Ohoiii blog,
Ada beberapa perkara yang harus kita insafi dari insiden ini. seorang jurugambar tersohor membuat pertuduhan bahawasanya di Mekah itu ada tempat pelacuran. oleh kerana mekah adalah tempat suci umat islam dan umat melayu maka ianya tidak boleh dituduh dengan semberono. ini pendapat abang la blog, pendapat sendiri jer. tidak semua orang akan bersetuju silap2 orang akan cakap abang ni syiah atau liberal.
1. Kita sangat sensitif bila ada orang yang menuduh Mekah dengan pelacuran. jangankan pelacuran, kalau kita kata arab yang buat haji nih pervert pun maka orang melayu akan melenting. katanya yang pergi mekah tuh tetamu allah dan diundang allah. betul la kut. tapi bila abang tanya dengan cik anom yang dah tua kedaung tu, betul, dia memang pernah kena raba. cik anom kau tu tak cantik pun dik, gigi pun dah rongak tapi kena raba dengan arab tua. masa tuh dia pergi dengan 2 orang lagi makcik2 tua kedaung jugak dik. dua2 pun cerita benda yang sama kat abang. takkan la 3 acik kertu nak menipu? okay itu bukan pointnya dik. kita marah bila orang bercerita buruk pasal tanah suci kita tapi kita tak kisah pun menyebarkan cerita buruk tentang rumah suci pegangan agama orang lain kan? kita cakap holy water tuh air rebusan anjing lah, kuil2 yang dibina mesti disemah dengan darah lah dan macam macam lagi. kita tak pernah pun nak ambil tahu perkara sebenar. asal yang buruk jer ouh kita mesti sebarkan. ingat tau dik, memburukkan agama orang lain tidak akan menjadikan agama kita mulia. kita nih heboh lah kata if you want to learn about islam dont look at the believer/follower.
however kita lupa yang kita ni reflection kepada agama kita dik. kalau agama kita nih baik, bagus dan mulia, kenapa kita berperangai mengalahkan lembu kebiangan? kita hanya sensitif dengan agama kita sahaja sebab kita rasa islam sahaja berhak ada di mukabumi nih dik. ouh sangat betul dan abang bersetuju, cuma mari kita tgk semula perangai kita. does the perangai reflect agama kita? jika kita tak suka orang memperlekehkan tanah suci kita, orang lain pun begitu jugak. kita kena hentikan kata kata nista keatas agama lain bukan kerana kita redha dengan agama mereka tapi kita kena tunjukkan kita ni lebih baik dan agama mendidik kita menjadi baik. kena ingat dik, ramai Atheis kat luar sana berperangai lebih baik dari orang yang beragama (tak kira la agama apa). sekiranya mereka nak berhujah, maka kita hanya akan mampu cakap 'ala sebaik baik dia, dia akan kena bakar dalam api neraka'. syurga dan neraka tuh urusan Allah dik. jangan buat kerja tuhan.
2. bila kita menuduh, membuat pertuduhan atau menyatakan claim, maka beban pembuktian adalah keatas diri kita. jurugambar tersebut membuat pertuduhan tanpa bukti yang kukuh. mudah disangkal. penafian sebegini akan memakan diri sendiri. begitu juga dengan hal ketuhanan. mereka yang tidak mempercayai kewujudan tuhan akan mempersoalkan di mana tuhan kalau Dia wujud? Baginda Nabi mampu 'menunjukkan' kewujudan Allah Taala melalui mukjizat yang diberikan kepada baginda. tapi ada di antara kita ni tidak ada kekuasan sebegitu. ilmu kita nih macam setitik air dan dibandingkan dengan lautan. kita tak dapat membuktikan kewujudan tuhan secara fikizal tetapi kita mempercayainya dengan apa yang ditulis dalam Al-Quran dan apa yang dihamparkan di bumi. kita percaya itu maka kita percaya Allah itu wujud. bagi mereka yang tidak percaya, lalu kita pula gagal membawa pembuktian Tuhan itu wujud (kita percaya tuhan ada, cuma macam mana nak menzahirkan tuhan kan? ) maka kita tak boleh paksa orang mempercayai agama atau tuhan kita dik. pointnya di sini, si jurugambar tidak membawakan kesaksian bahawa wujud syndicate pelacuran di mekah, maka dia tidak boleh memaksa orang mempercayainya. walaupun begitu, ada orang yang percaya pertuduhan ini benar melalui pembacaan atau cerita2 khabar angin. itu terpulang kepada diri sendiri.
