Ohoiiiiii Blog!!
kawan abang si janu, yang berasal dari bali tuh akan pulang ke kampung halamannya for good this coming June. itu sangat sedih okeh. alangkan dia duduk melaka pun kitorang yang di kuala lumpur ini jarang dapat berjumpa ini kan kalau dia dah berada di bali agaknya sekali seumur hidup jer lah pergi melawat dia. anyway, itu ayat cliche sangat kan!? ha ha ha. ekceli janu akan menamatkan perkhidmatan cemerlang dia dengan YTL or in specific dengan The Majestic Hotel Malacca.
abang pun plan dengan gang abang gang terdeMMit Kuala Lumpur untuk pergi melawat janu dan makan makan dengan dia last week. tengah bulan dan tengah minggu dik. tak ker kau menanges?! ha ha ha ha. tapi tak apa demi kawan dan kawan kawan abang gigih kan jugak memandu sampai sesat2. iTek mmg tak boleh pakai GPS dia lah. abang kasik abang punya BlackBerry pun masih sesat sebab rupa2nya GPS BB nih bisu! sentap okeh. so pusing punya pusing patutnya sampai jam 3 (iTek lewat sejam okeh bukan salah abang), akhirnya berputar dalam bandar melaka setengah jam menyebabkan kami sampai jam 330 petang. tak la terok sangat kan.
Agenda kali ini adalah sangat santai dan abang pun plan nak lepak dalam bilik jer or sekita yang dekat dekat. malas pulak nak meng-round. tapi ada la plan nak ke pantai klebang nak makan seafood. dalam kepala otak abang pantai tuh dalam 45 menit dari bandar melaka, tapi.... ha ha ha.. bodoh okeh.. bodoh sangat. rupa2nya sepuluh menit dah sampai ke pantai yang dah tak ada laut.. jauh sangat lautnya sebab pantai dah kena kambus. apa nak bina pun aku tak tahu lah. nanti bina2 teros terjun tambam masuk jerlus. malaysia kan owes macam tuh.
Hari Pertama
abang dengan iTek travel sama sama sebab syahir ada majlis high tea dengan family dia. so abang sampai tengah hari dan seperti biasa pose pose dalam bilik dulu la kan. abang dengan iTek dah jadik makhluk separa gila dalam bilik tu. so tetiba abang lapar! ha ha ha. perut abang kan perut stoking! maka abang pun bergerak bertiga tiga bersama iTek dan janu ke kedai nyonya Ta Chi Restaurant. jangan risau adik adik, ini kedai halal. so abang makan agak agak jer lah sebab simpan ruangan untuk malam karang. malam tuh syahir sampai dalam jam 830 dan dia dah pose2 chantek depan bus stop tuh. ha ha ha. malamnya kami langsung ke Portuguese Settlement untuk makan seafood. ouh my god, sedap sungguh makanan kat sini dan to our surprise makanan dia agak murah. 4 orang makan total semua adalah 68 ringgit. kitorang makan ikan kukus nyonya style, kailan goreng bawang putih, ayam masak gao poh (ye ker ejaan nih?) dan lala goreng cili padi. nasiknya, 2 kali tambah okeh. ha ha ha. itu sebab abang carut adik tuh lah, 'adik kenapa sikit sangat you kasik. you nak suruh i diet ker adik?'. terus dia kasik sepinggan besar nasik tambah.
tengah hari tu kitorang bersuka ria aja di swimming pool dan kawan perempuan janu si fiera pun join kitorang sekali. kepala otak pun giler giler so mmg happy giler lah buat hotel tu macam hotel sendiri. dari swimming pool sampailah ke dalam gym. fiera kawan janu. dia graduate YTL college and kerja dengan YTL. dia datang majestic pun nak jumpa janu sebab ye lah janu nih kan kalah miss congeniality sangat super friendly. fiera nih tak camera shy.. macam abang kan camera shy sangat sangat okeh. abang pemalu nak posing posing nih **okeh boleh lempang abang laju2 skarang jugak**. sementelah kamera tersebut adalah kemera yang tidak memakai pilem, maka kitorang main petikkkk jer lah. pantang berubah pose, petik petik dan petik sudahnya sessi di swuming pool ini dekat2 la seribu gambarnya. ha ha ha. bila matahari dah mencanak kat kepala masing masing dan macam cacing kepanas, teros merempan masuk dalam gym. ada aircond! dalam tuh pun sempat lagi berposing. abang kan camera shy.. so abang angkat2 berat jer. then later Lee Lee Lee datang. ye triple Lee ini adalah perempuan betul. sumpah lawa okeh. dia mix chindian dengan baba-nyonya. nasib baik dia dah ada boipren kalau tak sumpah abang ngorat dia, 'hi, I Ayie, boleh berkenalan?'. ha ha ha.
malam tuh kami makan di Seafarer's Seafood. alamak adik adik, sini pun sedap jugak lah. eh semua tempat sedap. masih lagi dengan ikan kukus tapi kali nih siakap. buttered prawn yang terbaik dan lepas tuh si syahir dengan janu mengelinjang nak makan durian. abang tak makan durian okeh.. ye lah say-men-jark bar-lick day-ree landen are-bunk may-monk tak ma-cane ma-cane-nun pay-dust. ha ha ha. ok lempanglah abang sehingga abang sedarkan diri.
makan sampai nak tersengkak perut tapi sekali tuh bila nampak satu kedai liplap liplap masing masing dah tak keruan nak singgah. last last pekena dessert jugak. macam mana la nak kurus kalau makan selang sejam sekali? apa apaaaa?? ha ha ha. lepas dessert tuh straight balik bilik. abang balik sebab nak memerut.
tapi kan ekceli malam tuh ingat nak keluar lah ronda2 tgk bandar melaka. tapi apa yang ada? sekali tu abang terus memberi cadangan supaya pergi makan assam pedas claypot (tak tahu la apa nama kawasan tu) dan teros cadangan ditutup dan setuju jer semua orang. ha ha haha. matiklah kalau kuwar berjalan dengan abang korang boleh gemuk okeh. okeh cukup kegembiraan sampai di sini. abang suka dengan geng terdeMMit KL sebab bila keluar dengan mereka, mereka tak berkira dan abang pun tak pening kepala nak kena spedo okeh. bila dah kena spedo boleh pulak kau pergi bercerita mengadu dalam facebook. tayik kucing sangat perangai kau nih. okeh bye.
-melAYIEka lAYIEgi-


No comments:
Post a Comment