Tuesday, August 02, 2011

Salam Ramadhan: Selamat Berpuasa Kawan Kawan

Ohoi blog, 

Setiap Ramadhan abang akan balik kampung atau kumpul dengan adik beradik termasuk la dengan adik ipar. abang cuba membudaya kan berbuka bersama keluarga on 1st of Ramadhan. like i said, membudayakan maka ianya mmg tidak ada dalam syariat islam  mahupun dalam sunnah. cuma abang rasa berkumpul bersama ahli keluarga dah merapatkan ukhuwah sesama adik beradik dan anak beranak adalah perkara yang baik. tapi abang tak limitkan on the 1st of ramadhan sahaja. kalau ada kesempatan insya allah abang akan cuba kumpulkan satu keluarg. makan KFC pun ok beramai ramai satu keluarga. tak per lah tak dapat makan kat restoren mahal2 sebab abang tak banyak duit. tapi kan, abang suka kawan dengan orang kaya tau. depa selalu belanja abang makan. dan kawan kawan abang yang kaya semua murah hati. abang suka kawan kawan abang kaya dan sumpah abang tak jeles. he he he. abang suka walaupun abang tak banyak duit. insya allah dengan kawan kawan yang kaya sapa tahu ada berkat dan tempias rejeki abang pun boleh kaya macam korang korang kan? abang doakan kawan kawan abang kaya okeh.

abang tak kaya, yang abang kaya barangkali carutan dengan kasih sayang kut?? mwahahahaha. tak boleh blah kan ayat. anyway, abang amik cuti 2 hari, so basically mak akan merehatkan dirinya dan menjadi Puan Madam Besar. ha ha ha. abang yang volunteer nak masak sebab kak ngah ngn kak lang kerja, nizam pun pukul 7 baru sampai rumah. ye lah kami bukannya orang kaya yang boleh dapat sekali pendapatan setahun tak payah kerja. ye lah nanti abang cuba la mengkayakan diri sendiri supaya boleh jadik mesin ATM. picit jer abang kuar duit. okay tak macam tuh. tapi kan abang happy macam nih. tak pasti nanti kalau lebih kaya abang berlagak dan mengundang banyak musuh pulak. takut jugak kan fitnah dunia. tapi abang rasa kalau abang kaya abang tetap akan baik punya **ok ini pun dah perasan kan?**

okay1st Ramadhan abang rasa nak masak yang simple2 jer. mak teringin nak makan siakap sweet and sour stuffed dengan epal and limau oren (ekceli abang malas nak kupas nenas. sakit jari okeh! limau oren sudah). pas tuh tetiba kat giant udang ada jual murah abang hangkut sekilo tapi masak separuh jer. abang buat buttered prawn. eh macam kering jer pulak kan, siang2 cendawan dengan isi ayam abang buat tomyam. ala tomyam la yang paling senang. ah baru teringat pulak yang adik abang dan anak buah abang tu macam ada mirip2 biawak. suka makan telor. maka abang dengan besar hatinya buat telur bingkus untuk biawak biawak belaan kat rumah tuh. hah rasakan, 5 minit habis. tak sempat kedip mata dah habis. biawak sangat kan derang nih. lauk lain pun sepi jer buat  5 menit pertama. kemdian... hah macam masuk dalam blender jer. kak lang tolong buat kailan goreng ikan masin sebab abang dah melepey tak larat dah. gila kau dik kul 3 prepare barang kul 4 start masak. kul 630 kemas basuh kitchen. kalau tak kemas tak senang mata nak mentekedarah. 


hari kedua, tender memasak abang pegang lagi lah. tapi sebab dah kering idea maka recycle jer lah masakan sebelum nih. ayam kukus dengan kicap sambal. kemdian mak cakap dia nak buat kuih koci inti campur dengan durian. layannnn dik! lepas makan abang rasa pewai! kau tahu pewai tuh apa? pening+mabuk gawai. durian dik durian. abang boleh makan tapi lite2jer lah. kepah padprik then masak gulai ketam. gulai ketam tuh abang kurang pandai la dik. belum habis menuntut dari mak abang lagi. ha ha nanti dah sexpert iaitu makan sampai terinzal abang bagitahu yer? adik ipar pulak bawak balik KFC dengan nasik lemak. si ayap nak makan KFC pulak katanya. okay lah selesai dah semua semua makanan kat atas table. sekarang abang nak kemas kemas balik dah. kak ngah dah susah hati sebab esok sapa nak masak best macam nih **ok abang dah super perasaannnnnnn! sila lempang laju laju okeh**. ha ha ha, 

baiklah kepada kawan kawan yang terbaca dengan tidak sengajanya entry ini, abang nak ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan ini dan selamat memperkukuhkan ibadah yang telah dilakukan selama ini. Salam Menyambut dan Beribadat di BUlan Ramadhan. 


-BERPUAYIESA-

No comments: