++++++++++++++++++++++++++++++
Wawal,
Ini adalah pertemuan pertama kita. Sayangnya, ianya juga menjadi pertemuan yang terakhir. Sangat lewat rupanya saya mahu membekalkan kamu secawan dua air zam zam untuk ianya mengalir ke tubuh kamu dan beri kamu kekuatan. Saya terlewat hanya beberapa minit saja.
Kamu sudah tenang. Menghembuskan nafas terakhir. Sangat mudah. Tanpa perlu berhempas pulas atau berjam-jam. Hanya seketika sahaja s
ebelum nyawa kamu di ambil semula.
Sangat sayu melihat 'Bapak' dan 'Mama' yang akan mengalirkan airmata tiap kali nama kamu di sebut.

Tengok. Kasih sayang itu sangat tebal dan kamu sangat beruntung punya insan-insan yang baik di sisi sehingga helaan nafas terakhir kamu.
Wawal hanya kucing jalanan.
Di bantu.
Di selamatkan.
Di usahakan segalanya untuk lihat dia kembali sihat.
Walau tidak di beri apa-apa harapan.
Mereka yang menjaga tetap berusaha.
Menghulurkan tenaga, masa dan wang ringgit tanpa berkira
kerana mereka tahu nyawa seekor haiwan juga sangat berharga.
Nyawa dia bukan di tangan kita.
Bukan kita yang tentukan hidup dan matinya.
Namun, masih ada lagi yang sesuka hati mahu menamatkan riwayat kucing yang sudah tidak berdaya. Ada lagi yang berputus asa tanpa berkorban dan berjuang untuk kucing yang tidak mampu bersuara dan berkata apa-apa.
Kenapa jalan mudah yang anda ambil? Supaya cepat anda mencuci tangan dari segala beban?
Andailah haiwan yang sakit boleh bersuara. Pasti mereka sudah merayu dan meratap, jangan sewenang-wenangnya menamatkan riwayat hidup mereka dengan menggunakan pelbagai alasan remeh yang menyinggung hati mereka sebagai haiwan yang tiada upaya...
Rehat dengan tenang Wawal. Kamu pasti sudah berada di tempat yang paling tenang dan indah. Kami akan terus membantu rakan-rakan kamu yang lain walaupun pelbagai cacian dan tohmahan yang di terima. Lumrah.
Berusaha dan berserah.

++++++++++++++++
-terhAYIEru-
1 comment:
hoiii..naper wat org nanges lagi?? huuuuuuuu......
Post a Comment