Saturday, October 29, 2011

Orang: Antara Baik dan Jahat

ohoiii blog, 

ada orang baik dan ada orang jahat dalam dunia nih. kadang kadang kita boleh bezakan orang jahat dari orang baik tapi most of the time kita tak dapat bezakan mereka. ingatkan baik sekali jahatnya mengalahkan iblis. 

orang baik ni kalau kita bunuh kebanyakan kebaikan yang dia anjurkan akan berhenti. kalau orang jahat pulak yang dibunuh macam mana? satu orang jahat mati akan ada satu, sepuluh, seratus, seribu dan barangkali sejuta orang jahat akan sambung kejahatan si penjahat yang dibunuh tadi. 

kejahatan tidak akan hilang walaupun si penjahat dibunuh. kejahatan pun tak akan hilang walaupun kita buat sejuta kebaikan. sejuta kebaikan yang kita buat pulak akan hapus lupus hanya dengan satu kejahatan, walaupun hanyalah sebesar zarah. kadang kadang tak perlu melakukan kejahatan, atas pertuduhan yang tiada asas pun boleh menyebabkan orang lupa dengan sejuta kebaikan kita. 

dunia ini penuh kejahatan dan didiami lebih ramai orang yang jahat. orang yang baik lekas mati dan lekas hilang juga kebaikan yang dibuat. tapi orang yang jahat lambat mati malahan kejahatan mereka dikenang kenang. 

masyarakat apa yang hidup sekarang ini agaknya? sudah kembali ke zaman jahiliyah barangkali?  kadang kadang takut untuk hidup di zaman ini. dalam keadaan begini tawakal sahaja dan jalani kehidupan seperti manusia yang benar benar manusia. 


-TAWAYIEKAL-

No comments: