Thursday, February 21, 2013

Suami: Antara Orang dan Curang

ohoiii blog, 

tadi masa abang tengah khusyu' mengdraft extended abstract untuk satu paper teaching and learning nih tetiba whatsapp msg masuk. sekali ada kawan tengah  bersedih yang dia dah clashed dengan boipren dia. abang pun tanya lah since when dia ada bf sebab abang tak tahu cerita. then dia called abang meluahkan perasaan perasan dia. kisahnya dia bercinta 6 bulan lepas. patut lah tak penah dengar berita dari dia. sebok bercinta katanya. 

abang pun layan lah menenangkan keadaan semua since abang kan dah kertu. dah ada pengalaman melalui detik2 hiba lagi menyedih sadiskan sebegini. tapi yang paling abang terkejut bila dia confessed dia bercinta dengan laki orang. darah abang teros menyirap dik! ehhh menyirap katanya~ kau ingat ko sorang jer reti menyirap. aku pun reti lah menyirap bandung bagai kalau dah membuat perangai tak cerdik macam tuh. ehhh cerita apa kah ini? abang terkedu sekejap sebelum bertanya kat dia samada dia tahu ataupun tak tahu yang lelaki itu adalah encik suami orang. dia kata dia tahu. pengsan sekejap koma multut  berbuih2 bagai kemudian abang sedar kembali dengan azam akan mencarutkan dia. tapi malangnya abang tak sampai hati. dah la kawan nih tengah sedih perlu kah kita berperangai iblis macam tuh kan? he he he. ker adakah patut abang unfriend dia kemudian proudly parading the fictitious fact bahawa dia merempan selepas kena unfriend dengan abang? perlu tak abang mereka cipta cerita cerinti tayik kucing buat inti sebegitu? ehhh ini cerita apa pulakkk?! ehhhh sila la sirapkan darah sendiri yer. ekekekeke. 

suami orang nih biasanya bila berkata kata, mmg sangat meruntun jiwa ayatnya. kalau y ang lemah iman maka terjebak la dia ke kancah kanun acara jenayah. walau bagaimanapun (wahhh laras bahasa surat rasmi sangat kan! baru lah  tak biadap) abang terpaksa mengakui yang encik suami itu adalah orang yang jujur separa. dia jujur dengan kawan abang nih tapi dia curang dengan isteri kat rumah dia. abang pun heran apa lagi yang dia nak cari. bak kata kawan chantek abang, kalau kemaruk  nak 'karipap' tuh, mana mana perempuan pun sama jer kut bentuk muka buminya. tak der la pulak yang berlubang tiga segi ocatagon atau ada octapus kat dalam tuh yang boleh menoceng secara automatic. betul jugak kata dia kan dik. tu lah bila kawin nih jangan jadikan sex sebagai agenda utama. perkahwinan nih lebih besar dari memuaskan anatomy yang berada di celah kelampang tu dik. abang marah betul dengan kawan abang tuh sebab melayan suami orang yang tak reti reti nak menjaga maruah dan anatomi kerdil di celah kelampangnya tuh. 

abang akui yang islam memang ada poligami. ambilah dua tiga mahupun empat isteri tapi kalau tak mampuu berlaku adil cukuplah dengan satu. orang yang bodoh akan mengambil sebahagian yang pertama ayat nih dan meninggalkan selebihnya untuk justifykan dirinya berlaku curang kepada isteri pertama. so macam mana nak kata yang kita nih boleh berlaku adil? kau pergi la tanya bini kau. kau adil tak dalam memberi nafkah zahir dan batin. adil nih bukan lah simply, kau bagi apa yang bini kau nak. adil nih maxudnya kau  meletakan benda yang haq di tempatnya. soalannya adakah dah meletekan isteri pertama di tempat yang sepatutnya. adakah kau dah layan dia zahir dan batin yang sepatutnya? 

poligami dalam islam bersifat memb'ela (e yang macam ejaan epal) wanita yang lemah,  bukan bersifat membela (e yang macam ejaan emak), iaitu membela nafsu!  kalau poligami, kau kawin dengan anak dara yang tayang kat dunia apa benda poligami yang kau buat tuh giler? kalau betul2 la kau nak berpoligami yang syariah compliance, pergi minta izin dengan bini  pertama(bukan tanda takut tapi tanda hormat kepada seorang yang sudah bersusah payah hidup dengan kita jatuh dan naik bersama). lepas tuh ko pergi la cari janda2, ibu tunggal, balu atapun budak2 yang rosak akhlak dengan anak yang tak tahu bapaknya di mana, jadikan la isteri. bela dan b'ela la mereka nih sebab mereka nih mmg perlukan perlindungan. bukannya anak dara untuk kepuasan kelampang kau. iblis la sangat ko nih. berapa ramai la agaknya encik2 suami yang akan buat macam tuh? tapi kalau suruh kawin dengan anak dara yang cantik mugil amboi, pergi golok pun sanggup! 

adat kebiasan lelaki la yer, meh sini abang nak bagi tau kepada adik adik yang masih dara yer. kalau yang duduk serumah dah tak berdara tuh pun boleh baca supaya kau jangan jadik si bahalol mengabdikan kepada jantan tak guna yer. pada wanita itu ada dara, dan lelaki (sangap hazab syaitonirojeem yang hidupnya asik la nak mating breeding mengalahkan hamster) akan meminta dan akan terus meminta minta. kalau kau tak bagi kan dik, dia tak akan la dapat. tapi kalau kau sanggup mengangkang demi membuktikan cinta kepada dia, haaa rasakan lah bila dia dah dapat mampus hidup balik pun belum tentu dia kawin dengan kau. ini adat kebiasan kebanyakan lelaki lah. ada lelaki yang  selepas menelanjur menelanjangkan diri berkali kali dia akan memikul tanggungjawab yang sepatutnya. kalau ada yang macam nih alhamdulillah lah. kalau tak kan dik, kau nak jadik apa? jadi hamba sex dia jer? kau belajar tinggi2 dapat cert macam macam, jadik orang berkuasa itu ini, alih2 jadik hamba sex. jangan kan kawin, suruh isi borang pun tak nak. perlu ker kau menghinakan diri macam tu sekali. jadi abang pun tanya kawan abang nih, sekali dia telah menelanjurkan diri tapi dalam perut tak ada isi. kau nak pitam tak?! walaupun dia bukan adik aku tapi, tapi, tapi, heyyyyyyy perlu kah terjadi macam nih. perlukah kita menajdikan keterlanjuran bersama suami orang ataupun dengan boipren sendiri sebagai satu kebiasaan. lepas tuh ko boleh tak buat statement, i tak mampu nak tahan orang yang keluar dari kehidupan i, i hanya mampu ucapkan terima kasih kerana menelanjurkan diri dengan i. kau bodoh ker apa? tapi abang tak cakap la dia bodoh. kang tak pasal pasal abang kena unfriend dengan dia dan teros la abang menjadi manusia tak berguna. cis tak guna!

jadik encik suami tuh dah dapat apa yang dia nak. skarang dia nak angkat kaki. apa jer yang ko boleh buat dik? nak dakwa dakwi ko bukan ada ikatan yang sah kan? silap2 ko kena masuk tempat pemulihan akhlak. tapi kau dah tua dik,  mana sekolah nak amik kau? nasib baik la tak berisi kan, kalau tak ntah apa lagi complication yang akan timbul. kepada adik adik yang berdara mahupun tak berdara, sila la berhati2 bila berhadapan dengan suami orang. kalau dia boleh curang dengan isteri pertama, tak ada sebab untuk dia tak curang kepada korang pulak. lain la kalau isteri kepada suami ni tadi yang bawak tepak sireh pergi pinang kau. ini cerita ada berlaku la kat area tempat tinggal abang. ini baru poligami sebenar bila isteri sendiri yang pergi pinang perempuan untuk suami dia. bersinar2 jer mata si suami tuh. tapi kebarangkalian untuk si isteri pergi pinang perempuan lain untuk encik suami adalah sama seperti mengumpul perahan air pinang muda. kalau kau pandai kau faham la apa abang nak sampai kan. 

take this word of advice from a lelaki dik. jangan membinasakan masa depan untuk keseronokan sementara. nak kawin nih bukan sebab orang lain dan kita kena kawin. jangan menyeksa diri sebab hidup nih singkat sangat dik. wanita, bukan tarafnya untuk memuaskan lelaki tetapi dia melengkapi lelaki. kalau lelaki tu layan ko macam hamba, pukul 4 pagi kena bangun buat sarapan bagai dan tak pernah puji kau, itu layak ker jadik suami? 

kepada encik suami, poligami nih mmg best. boleh tukar2 ladang ye dak. tapi jangan lupa, esok kat ambang api neraka, banyaknya soalan kena tanya dalam tuh. hah garing la kau. abang nih tak la baik mana, tapi perbuatan korang mengmainkan perasaan anak anak gadis (be it with dara or not) sangat sangat lah kebinatangan. esok esok ko beranak pinak dapat anak perempuan abang sumpah anak kau pulak kena macam tuh. baru la even yer tak? nak tak kena macam tuh? kalau  tak nak jangan buat lah. kalau nak jugak berpoligami, sila la berbincang dengan isteri, jangan main sorok2 lah. kalau kawin sorok sorok tak gentleman la kan. okay itu jer abang nak merempan sebab abang tak dapat tidur kalau tak meluahkan perasaan perasan terganggu ini. sekian terima kasih kByE. 

-kelAYIEpa dAYIEra-


3 comments:

Farahliza Isa said...

so soklan cepuk emas, abang kaunselor ni bila nak kawen??? ekekekeke

Esah said...

wakakakak!! tu soalan intan berlian tu.. bukan cepok mas lg dah!!

Encik Ayie Yang Garang said...

ini bukan cepuk lagi dah.. ini pek pek pek punya soalan. ekekekeke.. abang tunggu awek sepet ngorat abang lah. dia masuk jer meminang kompem abang pak pun pak pung pek pek pek.