ohoiii blog,
minggu lepas punya weekend kan abang dah janji dengan adik adik mira yang abang nak bawak derang pergi main main kat extereme indoor games at BTS. walaupun abang rasa macam biasa2 jer kut maklumlah abang kan dengan BERLAGAKNYA sudah naik macam2 roller coaster kat USS sana. macam BAGUS jer kan? ehhh abang memang bagus pun. kalau tak bagus tak der la abang dapat pergi ke USS tuh. kau hado kah? so abang ada underestimate sikit lah attractions yang ada dalam tu. jahatkan abang? of course la. orang BERLAGAK macam BAGUS mmg perangai macam tu!
malam sebelumnya tuh kan abang pergi ber-midnight ke big bad wolf. ha apa benda pulak BBW tuh? itu penjualan buku terbesar di malaysia lebih 3 juta buku untuk dibeli dengan harga 'tanjat boboi'. giler murah. ok nanti itu abang cerita lain okeh. pergi BBW tu tgh malam dan subuh baru keluar. nasib baik la mira mengdelaykan jalan jalan ini kepada tengah hari. haa rasain la abang bangon2 tunggu fawwah dan teros pergi. masing2 tak sarapan dan muka macam serigila (yes serigila yer!) lapar. sampai la kat BTS tuh walaupun ada sedikit la kesesatan. abang mmg tak tahu jalan so mmg rely dengan budak2 nih. he he he. sesat 5 menit jer. nasib baik la farrah and mira cekap. kalau abang sorang agaknya mesti dah sampai Bandar Tasik Selatan instead of Berjaya Times Square. sampai sana first thing dalam otak masing2 nak mentekedarah. hah sekali tgk selection punya la banyak. yang bestnya masing2 mengingatkan diri masing supaya 'jangan makan berat2 yer. makan ringan2 cukup sebab kita nak naik rollercoaster nanti takot muntah.'. sudahnya, nahhhhhh amikawww. penuh satu meja dengan makanan.
an hour or so kitorang habis makan makan dan mula bergerak ke indoor attractions tu. harga masuk untuk orang dewasa adalah MYR 48dan kanak kanak MYR 38. tapi sekiranya anda adalah warga negara, kita akan mendapat potongan MYR 10. dan ada jugak pakej2 yang abang tak berapa ingatlah harganya. sila la check sendiri di internet yer. dengan penuh yakinnya setelah membayar, abang ajak bebudak nih termasuk la farah naik kapal apa benda ntah yang pusing2 lepas tuh boleh berenti sekejap kat atas pastu jatuh menjunam. abang underestimate benda tuh okeh. abang ingat macam bodoh2 jer. sekali hamekkau. dah la tak der lantai dan kaki tergantung sekali dia hayun, mana ntah nak letak kaki! rasa nak cabut jer kaki tuh, tapi nyawa pulak asik2 tertinggal kat atas la kat belakang la bila kena hayun. pundek sangat tau abang tertipu!ingatkan bodoh2 jer. dah la baru lepas makan. bila turun tuh kan rasa macam kaki tak jejak tanah lah. dia hayun forward and backward pulak, lama okeh. abang teros pening. but gigih jugak naik spinner spaceshot tuh. itu ntah apa apa jer lah sebab menambahkan pening di kepala. turun jer rasa nak termuntah. abang pergi toilet basuh muka. masa tuh kepala rasanya dah besar padang bola sepak. hazab giler. abang naik benda yang lite2 sehinggalah abang berjumpa dengan kerusi urut. dekat sepuluh hengget kut abang berurut dengan kerusi. selepas berurut dengan kerusi abang kembali bertenaga.
dalam pukul 6 kut kitorang habis main kat situ. masa nak keluar tuh hah terserempak pulak dengan archery range and bowling alley! howyeah howyeah la bebudak nih. tapi abang suruh pilih salah satu jer sebab abang tak larat la nak ngekor budak2 muda nih. haiyoh they werent tired at all. full of energy. so they decided main bowling sebab semua orang boleh main termasuk adik perempuan akak mira. abang memang tak reti pun main benda alah nih, tapi kan ntah macam mana boleh terror pulak hari tuh. walhal tangan kaki semua dah sengal. kepala pulak dah senget sebab duk teringat briyani bukhara mamak mahboob. akhirnya abang menang la dik. 117 points with no strike cuma yang banyaknya adalah spare sajork. itu pun semua tak sengaja lah. macam mana ntah boleh jadik handal! haaaa perlu ker abang nak BERLAGAK macam BAGUS? tak perlu kan? pernah ker abang BERLAGAK macam BAGUS? sangat tidak perlu kan? bodoh tau orang yang suka cakap abang berlagak dan suka buat perangai macam bagus.. ehhhh merempan apa ntah nih?!
ha ha ha. i had a great outing time. insya allah abang akan membusykan diri dengan perkara2 berpekdah disamping tidak melupakan research abang. ha ha ha. macam baguskan line pengakhiran cerita ini. bajet good good. he ha he ha *ketawa macam keldai*
-jAYIElan jAYIElan-
No comments:
Post a Comment