ohoiiii blog,
marilah merempan lagi. ha ha ha. tak lama lagi abang rasa nak tukar nama lah. tukar jadik dari abangboyot jadik abangrempan atau singkatannya abangrem. ko hado dik? hah dah kembali kepangkal jalan lekas. malam nih abang nak cerita pasal wawal and his first visit to the vet.
condition kesihatan wawal nih kadang kadang ok kadang2 tak ok dik. kadang kadang dia makan banyak main2 manja2 kadang2 dia diam aja. bila diam tuh biasanya abang akan aruhkan dia dengan permainan menyuruh dia menggigit. ha ko paham tak? a'ah cenggitu dik a'ah. ok biasanya kalau kucing yang ada FIP nih vet akan bagi steroid as ubat ruji untuk di makan 2 kali sehari semalam. kucing FIP tak boleh diberi vetri tau. ini kerana, virus tuh attack blood vessel and vein menjadikannya besar lalu mengakibatkan inflammation. steroid ni kalau ikot kata Dr Emi, akan suppress salur darah menjadi kecil dan tak la banyak fluid yang keluar melaluinya.
abang bawak la wawal nih pergi vet UPM sebab kat situ hospitalnya lengkap dengan radiology bagai. dengan gigihnya pagi lagi abang bangun siap bercuti bagai nih untuk bawak wawal pergi x-ray. kita nak tgk sejauh mana teruknya keadaan wawal dan berapa aggressive virus tuh menyerang. abang orang ketiga kut. biasa lah hospital kerajaan memang la lengkap dan murah tapi amat la lambat. pukul 9 abang sampai dalam kul 11 jugak la baru dipanggil masuk. masa masuk tuh doc tanya kucing sakit apa. then abang cakap la suspect FIP. yang sebenarnya kan abang masih lagi in denial tau. walaupun Dr Emi tu Dr tapi abang masih berdegil mengatakan yang wawal nih sakit2 biasa jer. walaupun yer, walaupun melalui pembacaan memang dah almost confirm yang wawal nih memang ada FIP tapi abang tetap, ye tetap yer, berpendapatan yang wawal nih OK.
Doc tuh tengok belek2 wawal dia pun cakap without blood test pun dah tahu yang wawal nih ada wet FIP. ye lah kan dik, dia dah belajar benda nih dan mengadap benda nih bertahun tahun. siapalah abang untuk menafikannya. maka abang pun terima dalam penafian yang wawal ada wet FIP. i was macam expecting Doc akan cakap, that wasnt FIP.Doc tanya jugak yang wawal nih kucing abang ker atau pun kucing siapa. when i said ini kucing jalanan yang di rescued and funded by SCRATCH-KTAJ, the tone of the conversation was somehow changed. knowing that eventually kucing FIP akan mati doctor tu asik tanya 'to what extend you would want to save the cat and can do for him?' . we knew what she meant. dia mungkin ini adalah satu penyeksaan bagi kucing yang ada FIP untuk hidup. tapi kan Dr Emi dah pesan dan abang pun selalu jugak la baca2 kisah2 rescuer yang rescue anjing or kucing yang dah nak mati but they never giver up.
wait, abang bukan nak bagi nasihat ker atau guide ke apa yer sebab abang bukan vet. abang punya experience pasal haiwan pun tak banyak. yang ada pun abang baca baca dan tanya kawan dan tanya dengan Doc yang betul2 ada sijil Vet. nih abang nak share apa yang abang tahu dan abang mungkin salah. kalau korang rasa tak mo ikot itu korang punya pasal. abang tak larang dan tak marah. soal PTS nih sangat delicate dik. anyway;
- selagi kucing atau anjing masih lagi makan dan minum serta kencing dan berak dengan baiknya maka dia masih boleh hidup.
- kemudian dia bernafas dengan normal atau hampir2 normal. tidak mengalami kesukaran kronik sampai korang nak kena buat CPR every delapan belas saat.
- dia masih mengroomingkan diri dia. ini kebiasaannya kuicng lah.
now, kalau dia dah tak makan dan tak minum kita forcefeed kan dia. then kalau makan dan minum terpaksa tapi tak terberak, itu tandanya sangat2 la tidak bagus. dan ditambah lagi dia dah tak terdaya nak mengroomkan diri dia, maka itu dia dah give up untuk hidup. memang masa untuk dia pergi dan jangan seksa lagi. ini sebahgaian jer sebab banyak lagi variable yang korang kena ambil kira dik.
since wawal makan ok, minum ok, berak dia macam gunung, lepas tuh kencing dia macam air limbah, grooming sampai nak tercabut lidah maka dia memang nak hidup. of course mana mana vet yang syorkan abang untuk PTS abang akan tolak. bila abang declined for PTS doc suruh abang buat x-ray untuk wawal. nah duduk la wawal dalam kandang besi tuh. yang lawak dan sedikit bodoh abang pergi puasakan wawal malam semalamnya. maklumlah abang masa tuh first time bawak kucing sakit. usung la si wawal nih ke radiology department. memang hiba sikit la dik. abang duk bayangkan orang yang ada anak, usung anak bawak ke sana ke mari dalam hospital dari tingkat atas turun bawah naik balik. sangat insaf tau dik. arwah ayah abang dulu went through la benda macam nih sebab adik abang yang last sekali tuh lahir tak cukup bulan. macam nih la rasanya bila anak sakit.
keputusan imej x-ray tak lah berapa mengecewakan. fluid tu hanya memnuhi bahagian perut sahaja. bila air penuh wawal akan susah nak bergerak dan bila dia duduk dia akan tidak selesa. peringkat yang agak critical dan chronic biasanya bila fluid tadi mula memenuhi ruang torax. ini tak boleh sesuka hati nak keluarkan air macam yang kat perut. kita kena kira ribs dia dan baru boleh poke. else nanti boleh mencederakan lungs. kepakaran macam nih kita serahkan kepada vet lah. jadi dalam seminggu kena pergi vet berkali kali. tak ramai yang sanggup. alhamdulillah sebab vet dengan tempat kediaman abang pun tak jauh maka abang ok jer. then doc bagi la penerangan macam mana nak jaga. basically benda yang sama yang doc emi terangkan. abang ada tanya benda2 yang abang tak sempat tanya doc emi. anyway dia masih lagi insist untuk abang opt PTS. i still said no. wawal masih lagi berkeinginan untuk hidup.
balik bilik wawal dah melepak dalam carrier jer. dia tak mahu keluar pulak. rupa2nya memang ni kebiasaan dia. lepas pi jumpa vet memang macam nih la gamak perangai dia. lagi satu dia nih tak berapa suka duduk dalam kereta dan travel. dia tak berbunyik tapi bila dah sampai dan bukak carrier, dia tak akan keluar. ini pun ada kes lepas nih. kes meloloskan diri! ha ha ha.
jadi dengan itu abang nak ghoyark bahawasanya, ada beza antara memelihara haiwan dan menyanyangi haiwan. pelihara ni masa sihat jer. bila sakit nanti habis la dibuang sana sini ditinggal sendirian konon2 nya kucing tadi boleh sihat kembali. pencinta haiwan biasanya ada rasa tanggungjawab. bawak pergi vaccinate, pergi spay and neuter, check kesihatan dan jaga jenis serta mode pemakanan. ada kucing yang tua kena bagi for veteran, ada yang diabetic kena bagi special formulation kibbles. kalau pelihara nih sekadar itu jer lah. sakit makan apa yang teragak nak buat jer lah. maka abang menyeru jadik lah pencinta haiwan, kasihkan haiwan peliharaan dan jangan sekadar memelihara.
okaylah tu je kut abang nak share sikit pasal cerita wawal. ::kBye::
-tAYIEnggung jAYIEwab-




No comments:
Post a Comment