atau sedara yang sedarah dengan kita berada di tempat tersebut. karma selalu mencari jalan pengimbangan, kita tidak akan dapat lari ke mana mana kerana hidup ini satu putaran.

-kAYIErma-


No comments: