Friday, October 05, 2012

Saving Private Wawal

ohoiii blog, 

masa mula mula abang ambil wawal dulu mostly people expect yang wawal akan hidup paling lama antara 7 hingg sepuluh hari. wawal defied them and managed to convince me that he will be living for another syawal. then doc emi ada cakap kalau dapat jaga sampai 1st Syawal, itu pun dah cukup lama. dalam hati abang terus bernazar kalau wawal sambut 1st Syawal, abang akan nipiskan rambut (mak abang tak kasik cukur rambut sebab itu dia suruh buat masa haji jer nanti). last sekali abang cukur rambut adalah masa lepas habiskan pengajian ijazah sarjana muda dengan kelas pertama. masa mengaji tuh kan dik, i was tested dengan pelbagai la dugaan. bila habis dan dapat kerja memang abang tak tahu dah nak ucap syukur macam mana. jadi abang tunaikan nazar tuh. jadi untuk wawal nih demi menghormati permintaan mak abang, abang tak akan botakkan tapi hanya pendekkan rambut serta berpuasa kalau dia sempat celebrate hari raya dengan kitorang. 

masa bawa pergi vet di UPM, doc bagi tempoh tak sampai sebulan (maknanya dalam 9 haribulan september bangwawal will cross the rainbow bridge). again bangwawal defied that prediction. abang menjadi sangat sangat positive bila semua tekaan dan anggapan orang lain yang wawal akan mati awal disanggah. bukan lah kata nak berlagak tapi kan memang abang bersyukur. however i didnt go and parade la kata 'hey anak aku hidup lagi douh'. ajal dan maut nih kan sangat sangat la bukan kita yang empunya kuasa. lagipun kalau ada wet FIP ataupun dry FIP, kucing yang semalamnya sihat boleh tiba2 pergi dengan secara tiba2 juga. abang selalu kuatkan diri dan bersedia untuk tidak sedih kalau wawal pergi berlari lari di jambatan pelangi. 

di pertengahan bulan september, wawal dengan secara tiba tiba mencungap cungap seolah2 macam short of breath. tidak bertangguh abang bawak ke KHPD dan doc emi suspect rongga toraxic wawal dah dipenuhi air. procedure pengeluaran air bukan lagi urusan yang senang sebab itu memerlukan doc atau seorang yang berpengalaman untuk poke the needle. doc emi suruh abang pergi x-ray. tapi masa tuh baru diberitahu yang x-ray kat UPM rosak. ya allah macam nak roboh rasanya langit yang dijunjung. tetiba doc emi cakap klinik EE kat rahang tuh ada x-ray. masa tuh pun dah agak petang so abang tak rasa la yang klinik tuh bukak. again, dr emi tak suggest pun PTS. dia siap tunjuk jadual untuk poke torax kucing FIP dia dulu. dalam jadual tuh abang tgk dia pergi 4 kali before her cat passed away. so abang anggarkan yang wawal ada sebulan lagi dengan abang. hati memang berbelah bahagi antara meneruskan kehidupan atau merehatkan sahaja.


memang abang down petang tuh. farrah ajak makan pun abang tak der selera. dalam hati abang dah tak dapat nak berfikir dah. balik rumah lepas letak wawal dalam cage ummi pegang bahu abang. dia cakap wawal's condition was really bad. satu ayat yang mmg bikin air mata abang tidak malunya berderai bila ummi cakap 'abang, jangan seksa wawal, it is about time for him to go, redha and you have done your best'. masa bincang dengan budak garu2 pun derang cakap benda yang sama. air mata, air hidung air liur semua la meleleh leleh petang tuh. abang bukan tak redha tapi abang rasa wawal masih lagi berusaha untuk hidup. malamnya tuh kan abang tak berapa nak boleh tidur. oouh by the way abang from time to time akan urut bahagian dada dia dan dia kelihatan senang nak bernafas. masih makan, masih kencing dan masih berak tapi dalam kuantiti yang sikit. abang plan nak bawak wawal perggi vet ke esokkanya dan farrah pun dah janji nak jumpa dalam petang sikit. malam tuh abang borak panjang dengan wawal, walaupun wawal tak lagi mampu nak respond kat abang. abang cakap kat dia yang i wont pts him dan abang sayang dia. haish tak tahu la, bila teringat jer duduk lepak2 dengan wawal malam tuh boleh bikin nanges lah. 

we went to klinik haiwan EE and Dr nya cina. alamak abang pun tak ingat lah sapa nama dia. nanti abang cari balik bill sebab kat situ ada nama dia. walaupun klinik kelihatan agak antik tapi sangat lengkap la barang dia. cuma untuk test darah dia kena hantar ke lab lain yang abang tak berapa pasti ke man. my concern was wawal and my universe at that time only revolved around wawal. bila tengok keadaan wawal doc pun macam tak sampai hati nak draw darah dari wawal. ada ke darah kekdahnya. tapi dapat la jugak few mL. wawal tak bergerak banyak. i think he tried not to tire himself sebab nak bernafas pun susah. Doc banyak bagi nasihat kat abang lah. dia cakap mmg kita nak yang terbaik untuk kucing kita but we have to know our limit and the kucing's limit jugak. takut nanti jadi penyiksaan pulak kepada kucing tu. not long after that, wawal groom himself kat kawasan yang berdarah tu. YAHOOOO! kucing yang give up from living  tak akan groom themselves lagi. bila abang bagitahu dengan doc dia pun senyum aja. abang rasa dia tak mau susahkan hati dan sedihkan hati abang kut. cuma dia kata nanti kalau apa apa segera datang klinik. Doc bagi ubat dieuritic untuk wawal so that dia punya air di bahagian rongga torax boleh di buang melalui kencing.


alamak dik, abang sambung sikit lagi yer lepas nih. abang nak kena pergi perkeso kejap. nak amik my number pendaftaran. selama abang bekerja abang tak tahu la apa nombor nih semua. semua pun tak amik tahu. he he he. 


okay sambung sikit jer lagi. lepas abang g klinik haiwan EE kat rahang tuh abang doctor, wawal nampak macam ok sikit lah. abang bagi dia makan ubat diuretic yang boleh tolong keringkan air dalam rongga torax dia. tapi kan dik, yang kering adalah air protein tetap tertinggal kat dalam. lama lama dia jadik macam string yang akan membalut organ penting dalam badan wawal.


malam tuh abang lepak dengan wawal lagi. lepak kat luar macam beberapa hari sebelumnya. wawal pandang abang, abang pandang wawal. abang pat pat perut dia. dia baring. kemudian bila napas dia tercungap cungap abang urut dada dia. lately dia memang suka termenung. haish abang pun tak  tahu la nak perasaan perasan apa lagi dah. cuma dia suka duduk atas peha abang. dan dia suka kalau abang belai2 dia. keesokan harinya macam biasa abang bagi makan ubat. lepas tuh tak ada apa apa perkembangan terbaru pun. 



tiba tiba kan sebelah petangnya, dalam pukul 3 kut wawal tercungap2 dan collapsed. dia mmg dah tak boleh nak bangun dan abang suspense giler. abang suruh apit amik video kalau in case apa apa terjadi pada wawal boleh buat rujukan to the vet. abang siap2, cari kunci kereta masa tu lah nak hilang. abang cakap kat ummi abang  nak g vet dan ummi cuma sempat jerit dari dapur, suruh abang kuat untuk let go wawal. abang dah tak berapa nak dengar dah. rasanya otak masa tuh dah membengkak kut. abang call farah, whatsapp dia dan msg tD sebab kebetulan tD ada datang senawang nak bagi barang.  masa nak keluarkan wawal dari cage untuk masukkan dalam carrier wawal dah terkencing dalam cage. abang buang ketas suwat khabar yang alas tuh dan teros drive pi klinik EE. abang pun sebenarnya panik dan menggelabah menggeletar masa drive tuh. farah called pun abang tak tahu apa yang abang jawab. yang abang tahu satu tangan kat dalam carrier telepon tuh tupang dengan bahu. bila sampai kat satu simpang tuh kan, semuanya senyap. yang ada bunyik aircond jer. senyap sangat sangat. abang tepuk2 wawal, dia dah diam. abang pull over dan bagi signal. wawal dah tak ada. dia pergi dengan sangat tenang. sangat damai. abang besok kalau mati tak tentu lagi peaceful macam nih. walaupun mata dia sedikit terbuka, mungkin sebab dia masih gigih mahu sampaikan hajat abang untuk hantar dia ke vet sebab abang suruh dia bertahan at least sampai untuk Dr check dia. 


abang whatsapp farah dan informed tD yang wawal dah tader. sebenarnya 2 hari sebelum tu nenet sedara abang pulak yang meninggal. memang rasa down down down yang bertimpa timpa. memang dah tak dapat nak tahan dah air mata. abang jumpa dengan tD dan dia pun confirmkan yang wawal dah tak ada. tak sempat tD nak kongsi air zamzam untuk wawal. itu first time jugak tD jumpa dengan wawal. farah pun sampai tak lama kemdian and abang rehat sekejap. then makan makan sikit tD terus ke PD, abang n farrah balik rumah adik abang. abang decide nak kebumikan carcass wawal sebelah salem. anak kucing yang mati dalam jagaan 2 hari. dia pun FIP jugak. tak sempat abang nak gemokkan dia. masa nih abang dapat kawal emosi sikit lah. abang tanam wawal kat depan seberang dari rumah adik abang.

masuk jer dalam perkarang rumah dah rasa sedih. rasa kosong walaupun dalam dada berat sarat dengan perkara yang menyedihkan. tidak ada satu kucing pun yang boleh gantikan wawal dan abang pun tidak akan mencari pengganti untuk wawal. memang dia banyak ajar abang untuk menjadi lebih manusia dan berperikemanusian. soalan yang abang selalu tanya kepada diri, adakah abang akan mati setenang wawal. senang sangat dia pergi. tidak ada merentan kesakitan kesusahan. dalam diam dia tinggalkan abang. bukan atas riba atau dalam pelukan. abang rasa puas sebab dapat jaga wawal. dan abang tekadkan diri abang akan jaga ummi sebaik abang jaga wawal. i will give the best of me untuk ummi jugak sebab wawal dah ajar abang suatu perkara yang orang lain tak berjaya ajar abang. 

wawal, 

budak yang paling baik abang pernah jaga. tidak pernah rasa terbeban menjaga wawal dan tidak pernah rasa susah menjaga dia. alhamdulillah allah perluaskan rezeki abang dan allah lapangkan dada abang. tak pernah serasa senang disebalik kesusahan yang dialami wawal. 

wawal, 

akan terus ada dalam hati abang. sama seperti semangat arwah ayah yang hidup dalam jiwa abang. wawal, damai dan tenang tanpa kepayahan dunia yang diisi manusia kejam dan sombong. 


Loads of Love~
-sAYIEyang wAYIEwal-


2 comments:

syamsul izy said...

sedihlah bang entri ni..huhu..hopefully abg kuatlah...am kat rumah ada 7 ekor kucing, dah dari tahun 2000 dlu bela, kat lumut xboleh bela kan, bila dah lama bela, macam2 jadi, ada kena tembak dengan jiran, kena langgar, kena racun dengan jiran, missing in action pun ada, memang sdih, tapi kuatkan semangat eh....=)

Farahliza Isa said...

alhamdulillah, wawal sempat rasa ada tempat berteduh dan bapak yg sgt sygkan dia sebelum dia pegi, rasanya dia pun x sangka betapa bertuahnya dia..thanks yer awak :)