Friday, September 21, 2012

Hilang: Antara Lari dan Bebas

ohoiiii blog, 

okay abang sambung sikit cerita pasal wawal. jangan la risau, abang tak akan mengtransformkan blog abang nih menjadi blog kebinatangan okeh. ehhhhh! macam cakap sorang2 jer kan?! macam la ada orang baca atau ada orang kisah. ha ha ha. ala kasik la abang chance nak feeling2 bajet ada orang baca blog abang. eh tak apa lah. bukan penting pun orang baca ke tidak. ini cuma penceritaan jlaan hidup best dan tak best serta bajet best abang jer lah. 

baiklah marilah kita kembali ke pangkal jalan kerana abang kalau dapat merempan tak tentu pasal nih mmg boleh sesat lagi menyesatkan. bajetnya nak cerita pasal wawal kang tetiba tercerita diri sendiri pulak. erm, kalau dikalangan orang yang bela dan sayang kucing/anjing/pets, biasanta kita akan adress haiwan peliharaan kita as anak or budak or kids, contohnya budak bulu, anak anak bulu or furkids. seldom la kita panggil kucing or anjing and we named them. 

wawal nih kan budak yang baik tau. dia jarang la mengiyau melainkan kalau dia lapar. wawal nih makan banyak jugak. selera makan dia bagus dan minum air pun sangat banyak. ye lah fluid badan dia asik keluar dan penuhkan  perut dia so kenalah replenish. kencing pun ok, berak pun ok. masa kat vet tuh of course la dia nampak agak teruk but i know kucing kalau boarded mmg akan stress. mana tak nya, duduk dalam cage lepas tuh tak der sapa nak manja manja kan dia kemudian kiri kanan, depan belakang, atas bawah semua kucing/anjing sakit. rasanya kalau abang kena cage duduk dalam tuh agaknya teros bunuh diri. masa bawak balik rumah kat senawang tuh dia punya recovery agak memberangsangkan dan jugak dia agak memberahikan diri. asal pegang jer bahagian belakang dia teros terjongket. hey budak nih, pitam abang ketakutan. ye lah dia on heat tapi tak dapat dan abang tak la pulak nak carikan mating2 nih. wawal nih sangat manja. dia suka abang garu2 kat bahagian tepi tengkuk dia. lepas tuh dia akan mentergolekkan diri dia menyuruh abang menggaru garu perut boyot dia pulak. he he he. lepas garu2 nanti dia akan pegang n gigit tangan abang, bukan dia kekah lah. dia gigit2 manja jer. 

masa mula mula bawak balik tu abang realise yang dia dia tak berapa nak makan kibbles. abang tak mo stress kan dia lagi abang bagi wetfood. yang ada dalam stock hanyalah whiskas yang abang simpan untuk bagi makan stray. bila abang kasi dia wetfood tuh, macam kunta kinte dia makan. hek enen sangat tau. ada kebaikan dan keburukan la bila kasi makan wetfood esp jenama yang macam nih. kebaikannya, wetfood nih murah. kalau bagi makan kat stray cats ok lah kut sebab banyak kan. keburukannya jenama macam nih banyak garam dan bahan perisa. memang sedap la kucing makan. sepeket tuh memang tak cukup. kebetulan pulak masa tuh ada 2 peket jer. abang tak perasan pulak dan tak sempat beli. masa tuh agak busy lah sebabnya bulan puasa kan. kejap nak pergi pasar ramadhan, kejap nak pergi pasar la apa lah. kibbles Science Plan tu tak pernah kering dari dalam feeding bowl wawal. agak2 lemau abang tukar walaupun banyak lagi. oh NO, tidak boleh bagi lebihan makanan wawal kepada kucing yang lain. ko giler dik. air liur dia boleh menjangkiti virus FIP itu kepada kucing yang lain. ko faham tak dik? faham tak? kalau tak faham buat2 je lah faham. 

kalau kat senawang kan konsepnya adalah malam jer kena cage dan siang wawal akan bebas kat compound jalan jalan. yang baiknya dia nih, tak keluar melepasi pagar besar. tapi mata abang sangat la tajam dan tak akan biarkan dia macam tu jer. he he he. sampai la satu hari tu abang sebok sms dengan fawwah nak bawak wawal pergi homeopathy tetiba hati terdetik. bergegas la keluar rumah sekali tengok2 cage kosong. biasanya wawal akan lepak dalam cage dan kegemaran dia di tengah hari adalah melepak dalam cage (tidak dikunci pun) duduk dalam cat bed. ok abang dah start nak pitam. masa tuh pukul 2 kut bila abang perasan yang wawal dah menghilangkan diri. teros msg fawwah bagitau wawal dah hilang. muka abang yang legap ni kan teros putih dik sampai ummi abang pun perasan. rupa2nya wawal telah melarikan diri dari jagaan abang. dia seolah2 macam YAY! dah bebas. tapi abang tak kurung dia pun. pundek tau perasaan perasan abang masa tuh. capai kunci kereta abang round satu taman tuh 3-4 kali. jangan kan kucing, nyamuk pun tak jumpa masa panas2 macam nih. 

tak boleh jadik. abang bawak kibbles murah yang banyak garam dan yang bau agak kuat macam air limbah buat umpan. ummi abang cakap biasanya kucing kalau panas2 macam nih dia menyorok dalam longkang. matiklah abang meredah longkang macam orang giler. ummi suruh abang cari bila hari dah redup sikit dalam pukul 6 macam tuh. ko tahu dik abang berjalan macam orang giler mencari panggil2 nama wawal miyau2 pukul 3 petang. matahari pulak hari tuh baik punya mencarak panas. sampai asar abang berenti. masa tuh dah tak rasa macam puasa pun. dahaga pun tidak apa pun tidak. ummi abang suh pi pasar ramadhan pun abang terpaksa said no. pukul empat setengah abang berenti. hati memang la tak tenang. pukul 5 petang alih2 hari redup. agaknya Allah pun kesian tgk abang dah macam ayah hilang anak. tak bertangguh abang sarung selipar dengan rambut tak sikat tak apa abang pi jalan. ada satu bahagian nih abang dah pass berpuluh kali. memula tuh rasa macam tak nak pergi bahagian belakang rumah orang tu tapi tetiba macam kaki kena dorong jer ke sana. masa abang lalu tuh dekat2 pukul 6. kiranya sejam la abang meredah jalan dan memasuki longkang. hui tak pernah abang berexperience macam nih. 

sekali kan... sekali kannnn... ehhhh macam kenal jer budak tuh. bila abang panggil nama dia, WAWAL! dia teros bekejar datang kat abang. dia tengah mengorek2 tong sampah orang. amboi mementang la malam semalamnya air dalam perut tu dah dikeluarkan, ringan jer la hari tu dia mengorek2 tong sampah kan. 
dia mesti feeling bebas dapat menjadi stray kembali. tapi kekdahnya dia adalah stray yang kebulur masa abang jumpa. adoiyai tak boleh blah betul budak nih. 


ha kat lorong ni lah abang jumpa budak stray gagal nih. ha ha ha. lepas jumpa dia kan baru la terasa bapakkkkk punya lapar dahaga dan semuanya la yang korang boleh bayangkan. serasa macam budak 7 tahun baru mula berpuasa. abang dukung la wawal nih sebab dia tak mo jalan. dia feeling2 lagi nak jadik stray yang gagal. walaupun lorong nih dah berpuluh kali abang lalu tapi alhamdulillah allah tak mo seksa jiwa dan raga abang maka berjumpa la abang dengan si wawal. ok lah yang tak berapa nak betulnya abang pakai seluar pendek. ada la orang tu kata abang nih selalu la tak menutup  aurat. ok lah ok lah. kau menanglah macam tuh sebab menutup aurat tapi tak dapat menutup mulut. how lah?? ehhh abang cerita pasal apa nih?? ehhhhh!? he he he. 

malam tu bukak puasa macam kunta kinte abang makan! lepas terawih abang bermuhasabah diri kenapa wawal melarikan diri. nanti abang sambung la ehk. nak kena kemas2 barang sebab nak balik senawang nih. 


::kehByE::

-lAEYIEri-


No comments: