Thursday, September 20, 2012

Syawal: Antara Kehidupan, Keinsafan Sebelum Kematian

ohoi blog, 

okeh abang nak share story pasal wawal. wawal nih seekor kucing jalanan. dah la jalanan sakit pulak tu. asal asal nya kawan abang geng garu-garu yang jumpa dia kat klang. masa tuh kawan abang nih pergi rumah nenek dia berbuka puasa. kawan abang nih nama dia fawwah, dan makcik si fawwah nih cakap wawal ni dia jumpa dua minggu lepas. masa dua minggu lepas tuh perut dia tak la besar sangat tapi alih2 hari yang fawwah jumpa nih perut dia sangat la besar. kalau nak tgk gambar awal dia ada kat sini, ye tekan la kat situ. nih first shout out kat wall geng garu-garu. tapi kitorang sesama geng memang ada buat perbincangan lah. wawal nih ada penyakit yang paling ditakuti oleh semua pemilik kucing. penyakit nih nama dia Feline Infectious Peritonitis atau singkatannya FIP. ada dua jenis yang abang tahu lah. since abang nih  bukanlah vet dan cuma buat pembacaan sahaja maka abang punya knowledge adalah sangat limited. ada dry FIP dan wet FIP. untu pengetahuan FIP nih belum ada penawar lagi. eventually kucing akan mati dan kita sebagai tuan harus membuat keputusan yang tepat di masa yang betul supaya tidak ada penyesalan. 

dry FIP nih orang cakap paling bahaya. satu, sebab kita tak nampak secaara physical serangan virus tu dan kedua, virus tuh ada tendency serang otak kucing yang dijangkiti dry FIP nih. bila serang otak kadang-kadang kucing kita yang mula2 manja tetiba jer menggila marah2 cakar2 kita. ha itu katanya salah satu simptom dry FIP. 

kucing yang ada wet FIP nanti bahagian abs dia akan dipenuhi dengan cecair campuran air dan protein build up. protein ni datang dari makanan yang dia makan dan kiranya protein nih tak diserap oleh badan kucing yang berpenyakit tadi. bila protein dah tak dapat serap badan kucing memang tak akan gemuk. kucing tuh nampak gemuk sebab fluid yang penuhi bahagian abdomen dia jer. padahal kalau lepas treatment, badan dia memang tinggal kerangka jer. 

dry atau wet FIP mana mana pun tak ada yang lebih baik. jangan la fikir ouh dry FIP lagi baik dari wet FIP. mana mana FIP semua pun tak baik. wawal menghidap wet FIP yang mana bahagian abdomen dia dipenuhi dengan cecair + protein tadi. ha kalau malas baca karangan yang panjang berkilometrico, boleh pergi ke sini, ye di situ lah. kat situ ada ada sinopsis serta gambar2 syawal masa mula dijumpai dan early treatment yang dibuat. FIP nih penyakit kucing yang berjangkit kepada kucing yang lain tetapi tidak kepada manusia. jadi jangan la memandai mandai bila kucing kena FIP korang teros nak PTS dia. jangan sesekali lepaskan kucing yang ada FIP sebab as i said virus tuh boleh travel through udara bila kucing terbersin. nak handle kucing FIP nih pun banyak ceritanya dik. nanti la abang cerita serba sedikit macam mana nak jaga kucing macam nih, tapi all in all yang tersangat terpenting sekali sangat sangat (haaa ko baca penekanan yang abang try buat nih!) korang mesti la bersih sebelum handle kucing FIP, kucing FIP juga mesti lah bersih (itu termasuk lah litter tray, tempat makan dan minum dan tempat tidur dia) dan korang mestilah bersih sesudah menghandle kucing FIP. maxudnya sila la disinfectkan diri sendiri selepas itu sebabnya kalau korang cat lover, nanti jumpa jer kucing korang nak usik dan nak sentuhkan?

ok berbalik kisah wawal secara chronologically nya. wawal nih fawwah jumpa dan bawak  ke vet (Klinik Haiwan P.D) dalam 28 July 2012. dalam masa yang sama dia ada buat posting untuk geng garu garu cari penyelesaian. yang bagusnya vet di KHPD nih tak suggest dan tak sebut langsung pasal PTS! kudos to the vets. rupa2nya salah sorang vet kat situ pernah bela kucing FIP! patut lah dia tak suggest langsung pasal PTS. masa bincang2 biasalah abang nih lagging sikit. contohnya orang dah travel separuh globe nih dan bukak kedai roti bercawangan cendawan sana sini, abang masih kat UPM kan. ha ha ha. maklum la melayu malas katanya. itu contoh jer lah nak mendescribekan kemalasan dan ke-lag-ingan abang. sekali bila baca posting tuh dalam FB ada macam macam suggestion lah. since abang tak der bela kucing sendiri dan tak ada pulak foster mana mana kucing dengan mengsuka relakan diri abang memfoster wawal. kawan kawan lain tak boleh nak foster sebab mereka ada kucing sendiri + kucing yang di rescue+ kucing yang orang dumped kat vet tapi diorang yang kena amik + kucing sakit yang memerlukan perhatian lebih. abang percaya kalau derang nih ada rumah besar macam dato'2 datin2, sure derang dah amik wawal dan bela. tapi apa kan daya orang2 besar nih, lagi besar kedekutnya. ini contoh je lah. 

