Tuesday, May 31, 2011

API: Antara Tersedak, Terenjat dan Terenchat

ohoiiii blog,

okeh tadi pagik kan, punya la berdentum dentam guruh petir sampai aku terjaga tidur meng-unplugged kan kepala palam pencucuh plug plug yang ada kat dinding tuh. ye lah takot nanti tetiba disambar petir asrama nih habis hangus peralatan electric ku. speaking of which, abang ada satu pantun empat kerat nak kongsi. ala suka suka jer lawak jenaka,

Ku sangka kan hujan di pagi hari, Rupanya guruh jer yang silih berganti, Ku sangka  PM nak umum bonus 2 bulan gaji, Rupanya taarif elektrik yang naik lagi!!
okaylah khabarnya tidak menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan dibawah 200kWj. kenaikan tak banyak beberapa sen jer sekilo watt jam. tapi kan.... ha ha ha... orang yang naik kan taarif elektrik nih memang bangang. kalau kau naikkan walaupun sikit tahu tak kesan dan akibatnya kepada industrial player? mereka akan naikkan harga barang yer. walaupun pengguna yang menggunakan 200kWj kebawah tidak terasa secara langsung tapi binatang binatang yang bertuhankan duit akan naikkan semua harga barang yang berkaitan mahupun yang tak berkaitan okeh! sedangkan masa gula naik 20 sen sekilo, harga teh tarik naik jugak tau, hatta battery pun naik okeh. battery kereta pakai gula kah? tak kan? aku rasa kan orang nih bangang lah. subsidi kau kena bagi sebab dengan cara tuh kau tak menekan rakyat. rakyat yang tidak hidup dalam tekanan boleh berfungsi sebagai manusia biasa dan memberi contribution kepada negara dan boleh lah menjana pendapatan negara untuk menampung lagi 8 Billion lebihan tuntutan subsidi.

aku rasa mangkuk mangkuk nih tahu tapi buat buat tak tahu. sebab masing masing mengelinjang nak menamatkan riwayat career mereka. masing masing dah bosan jadik kerajaan dan orang kerajaan maka mengelinjang nak jadik pembangkang pulak agaknya. kalau itu permintaan korang aku rasa rakyat dengan senang hati boleh tunaikan. the reason why orang sokong korang sebab orang kebanyakan macam aku harapkan korang korang nih boleh membela nasib kitorang. ok fine kerajaan terpaksa absorb 8 billion tambahan untuk subsidi. kitorang elect korang supaya korang bekerja dan berpikir macam mana nak tambah dan cari 8 billion tuh dari business ker dari trade ker janji jangan kau rompak dan tekan rakyat sudah lah. kalau kau naikkan itu ini, itu maknanya kau menyusahkan rakyat. kalau kau menyusahkan rakyat maka memang patutlah semua korang korang nih ditamatkan perkhidmatan.

aku tak pasti dengan trend dan angin penerimaan golongan belia macam aku nih untuk PRU 13. tapi buat masa nih aku tak rasa yang aku akan undi BN. tapi sumpah aku tak akan undi pembangkang. DAP hanya revolves around cina cina dan cina. PAS pulak dah hilang integriti, tak ada hala tuju dah. yang depa tahu condemn condemn condemn. tak ada model ekonomi islam pun yang depa mampu bentang. bab ekonomi aku lebih percaya DAP lah. tapi kalau undi DAP aku tak tahu la sama ada anak cucu aku ada tempat atau pun tidak kat malaysia. silap2 nama malaysia pun dah bertukar. PKR? itu parti kencing rakyat. pusat gravitinya tertumpu kepada kotek anuwar yang bengkok tuh. instead of membela rakyat parti tu sebok membela anuwar. jadi kat malaysia nih aku rasa satu apa pun tak boleh harap melainkan mengharapkan diri sendiri jer lah. aku pun tak tahu macam mana nak komen tapi aku rasa aku akan consider beberapa option yang sebelum ini mmg menyalahi principle patriotism aku.

memerintah bukan untuk mengisi tembolok masing masing, tapi itu amanah yang pertama sekali akan disoal dalam kubur nanti. ouh sudah sudah lah bertuhan kan duit bawak mengucap yang sebesar rumah bermula dengan sekecil bata tetap Allah yang Akhbar.


-guAYIEla giAYIEla-

No comments: