Wednesday, February 27, 2013

My Name is EllieLeeLee

ohoii blog, 

abang nak cerita sikit la pasal kucing yang abang foster nih. ekcelinya abang dah foster lama tapi baru baru nih jer kut abang baru sempat nak update pasal ellie. ellie nih di rescued oleh bella. siapa bella nih, ok sila tekan kat sini, ye situ lah dik. dia pun geng garu garu jugak, budak muda tapi pemikiran lagi matang dari sesetengah orang kertu yang abang jumpa. tapi recently dia macam tak berapa nak geng dengan abang mungkin sebab abang menglibatkan diri dalam pergadohan bangang. sorry la dik, that pergadohan was so inevitable. sorry sangat sangat. :-) 

so bella jumpa ellie (masa tuh tak ada nama lagi) kat LRT sungai besi kut. since abang pun masa tuh tengah foster sekor jer anak kucing, maka abang offer lah diri memfoster ellie. ye lah dik abang nih kan tak berguna kata seorang pengarah remote control tuh. katanya lah kan. playing sad cards dengan grieving pun dia  tak paham tetiba nak kata orang tak berguna lah. ekekekeke. ehhhh mencarut apa kah ini? 

sebelah nih gambar ellie masa mula mula di rescue. kalau tak silap abang 10 January 2013. masa tuh ellie kuis kuis mencari makanan kat tong sampah. bella suspect dia pregnant dan sebab itu jugak lah abang offer diri untuk foster ellie at least sampai dia beranak. kalau ikutkan POLISI abang biasanya hanya menerima kucing atau kitten yang sakit. tapi kan dik, polisi nih kita yang buat maka dengan itu kita boleh ubah mengikut keadaan dan budi bicara lah. abang tak der la menilai kucing tu breed apa, bulu panjang ke pendek ker dan sebagainya. kalau rasa ada keperluan yang utama abang akan offer. tak der lah abang nak pergi stalk FB page seseorang dan tgk page apa yang dia like dan kemudian JUDGE. iblis sangat perangai macam tuh kan dik? kau pakai tudung labuh sampai ke kelampang, lepas tuh konon2 kalau pakai t-shirt kena pakai baju kat dalam yang tutup sampai ke lengan dan cakap pun pasal agama bajet good good tapi sebenarnya kau nih suka menghukum orang. kalau orang tuh like page yang pelik2 sikit you make a big fuss out of it lah. kita nih nak tolong kucing, pi mampos la page apa yang dia nak like. kalau pun dia gay ker, lesbian ker, tapi dia sayang kucing dengan penuh tanggung jawab, what is the reason kita tak nak tolong dia kan? abang pun tak paham lah orang macam nih. ye lah abang pun baru jer dalam hal hal begini. of course la TAK LAYAK nak cakap apa kan? ehhh ini mencarut apa ntah? okay mari kembali ke pangkal jalan. bella pass ellie kat abang the day after masa kitorang main bekcinten. no she wasnt malnourished. nampak macam masih ok. bella cakap ellie nih sangat manja. selesai main bekcinten, kitorang pi makan kat barada. abang bawak carrier dalam kereta tapi masa makan tuh abang lowered kan tingkap dan ellie lepas dalam kereta. masa on the way nak pergi makan kat barada tuh, perangai ellie sebijik sebejon macam Kakak dulu. dia suka tengok luar tingkap lepas  tuh duduk kat dashboard. hoi budak nih, bikin abang sedeyh sebab teringat  kat kakak. 

balik tuh dah dekat2 tengah malam. ellie makan mmg tak banyak tapi dia kerap ulang2 makan. since dia disyaki pregnant abang pun bagi la makan science plan for kitten. lebih banyak protein and it is good for mak kucing develops susu. i made a few phone calls tanya2 tanda2 kucing pregnant and kalau ikotkan kata mereka mmg sah lah ellie pregnant. cuma berapa minggu tak pasti lah. bila pregnant ni, kalau bawak ke vet pun tak guna sebab doc tak akan bagi ubat apa apa. karang terberak gugur pulak dia. abang pun tak nak stress kan ellie dengan membawa dia dalam carrier bagai. ellie nih ada perangai pelik lah. since dia pegnen kan jadi abang tak lah kisah sangat. dia tak suka orang pet especially bahagian perut dia. abang dah kena cakar berkali kali lah sebab terlupa dan tak perasan. biasanya kucing suka kalau kita garu2 perut dia. kekadang tuh terlupa bila kena cakar/gigit tepanjat boboi. ha ha ha. kalau kucing yang tidak berakal nih, kita boleh terima la perangai pelik pelik dia. kalau kita tegur pun bukannya dia paham dan berubah. tapi kalau kau manusia yang ada akal, bila orang tegur dan kau sentap seoalah2 kau nih so untouchable, maka ada eloknya kau berhenti jadi manusia dan jadik la sesuatu yang lagi keji dari binatang. kena ingat yer, dalam kalangan haiwan tidak ada seekor pun yang berkelakuan manusia tapi di kelompok manusia ada yang berperangai lagi hazab dari binatang. for your information kalau tak paham jugak, binatang tak sentap lalu membuka PM inbox atau whatsapp untuk mengumpat mengeji yer. ini sebahagian contoh lah. kiranya kalau kau boleh mengumpat abang belakang2 agak2nya la kan, kawan kawan yang lain tuh ntah berapa bakul kau umpat yer dak? ini contoh jer lah. bukan perkara sebenar sebab kau pun adalah Maha Agong kan. eh mencarut lagi?! apa lah ini?!! 

okay sebelah nih gambar ellie seminggu yang lepas. sebulan lebih sikit  abang jaga dia lah kan. abang pun tak sangka dia membesar bagaikan sylvester sampai lah abang upload gambar masa mula di rescued dan recent pic of hers. ekceli ellie nih kucing orang yang terlepas dari rumah or lari dari rumah tak reti nak balik. sebabnya masa abang check dia, kuku dia dipotong pendek, bulu pun agak terurus dan dia sangat manja (kecuali kalau kau pegang perut dia la dik). ini lah akibatnya bila korang tak mau spay kucing korang. cukup jer time dia nak mengawan, kucing betina akan merempan nak keluar melarikan diri mecari laki. kalau untung dia balik la semula dengan perut yang berisi. kalau tak untung contohnya kena penendang, penerajang sampai hilang ingatan, ha ini lah jadiknya. merempat hina orang bilang. bila orang suruh mandulkan kucing, macam macam alasan kan korang bagi tapi adil tak kucing kita terpaksa melalui kehidupan sebegini. looking at ellie's belly kan abang and fren fren menjangkakan 5-6 ekor anak akan diteran keluar. kalau rumah sekonkang kera acaner nak bela banyak2 dik. sudahnya korang buang. mandulkan berdosa la itu lah, tapi buang kucing or anak kucing tak berdosa. iblis la kau nih dik. now kalau kau ada pemikiran macam tuh sila pergi mati segera. abang masih la berdebar2 tunggu bila la ellie nih nak beranak. perut dia menten macam tuh je lah. cuma few weeks ago dia suka nyorok bawah katil pek pek pek kan si miho berebut territory. 

pada hari sabtu yang lepas, memula abang nak pergi prima beruntung rumah acik nana, sekali tuh acik nana dimasukkan ke ospistal pulak akibat tidak sihat. maka abang dan geng garu garu yang lain pun pergi lah melawat acik nana. selepas habis tempoh waktu melawat kitorang pergi ke mahboob. itu lah kali pertama selepas hampir seminggu tak makan nasik, abang mengorder nasik briyani. ya allah nikmatnya! bruk brek bruk brek sampai pukul 2 pagi. balik tuh terpaksalah menyelusuri lubang tikus. lepas farah balik abang naik ke bilik lalu gosok2 gigi cuci muka dan terus feeling2 nak letakkan kepala. hamekkawwwwwww sekali ada bunyik budakecik! aiyokkkkk ellie dah memberanakkan diri rupanya! ha ha ha ha. alhamdulillah empat ekor semuanya gemok2 belaka. tak ada yang kurus kerempeng tanda ellie cukup makan. tetek dia pun banyak susu sebab that was the first time abang boleh pegang perut dia. abang letak semua dalam cage tapi tak tutup the pintu. 

the next morning abang tgk ellie bawak anak anak dia ke bawah katil. then abang alihkan semula ke dalam cage. ellie macam restless jer. tak tentu arah. abang try tanya dengan geng geng kucing abang. it is the nature of a mother cat membawa anak anak dia ke tempat yang tersembunyi. kalau tempat terbuka mmg dia rasa tak selamat. apa pun tak kena nanti. ellie tak nak  makan. itu mmg sangat merisaukan lah sebab dia masih nursing kan. so i let her brought all her kittens and placed them bawah katil. hari kedua masuk hari ketiga abang terdetik nak check anak anak ellie. rupa2nya sekor dah tak bernafas. sedihnya hanya allah yang tahu. ellie mungkin a first time mother jadi dia mmg tak tahu sangat nak nurse anak dia. alamak dik abang tak boleh  tulis panjang2 la nanti abang hemo. ada pulak orang kata abang playing the sad cards. bodoh la orang tuh. grieving dengan throwing the sad cards pun dia tatau beza. iblis sangat dia kan? apa pun, abang tetap kena pikirkan 5 ekor kucing yang masih hidup nih. rest in peace lil one. insya allah abang akan cuba besarkan yang lain sebaik mungkin. 

-AYIEnak kuAYIEcing-

3 comments:

Bella Wella said...

hoi! ape plak xgeng?
ok je.. xmo cakap la dgn bboyot camni!
:P
cantiknya ellie.. lain sgt dr mula cekup dulu..
:)
thank u bboyot.. tlg jagakan ellie
:)

Esah said...

santek minah ellie ni.. anak2 pun comel!!

Cikgu DrDJ said...

Ngeeeee....mula la aku tergedik2 nak baby tecit nih.....:-)