Saturday, September 12, 2009

Puasa: Ikan Ker??

oHoi blog,

ini berbuka puasa dengan faiz. kat the manhattan fish market, alamanda. ouh faiz nih junior kepada kawan aku yang bekerja satu tempat dengan aku. kenal melalui dia dan jadi rapat. pelajar TIT. bukan tit yang itu lah! Tokyo Inst of Technology. bukan sebarangan pelajar yang boleh masuk situ. berada di tahun akhir kejuruteraan kimia, dan bakal bergraduat tahun hadapan.

apa nak cerita? makanan nih supermahal (ye aku kan kedekut), tapi supersedap. ada tak mana mana kedai yang supersedap, supercepat, superlayanan best tapi adalah supermurah harganya? kalau ada sila beritahu aku yer! mak aku cakap, kalau nak semua super dan supermurah, sila superbuat kedai sendirik. adeh, kecewa.



giler cam-whoring. nampak aku supergemok duduk sebelah budak supersekini (superskinny)
gambar candid. kawan aku cakap cincin tuh nampak sendat. maka dengan kata lainnya, aku adalah gemot. menyampah sungguh lah.
fillet ikan, sotong stongan, udang udangan, kentang kentangan dan ada nasik ooo!
okeh udang nih dibelah, pas tuh dia letak cheese pas tuh dibakar tau. nampak tak hangus2 tuh. jadi ini kita boleh insafkan diri dengan mengatakan, orang yang berotak udang suka menyampai cerita dan memburukkan orang adalah patut di belah dan dibakar dalam api neraka. aci tak macam tuh?
sesotong yang bulat bulat. lembut giler daging sotong ni. eh daging sotong ker isi sotong??


dessert nih sangat manis giler. rasa macam kencing manis aku boleh dapat 24 dan dan tuh jugak! cokelat yang meleleh tuh, kalau hirup boleh dapat rencatan otak.

hah dah habis! tapi sebenarnya tiga par ampat aku yang balun. itu lah untungnya keluar dengan encik perut stokin macam aku nih. kompem tak membazir. membazir kan salah satu sifat syaiton, allah ya kareem!

-keAYIEnyang-

No comments: