Tuesday, August 16, 2011

Buka Puasa: Satu Keluarga Besar Punya~

ohoi blog, 

hujung minggu lepas adik abang sudah booked abang sebab dia nak belanja buka puasa kat Tiara Beach Resort di Port Dickson. ala tempat biasa biasa jer, tak mampu la nak makan buffet kat palace of golden horses kan dik oi. selection makanan kat sini boleh tahan lah walaupun tak sehebat di vistana mahupun marriot putrajaya. tapi yang best adalah sebab abang pergi dengan lori DBKL tau. so makan mmg akan dengan hebatnya. ha ha ha. tidak ada kerisauan di meja makan walaupun makanan nampak macam melimpah ruah. hah sila tgk gambar meja kami orang yer. at fisrt kan abang rasa macam tak berapa yakin yang makanan akan TIDAK HABIS, tapi abang dah tersilap. kami mmg orang yang bersyukur. makanan semua habis. tapi abang biasanya didik budak budak nih ambil makanan apa yang nak makan sahaja. kalau ala ala nak rasa rasa nih abang suruh ambil sikit dan share dulu. kalau sedap baru ambil banyak. banyak tu bukan lah sampai berlebihan.

Muka abang bahagia sangat kan~~!?
kami sampai dalam jam 1845. punya lah jauh tiara beach resort tu tapi abang dah pernah pergi lama dahulu lah. rasa macam makin jauh la pulak tempat tuh. anyway, all of us paling seronok tgk mak makan dengan berseleranya sebab few days backnya dia tak lalu makan sangat. katanya tak ada selera. ker mak punya selera disimpan untuk hari bahagia ini?? ha ha ha ha. okaylah tak ada apa lagi yang menarik kut untuk entry kali ini. okaylah ::BYE:

-TIAYIERA BEAYIECH REAYIESORT-

No comments: