ohoiii blog,
nih nak kongsi sikit cerita pasal kawin kawin. kalau ikut style kawan kawan abang, kira cerita nih dah basi lah. he he he. tak la basi sangat sebab tak sampai seminggu kut cerita nih. he he he.
minggu lepas punya lepas, kawan abang nih ada adik. adik dia yang kawin. maka abang pun dijemputlah menghadirkan diri. tau tak, abang punya la gigih meng-iron baju melayu dan samping. eh muat lagi la baju melayu abang tu. maka abang tak la gemok sangat. boleh tak cakap macam tuh dik? ye dik, kalau nak harap orang puji kau, sampai mampus pun tak ada, jadi puji la diri sendiri tapi harus la berpada pada. jangan jadik macam orang itew, katanya sudah naik taraf macam ayah pin. siap ada malaikat jibrail bagai sebagai perantara kalau ko nak bercakap dengan dia ataupun kalau dia nak bercakap dengan dia. kau tak boleh criticise dia dik, nanti dia unfriend kau dan dia beranggapan kau merempan tak dapat kawan dengan dia. puiiii! bila ntah orang hadap nak kawan dengan dia kan? ekekekeke. ehhh ini cerita apa nih? ehhhhhh!
okay mari kita tinggalkan cerita pengikut ayah pinggu itu sebab dia sangat sangat tidak penting dalam kehidupan abang sekarang nih. kawan abang nih ada dua orang adik namanya sorang chepok sorang lagi adik penedol. chepok bermaksud, buaya lapar sebab kata kaklong (kawan abang nih lah) masa kecik chepok nih forever lapar. jadik bila dia besar, maka dia membesar bagai johan. adik penedol pulak adalah adik yang makan penedol semenjak dalam kandungan lagi. hebat tak dik. maka dia membesar tak besar2 melidi jer tapi paling hesem la. yang kawin nih chepok. dia buat kat dewan arkib sejarah kat sebelah perpustakaan negara tu. abang suka dewan tuh sebab ada dua hall. hall utama tempat makan tempat bersanding semua, tak besar jadik senang nak handle dan nampak macam ada crowd. boleh muat up to 300 pax. since chepok buat buffet maka guests come and guest go. ehhhh macam kenal dik! volunteers come and volunteers go macam tak biasa kan?! bodoh sangat taw kau nih. very der arrogant dan sila la mati lagi baik. ehhhh cerita apa kah ini? ehehehehe. kalau kita nak buat makan berhidang kena dewan besar. abang esok kawin nak jemput 200 orang jer. abang amik photographer 2-3 orang lepas tuh upload dalam fesbuk. yang tak dapat invitation tuh ko tengok jer dalam fesbuk sebab kau sangat tidak penting dan tidak mendatangkan pekdah. ehhhh mencarut siapakah?! ha ha ha ha. acah mak enon, abang nih tak ramai kawan dik. jadik tak perlu la nak hingaq buat besar2an alih2 yang datang tak sampai seratus orang pun kan? lite lite sajork sudah lah. eleh marka pun tarak nak pikiaq kawin konon. nanti abang cari la adik sepet masa cruise tu nanti.
lama jugak la kitorang lepak sampai la ada orang cakap eh tak mo balik ker? perantin pun dah keluar pergi buat outdoor photoshoot. hah mana nak balik kan, si kaklong perantin duk bawak rempeyek lepas sebekas, sebekas lagi. lepas tuh MILK TEA (sebut: dengan bahu terangkat sedikit kehadapan) pulak bottomless. mau tak heaven kan. kalau bawak alat menge-check kandungan gula dalam darah ataupun kencing mesti masing2 kena potong kaki dah. ha ha ha. hebatnya kami nih kalau makan kerana kami set yang tidak membazirkan makanan. akhirnya kami diberi kesempatan untuk bergambar dengan perantin baru, chepok dan pasangannya nama zaharah. mereka berdua nih sama chantek sama sepadan. nak roboh pelamin tu kitorang mengelinjang atas tuh. chepok and wife memang sporting. dia siap boleh jerit 'YB kunyit!' kat abang sementelah abang memakai baju berwarna kuning hari tuh. acikurung macam tak dapat memahami kenapa kuning. ye lah kang abang pakai baju hitam, seluar hitam ada pulak kata 'weih ko pergi funeral sapa nih?!'. tak ker menghencap perasaan perasan. kalau nak tunggu putih baru nak pakai baju warna cerah memang never la akan dapat pakai kan, jadi yakinkan diri dan pakai jer. ikot cakap orang mmg sampai mati pun ada jer yang tak puas hati yer dak. tapi abang open to criticism. abang tak akan unfriend la kalau korang memberi kritikan membina. dan abang tak akan recycle balik ayat korang lepas tuh buat status kat FB. itu bunyik sangat tidak original dan menampakan yang kita nih tak la berapa cerdik nak buat sarcasm pun. sedih tak? ehhhh cerita apa ntah nih?! he he he.
akak nana mmg macam datin wo. dia pakai baju kurung apa ntah dengan kain batik jawa. siap selendang bagai. si fad pulak sudah dapat nama baru, ustak al fadil al fonso al buku lali janggut panjang sekali Fadli. amacam sebut nama dia, letih tak? ha ha ha. jangan marah ar fad. ekekekeke. kawan kawan lain pun cantik bergaya walaupun kami bergelumang dengan tayik kucing, litter sand and so forth we never complained.
selepas beredar dari majlis, kitorang singgah pulak kat old town white coffee jalan yap kwan seng. kat situ kitorang sambung makan. abang tak makan dik sebab abang dah dapat sebesen bekalan makanan yang boleh diberi kepada 10 orang terbiar. bersinar sinar mata abang menerima pemberian itu. aiya caramba! nak kurus la sangat kan. masa kat old town tu, kitorang pun brainstorm la perihal nak memberi makan homeless. kalau tak silap lebih sepuluh kepala yang memberi pendapat dan some of these ppl kan dah travel to many places and have loads of experience. what makes 2 heads better than these ppl kan? eh cerita apa pulak nih? ehhhhh! he he he. maka bermula dari sini lah berlakunya cerita pergaduhan bangang yang ewww eww eww tewww leww pewww heww hak tuik, membuang masa lah nak dipikirkan. maka itu saja nak cerita sekian terima kasih kBye! eh by the way, nasik tuh abang amik separuh besen dan separuh lagi abang sedekahkan kepada kawan yang duduk di cheras. bersinar sinar mata budak2 bujang terbiar tu melihat ayam2 bergolekan dan daging yang meniyarap kesedapan.
-kAYIEwin-
2 comments:
Wahahahahahha....ni ha...kaklong perantin datang......eh..discuss ramai2 cepat je dpt penyelesaian...kan..no need to crack ur head till 3am..waste of time..baik tdo..kan..kan...dickhead betul...kan...
muahahaha!! xpe.. sok2.. mak kahwen.. sila buat sesi berjemaah lepas kenduri lg yer.. kali ni.. gi pak hailam cafe kat PD.. ekekeke
Post a Comment