Pertama kali berjumpa Wawal kat KHPD
dengan gigihnya hari khamis 2nd of August abang pergi KHPD sebab jumaat vet nih tutup. masa fawwah bagitahu dengan Dr Emi (salah sorang vet kat situ), Dr Emi tanya jugak lah betul ker abang nak jaga wawal. wawal nih kan dah la perut dia besar, lepas tuh kan kurap penuh kat muka and telinga. kalau orang biasa mesti geli nak pegang dan nak usap2 dia. memang dia buruk lah. ok kalau wet FIP nih kita kena keluarkan fluid dalam bahagian perut dia kan dan lepas tuh dia jadik sangat kurus kerangka kering melengking. pegang jer sitisitusanasini tulang. bulu pun kuat gugur2 jugak. mana ada orang nak bela kucing macam ni kan? memang legit la soalan Dr Emi tuh. lepas tuh yang volunteer pulak lelaki nak bela. selalunya lelaki nih mana nak sabar bab2 macam nih. ker abang nih bukan lelaki?? haaa katanya dulu ada orang pergi event kat melaka sudah cerita cerinti yang abang nih tak berapa nak lelaki. isk isk isk. tak baik kan dik suka suki buat cerita pasal orang nih. harap tudung jer labuh dan lengan baju jer panjang tapi... (sila habiskan ayat ini dengan kosa kata yang sesuai. abang malas nak mencarut). so bila jumpa dengan Dr Emi, dia tanya agak la berkali kali dengan abang untuk confirmation betul ke nak bela wawal. sanggup ke nak bela wawal sebab ada banyak benda nak kena perhatikan baik2. so abang mintak dia ajarkan macam mana nak keluarkan fluid tuh. 
Konon-konon vet

okay apa procedure yang kita buat kat wawal nih yer? abang kena sedut cecair dalam abdomen wawal nih menggunakan butterfly catheter (jarum yang ada kepak rerama) kemudian dengan bantuan kuasa penghisapan syringe maka cecair tadi dikeluarkan. ekceli bukan la hisap tapi sedut. hisap nih lain sangat bunyiknya kan? hisapan cecair. haishhhh hisap ibu jari kaki tak per dik jangan hisap ganja sudah. mula wawal buat procedure ni, 7 dulang kidney bowl (or kidney dish) cecair tuh dikeluarkan dari bahagian abdomen wawal. all right mesti ada yang kata abang nak menunjuk2kan. tapi dengar dan baca sini baik baik yer, i do not and did not get any financial gain or popularity escalation dengan berbuat sebegini. i did it because kalau abang tak foster wawal, there would be no other option except PTS which will be the last thing i would consider yer. abang tak ada buat shout out for donation mahupun merempan buat fanpage  untuk wawal. sumpah abang tak berminat. i have seen and seen enough how popularity corrupts good souls and turns good friends against each other (becoming best foes!). entah masa bila admin geng garu garu tulis artikel nih, abang pun tak tahu. alih2 terbaca dalam wall pasal wawal and then ada terselit nama n gambar. tak payah la nak poyo sangat suruh admin tukar2 nama and remove gambar yer dak. dia orang pun ada banyak kerja dari nak melayan abang punya permintaan tak senonoh tuh. by the way, there are at least a million men (or women jugak kut??) name ayie. jadi abang tak der la nak perasaan perasan yer. 

this fluid suction and suntik menyuntik adalah bukan perkara yang asing bagi abang. nenet abang dulu kencing manis dan lumpuh so go figure lah kenapa bagi abang (alhamdulillah) tak der masalah nak buat procedure macam nih. dah biasa buat cuma nak bagi makan ubat tu memang ada beza la sikit. kalau manusia nih tak melawan tapi kucing wajib la dia merempan. giler ubat tak sedap kut! lepas buat procedure tuh Dr Emi bekalkan steroid untuk 7 hari punya stock. tapi abang being sextra positive pi mintak untuk 14 hari. ha ha ha. lagipun sepuluh hari kemudiannya abang kena datang balik sebab nak kena cucuk ubat kurap kali kedua untuk syawal. kurap syawal nih bukan takat kat muka, telinga dan dalam telinga tau. kat telor dengan ekor dia pun sama. punya la rajin dia mengrooming diri dia, sampai berkudis2 bahagian situ. then dia nih belum dineuterkan lagi dan memang tak boleh nak neuterkan dia. badan dia tak mampu nak tahan anesthetic. kang pam ubat bius dia tidur teros. bila tak neuter dan dia on heat, ekor dia macam berminyak2. bau dia jangan cakap lah. jadik abang kan 2 kali sehari kena lap ekor dia dengan wet tissue yang cap tesco sebab yang itu agak menyerap minyak, tidak ada bau dan tak ada alcohol. tak semestinya barang murah tak bagus dik. jangan buruk sangka okeh. abang bukan la cheapskate tapi kena ambil pertimbangan tau sebab alcohol yang berlebihan akan mengakibatkan irritation pada bulu+kulit kucing. cuba bayangkan abang curah vodka luka kau dik. agak2 mampu tak ko nak amik gambar dalam pub feeling2 ko la jantan merempan yang paling pandai bersosial. 

lepas ambik ubat, fawwah belikan 2 pek ( i think sekilo kut?) kibbles science plan untuk wawal. abang cakap tak payah sebab kat bilik masih ada lagi oven baked. tapi dia nih degil beli jugak litter sand pas tuh bagi kat abang litter tray la scoop la. abang ada benda2 tuh tapi fawwah nih suka bersedekah. sebab tuh rejeki dia murah. dato'2 yang kedekut tuh kaya raya tapi tak la happy mana pun kehidupan derang kan. sedekah tau dik, bagi makan kat kucing2 tepi jalan tuh. deme tuh semua doakan kesejahteraan dan berterima kasih kat korang. 

dari PD abang bertolak balik ke rumah adik abang. adik perempuan abang nih kan yang kelakarnya dia nih takut kucing tapi ada hati jugak lah nak berbuat baik memberi makan kucing. dia nih pendek katanya takut, phobia dengan mana mana binatang yang berbulu lah. hurm ada kemusykilan sikit lah. laki dia tuh pun berbulu macam kingkong idak la pulak dia phobia pulak! tak aci sungguh. masa balik tuh ummi dengan adik perempuan abang keluar. laskar senawang dah membuta. so i explained to my mum and my sis. benda macam nih kita kena explain baik baik dan dengan jelas. dengan itu tidak la menjadi pergaduhan sehingga katanya menjadi sukarelawan geng garu-garu menyebabkan hubungan kekeluargaan boleh putus. ummi abang nih kan sekolah sampai darjah nam jer tau. tak der buat phd ataupun kerja kat kementerian itu ini. dia boleh faham apa yang abang buat dan ada set of conditions and regulations yang dia bagi. kalau orang macam ummi abang ni yang tidak berpendidikan tinggi boleh faham, abang sangat hairan la dengan cerita cerita tahyul sesetengah orang yang mempunyai parents berpendidikan tinggi menentang kerja2 amal macam nih. barangkali parents dia tak kisah tapi dia yang merekacipta cerita. barangkali la kut?! 

pagi pagi esoknya laskar senawang bangun dan mengerumun si wawal. apa lagi, macam macam la soalan derang tanya. kenapa telinga macam nih, kenapa perut besar tapi nampak tulang. so i explained and jelaskan kenapa kucing nih boleh jadik macam nih. kenapa kucing boleh end up kat jalanan. kenapa kita kena neuter kucing dan kita kena kawal jugak populasi manusia. ye budak2 nih tanya 'why do we allow ppl to get pregnant but not the cats? kenapa nak kena potong telor syawal?'. ha ko tak mampus dik nak menjawab. abang cakap, 'syawal doesnt know how to sarung the condom and therefore he might make the female cat pregnant. unlike human we can decide on our own but cats dont have the faculty to do so'. pastu abang cakap 'ha korang kalau bodoh sekolah, paklong hantar pergi vet suruh potong telor masing-masing'. teros masuk bilik baca buku katanya sebab takut dengan ugutan tersebut. alaaa takot acah mak enon sangat. tak sampai setengah jam derang dah berebut galaxy tab abang. heh.. 

ok abang cerita sampai sini dulu. nanti next post abang cerita pasal character wawal dan activity2 kanun jenayah yang membikin abang rasa nak pitam pulak okeh. maka dengan itu abang nak cakap ::kehByE::

P/S: abang dah janji dengan wawal tak mo sedih2. jadi abang akan cuba tulis mengenang momen momen happy ketika sama sama dengan dia. :-) 

-syAYIEwal-

3 comments:

syamsul izy said...

banyak pahala abang jaga ciptaan Allah..=)

Encik Ayie Yang Garang said...

ha ha ha.. tak der la Am. abang buat nih sebab nak tolong wawal. pahala tu biarlah allah tentukan.

Am apa khabar? dah habis kut study?

syamsul izy said...

sem 5 ni baru nak habis, bulan doblas ni sem 6 dah,pastuh hbis dip...sebenarnya, xclear lagi future nak buat ape, huhuhu...abg ape khbr?xdgr cter lama dah?