ohoi blog,
hari rabu lepas abang merempan ketaktahanan lagi kerana dah mengelinjang nak cari baju raya. kebetulan fiera kerja shift AM so abang pun mengontek budak2 nih ajak mengukur panjang jalan tuanku abdul rahman tuh. keluar dengan derang nih best, kalau nak gelak kat jalan TAR tuh macam buat jalan ayah kami sendiri yang buat. tapi kami tetap masih bersopan. abang dah jumpa baju raya abang cuma ada satu je ryang tak lengkap. rupa2nya benda tuh mmg tak jual kat malaysia atau kat tempat lain. kawan abang cakap 'kalau kau arab jer baru kau boleh pakai unless ko nak buat modelling ke apa ker baru boleh pakai'. ermm ok lah kalau dah termaktub macam tuh. kang abang pakai ada pulak yang berkecek arab. apa abang nak sua kan? perlukah abang menjawab dengan muka abang yang toya ini?? tidak la kan? then jalan jalan pun dah dekat kul 2 baru selesai. wahhh luas sebenarnya ukuran panjang dan ukurlilit jalan TAR **overlah! tahun lepas bukan ker selalu dating kat sini kan??? tak sheswai tau statement itu. ha ha ha ha. then we decided nak makan sahur kat N.Z bukit bintang. makanan dia okay lah. tapi ada maknusia melayu yang hati bengkak bernanah boleh menghisap rokok dalam ruang air cond. masa abang masuk nahhhhhhh dah la ruang tuh tertutup. babiks sangat perangai derang nih. alangkah baiknya kalau derang nih diciptakan menjadi, ulat sagu. senang abang nak korek, goreng dan kekah derang nih. biryani habis dik, abang kecewa abang teros la makan itu kebab on platter. alahai dik, 2 kali suap dah habis. satu tangki jer yang penuh. lagi 3 menanges merajop okeh. nasik baik ada PB, maka abang tarik jer string kasik ketat! the next day hari kamis, lepas terawih abang g makan tutti frutti ala ala untuk moreh high-end lah. abang belanja kawan abang yang baru naik pangkat. ehem memang sedap la kalau dah semangkuk berpuluh ringgit. abang berpuas hati dan memang puas gedegedeweee abang. memula tuh abang nak amik cup merah, cup paling besar, tapi kawan abang cakap, makan berpada pada der. teros abang insap, sbb, hello makan moreh jer kan. bukan macam makan tengah hari kan? ha ha ha ha.
ouh by the way, semalam kan hari juamat, abang pergi beli KFC tau. ini semua salah si ichaa, sebab dia cakap dia buka puasa makan kepsi. masa nak beli tuh ada la 2 orang anak beranak nih. perbualannya begini
mak: ajim, nak apa apa lagi tak?
ajim: ajim nak poteto wejes yang ada sos Bastard.
mak: (pandang kiri kanan depan belakang) Mustard la ajim.
ajim: ha tuh la yang ajim nak cakap mama.
ok abang tak salah dengar okeh sebab abang duduk betul2 belakang derang. ko rasa nak pengsan tak sos bastard!? macam mana la agaknya rasa sos bastard tuh kan? okaylah abang dah nak demam. sekarang abang nak tidow dulu. nanti abang cerita pasal sahur kat vistana lagi.
-MAYIEKAN-

No comments:
Post a Comment