Tuesday, December 11, 2012

SCRATCH Adoption Drive @ MAHA


ohoi blog, 

minggu lepas punya lepas kan iaitu pada 1 dan 2 haribulan berlangsunglah adoption drive kat MAHA. kitorang dapat duduk dalam bangunan ber-air-cond dengan ihsan pak khalid, presiden KKM (kucing kacak malaysia! ha ha ha). ala dia mmg kacak sebab kasik kitorang duduk dalam tempat ber-air-cond. 

maha nih rupa2nya dah ada banyak pintu la pulak. dulu abang pergi ada satu pintu jer. leader hari tuh bangbirdbert. kami pun gigih la bangun pagi2 nih sebab konon2nya kalau boleh nak sampai awal dan parking depan pintu masuk. sekali datin sms dia terlanjur menidurkan diri. dato pun baru nak bangun bersiap. maka abang, mira dan adik2nya bergumbira lah memakan bekpes. hampir dalam pukul 830 banglobert pun sampai kat area masjid upm dan bergerak la kami ke maha tuh. maha hazab pintu 2 tuh ntah kat mana jer. kalau abang pergi pun abang rasa teros jer sampai ke dengkil dengki mana ntah tu. sekali tuh kan abang dah siap2 bagi signal masuk ke kiri untuk ke gate 2 tuh, alih2 banglobert meneruskan perjalanan. makanya tersesat la kami di jalan yang terang. ha ha ha. lama jugak kut kitorang pusing puing puing. 2 orang adik mira naik dengan abang. derang siap cakap, ini lah kesesatan yang paling lama dan paling jauh. amikaw dik, perkataan kesesatan yang dipakainya. ha ha ha ha. kalau pergi dengan abang agaknya teros tak sampai sampai. apa pun banglobert mmg professional lah. dia mampu segera mencari pangkal jalan dan tak la lama mana pun sesatnya. kitorang pusing kat cyberjaya jer. 

finally sampai jugak lah. lepas tuh terus gigih set up booth. presiden kkm dah huru hara kat meja kitorang. ye lah sebab sedikit lambat kan. ha ha ha. perut masih kenyang lagi. walaupun hall tuh ada aircond abang dah lencun luar dalam. macam babiks sangat kelenjar perpeluhan ini. abang bawak noona to show a living example on how some exotic cat breeds can also be a victim of abandonment. ada yang tak percaya kakak is a persian sebab dia mmg pure breed flat face. mmg orang buat induk untuk dijual anak anaknya. ppl always thought yang selalu jadi mangsa pembuangan kucing adalah kucing kampung. kucing yang mahal pun orang ada buang that is when kucing2 nih dah start sakit atau dah tak memberi faedah kepada mereka. macam2 la alasan derang bagi. 


ada jugak manusia yang otaknya berhenti membesar selepas mencapai size kacang peas bertanya macam macam kat abang. kenapa perlu bersusah payah membuang duit dan masa nak tolong kucing or anjing terbiar. to me helping these voiceless furkids is actually indirectly helping mankind. logic nya di mana? ok kucing yang terbiar nih asalnya dari manusia yang suka membiak baka kan kucing peliharaan mereka. sekor ibu beranak sampai 6 ekor sekali beranak. ouh kitten mmg comel, jadi we keep the kitten dan buang maknya. maknya pun terbiar, lalu memberanakkan diri di tepian jalan. maka berkembang biak la kucing2 ini di jalanan. makan ntah apa apa, kena langgar, kena dera, kena pijak, kena baling air panas, kena penyakit yang menyakitkan. kucing2 nih tak ada jamban lalu mereka akang memberak di merata2 tempat. dah nama pun kucing kan. takkan la kita expect dia nak bayar doposen dan masuk jamban. lain la kucing abang, depa ada jamban jekpot! ha ha ha. motip promo diri pulak. jadik abang rasa it is a tanggungjawab sebahagian kecil kita untuk educate masyarakat supaya menjadi lebih peka terhadap isu ini. dalam NGO yang abang join nih, tidak ada paksaan. semuanya secara sukarela. kalau tak dapat join untuk tolong mereka di setiap event  tak ada yang marah pun. kami practice catch-rehab-neuter-rehome/release. rehome tuh esp yang kitten dan release kalau kucing dewasa. dengan cara nih populasi kucing jalanan boleh berkurangan. kita cuba nak kurang populasi haiwan terbiar supaya manusia2 sombong dan bongkak boleh hidup dengan aman. tak ada lagi berak kucing merata2 atau kucing yang datang minta secebis sampah makanan. tak ada lagi kucing atau anjing  yang merodok kawasan buangan dan sebagainya. jadi kami nih indirectly membantu golongan sombong ini untuk hidup seolah2 Allah menciptakan bumi hanya untuk mereka yang akhirnya mereka nih lah akan melakukan kerosakan yang nyata. ehhh mode ustanyah kah ini?? *carik kepiah dan kain batik...ehhh kain pelikat!*

since abang ni tersohor lah dengan muka sombong dan perangai perongoih anti social, maka joining this kind of event dapat mendidik dan memberi perspective baru dalam pergaulan dengan masyarakat. abang tahu macam mana nak bawak diri dan bercampur dengan orang yang pelbagai lapisan. dengan orang kampung kita kena buat style kampung. cakap layman term dan yang mudah difahami. tapi kalau jumpa dengan orang yang kekampungan abang akan bantai dengan british eksyen abang. yes you read it korekly (correctly). accent nih untuk eksyen jer dik. abang bukan reti cakap orang putih pun! ha ha ha. 

MAHA nih mmg besar lah dik. abang tak berniat pun nak meronda2. on saturday balik awal  sebab malamnya abang pi tgk teater dan on ahad abang ada dinner kawan belanja. lagipun kat sini banyak jual binatang ternakan dan bunga2an yang kalau abang beli tak tahu dah nak letak kat mana. so abang decided main archery dengan adik2 si mira yang dua orang tu. eh seronok pulak. punah 30 hengget abang yer! ha ha ha ha. 

i had a great time helping the NGO. orang cakap buang masa dan duit. tapi to me i gain something t hat money can never buy. it is a training for building up character which i lacked of. i am a man with no character, no strong personality and not an influential person. jadi kat sini kita boleh belajar macam mana develop character. orang kata tolong2 kucing nih tak der masa depan, tapi abang yakin kamilah antara sekumpulan orang yang mencorak masa depan. we do not own masa depan or we probably dont have masa depan, but we prepare a masa depan for you. to have compassion towards animals, environments and mankind. now tell me, how many rich people who own worlds of business, this and that,  have compassion towards others?? 

(hint: these rich people mostly worship money, they dont have time to pick your problems, the world's problem into their pockets!)


-mAYIEha-

No comments: