Thursday, September 24, 2009

Salam Aidilfitri~

ohoIiiiiI blog,

alamak acik lambat wish la selamat ari raya. tapi nasib baik orang melayu malaysia raya aidilfitri sebulan. so kiranya valid lagi la kan kalau nak mintak hampun dan maaf kan kan kan? ala aci la macam tuh. acik masa balik kampung tuh koneksi internet adalah macam sloth. kalau nak tahu apa itu sloth sila tekan sini. tapi acik tak nak cerita pasal internet ataupun sloth. acik nak cerita pasal meminta ampun dan maaf kepada kawan kawan acik.

acik ada kawan betul, kawan tak betul (giler sama macam acik), kawan maya dan juga kawan ayam. acik mmg banyak buat salah dan silap sobab ehk acik nih kan maknusio jugak. kadang kadang tuh acik menulish macam tak do perasaan yang perasan. lalu ado yang terkocik ati lah sontap la tapi itu acik tidak akan meminto maaf sobab eh bukan salah acik. kah kah kah kah. acah mak enon, acik totap akan mintak mahap sobab acik mmg berasalah. tulis lain kali berpado pado posan mak acik.

acik nak mintak mahap dongan incik pendi of brunel dan pendi of IC. dah setahun kawan dongan derang nih. acik tahu banyak kato2 acik yang menguris hati dan perasaan dan seperti biaso acik tak perasan. incik incik pendi berduo nanti balik sanun ese akan meminto mahap secara fizikal yo.

kepada incik alex, dah lebih 2 tahun kita berkawan mmg ada yang terkasar bahasa, tertinggi suara, terlupa balas es em es, dan yang seangkatan dengannya. saya minta maaf atas kekurangan itu.

acik jugak nak mintak mahap dongan kawan kawan blog acik,

bella - kalau (bukan kalau lagi dah, mmg kompem pun kan ha ha ha) aku ada tersalah, terlebih gurau sama kau, terusik, terkata terlebih sudah, aku mintak maaf yer. eh nanti ada masa jumpa sebelum aku fly balik sana yer.

kakjie esah - ooo akak yang cun melecun tinggi lampai berkereta batman. ese nak mintak hampun dongan akak bilo ado salah sangko dan perkaro perkaro yang unsangkrable telah berlaku dan berlaki sepanjang tahun lopeh. moga moga kito akan berkekalan la kito berkawan .

kak eja - erkkk akak alam maya yang ranggi lagi raggae. saya nak mintak maaf kalau ada terkomen yang melampau dan tergurau yang menyebabkan hati akak remuk redam tidak ayu lagi. saya mohon maaf yer kak.

kak ainafarhana - ini akak paling cool. kalau ada silap dan salah saya, saya mohon maaf yer kak.

yanzsairy - hah yuna look alike! aku tahu aku ada salah sama kau yakni aku selalu ilang dalam YM. ini adalah kerana koneksi yang macam.. (sila lengkapkan dengan diksi yang sesuai). kadang2 aku ada jugak tanya soklan2 cepuk emas kat kau. aku mintak mahap yer yanz.

akeng a/k/a akim- ye ye.. u have the right to be mad at me and for that i really am sorry. ikhlas dari hati ke hati kerana salahnya mmg datang dari saya. buang yang keruh ambil yang jernih, tapi air teh tarik di MSD, London mmg jernih pun. nak jimat dan hujung tahun nih dia nak register top 5 miliyener kat malaysia. eh alamak dah kena mintak mahap kat acik MSD tuh pulak. adeh...

kak far - akak merah, kawan dah setahun lebih, masa berchatting, masa membalas komen FB dan membalas komen blog, ada ayat saya yang agak jauh dari peradaban dunia persis gengster rembau, saya mohon maaf juga. ada lawak yang tak kelakar saya buat, saya minta maaf jugek. apa pun saya doakan kak far berjaya membaking cup cake dan saya menten lah menjadi muffin cake.

dan kepada berberapa lagi kawan blog yang dah lama tak keep in touch saya tetap meminta maaf kalau selama menjadi kawan blog, ada entry tercarut termaki dan terhamun dengan tidak sengaja tapi adalah akibat salah sangka, saya minta maaf yer.

kepada 2 orang adik tersayang,

yoe - kompem kita banyak salah kan? ha ha ha. tergu la apa la macam macam lagi la kan. kalau nak list kesalahan tuh maka akan keringlah air laut dan habis la daun daun kat muka bumi nih. cheewah. tapi sebagai insan yang kamil (bukan camel unta yer) marilah kita bermaaf maafan. maafkan abang yer.

faizly - abang mintak maaf kalau tersextra henyak hentak belasah kamu selama kita kenal. semoga ikatan silaturrahim ini berkekalan.

kepada cik sepat tersayang, ye ye kanda(ada orang muntah tak??) maafkan dosa dinda (ada yang koma ker?). eh jap silap, nih aku yang patut minta maafkan? ekceli dah minta maaf dah malam raya tuh. he he he.


so kami sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya walaupun dah agak hampir seminggu. semoga aidilfitri kali ini ada seribu cerita dan kenangan yang indah.


incik spingemok dan keluarga di rembau.
cerita cerita di pagi raya.

P/S: acik nak meminta maaf kerana acik belum bersedia untuk memaafkan beberapa orang itu dan itu dan itu. acik bukan insan yang sempurna maka sila lah maafkan diri kamu dan kamu dan kamu sendrik yer.

-mood berAYIEa-

5 comments:

yoe said...

yoe - kompem kita banyak salah kan? ha ha ha. tergu la apa la macam macam lagi la kan. kalau nak list kesalahan tuh maka akan keringlah air laut dan habis la daun daun kat muka bumi nih. cheewah. tapi sebagai insan yang kamil (bukan camel unta yer) marilah kita bermaaf maafan. maafkan abang yer.

-------->> ini yang dimaksudkan ni yoe yang mana??? muahahahahaaaa.... matik la... masih keji!!!!

~ yoe

:: cheezzy cheese :: said...

uhuk uhuk.. (smbil lap hengoss) den pon nk mohon ampun salah & silap yo.. den paham eko slalu ilang jor dlm ym.. xpo xpo.. den pham. kenektion tu besa ar, den pon camtu yo.

nti b4 ekau blik UK, kito jmp2an dlu la yo, if den tak ilang p open haus sobab ei rayo lae kn, tp xpo, eko jomput den sure dtg jor. if ekau xjomput, den diam2 jor..

:: cheezzy cheese :: said...

ehhhhh jap jap... lupo lak den nak bg tau td.. ekau ni den tgk segak bonar raya kali ni, brsori-sori muka eh.. agaknya eden dh dpt bau-bau nasik minyak ko ni? ekau dulu la yo, den mnyusul kemudian..

Belladonna said...

Ayie, aku pun minta maaf zahir dan batin jugek sebab aku memang ada buat salah kat kau. Ni kompem! Hihi. Baik-baik kat UK nah.

afandiahmad said...

Panjang gile entry nie...dah takde abstract...payah nak baca...tup2 baca ada nama aku plaks....haha