semasa nabi menyeru keislam hati para sahabat, Abu Bakar tidak mempertikaikan langsung ke Esaan Allah dan kerana itu dia digelas As-Sidiq. ada juga sahabat yang berbahas bertanyakan itu dan ini lalu akhirnya bila ada pembuktian, mereka mengucapkan kesaksian muhammad itu Rasul dan Allah itu Esa. bila kita membuat claim atau penyataan bahawa islam lah satu satunya agama yang benar, kita kena buktikan dik. pembuktian ni bukan sekadar kewujudan bumi dan planet2 siang dan malam. ini orang science dah sangkal melalui pemisahan agama dari kehidupan (secularism). Solat itu tiang agama dan itu membezakan kita dari mereka yang belum islam lagi. selain itu solat itu disiplin yang menghalang perlakuan jahat. nilai kembali, bolehkah kita membawa bukti kepada mereka yang kononnya kita gelar golongan yang engkar, solat menghalang kita melakukan kejahatan. ahh pasti la tidak. lalu kita pun cakap, manusia melakukan kesilapan dan dosa. jadi apa beza kita yang islam dengan mereka yang belum islam? apa pembuktian kita boleh lakukan agama kita ini yang paling benar?
3. berdebat dan berhujjah mesti dengan ilmu, mesti dengan adab. kadang kadang abang pun langgar esp bab adab but abang cuba usahakan berhujah dengan ilmu lah. kita gelarkan macam macam kepada jurugambar tu, his physical appearance especially. orang pendek tak semesti akalnya pendek. di sekolah abang ni ramai cikgu2 matematik tak sampai lima kaki. tapi bila hujjah dalam matematik dia memang ahli. jadi abang tak faham apa perkaitan fizikal dia dengan penulisan dia. kita lantang berkata mesti menutup aib mekah tapi dalam masa yang sama kita bukan sahaja buka aib sahabat kita, kita create aib yang bila diucapkan boleh memuaskan hati kita mengutuk. apa betul kah cara yang sebegitu?
(okay bab nih abang pun fail sebab abang selalu mengata hantu beruam. apa boleh buat dik, dia memang mintak kena maki dengan abang. itu pun abang dah moderate kan bahasa abang. kalau abang unleash Karuma dalam hati abang nih mahu pecah laptop nih agaknya. tapi kan abang tak berhujah dengan hantu beruam tuh. abang memang nak mengata dia sebab dia nih dah la buruk perangai, muka pun tak reti nak jaga dik, so lain la ceritanya kan? ).
bila berhujah abang tak akan sesekali la cakap 'eh kau ni macam bagus'. lepas tuh kita mula lari dari tajuk perbincangan. kita tempek dengan macam macam ayat quran lepas tuh kita hencap kawan tuh dengan pelbagai cercaan. tak terasa kita sebenarnya menggunakan al quran yakni qalam allah untuk justify kan kelakuan keji kita? kita ni macam berdusta atas nama al quran kan? mencela kejadian fizikal seseorang dalam berhujah memang paling hina sebab melambangkan taraf pemikiran kita ni sangat cetek dan keanak-anakan. mahu sangkal dakwaan atau pertuduhan, hurai dengan ilmu, dengan fakta, bukan dengan maki atau cerca.
4. pelacur dan pelacuran. sebarang pertuduhan yang berkaitan dengan 2 kata ini memang berat. orang yang menuduh perempuan pelacur (yakni berzina) tanpa mengemukakan saksi, kemudian ternyata salah, boleh dikenakan rotan. kalau yakin perempuan itu melacur (berzina) maka perlu bersumpah (yang ini ada khilaf. ada pendapat kata tak boleh, ada yang kata harus). jadi ini adalah perkara berat bila seseorang menuduh tanah suci dengan pelacuran melainkan dia membawa bukti yang sahih. sebenarnya sebarang pertuduhan tanpa bukti itu fitnah semata mata. dan sekiranya sahih sekali pun ianya harus diadukan ke saluran yang betul untuk tidakan bukannya dengan membuat posting provokatif. niat kita kadang2 tu nak buat baik dengan mendedahkan kemaksiatan, tapi kita lupa kalau kita jaga aib seseorang (in this case sesuatu lah kan?) maka allah jaga aib kita. bila kita cross that boundary maka allah buka hijab yang melindungi aib kita.
perihal yang serupa dengan orang yang murtad, kita tuduh mereka ini memerangi agama kita, kita keji kemudian kita gali kaji segala sejarah lama dia. kita tulis buat tatapan umum. barangkali kita bernasib baik Allah tangguhkan dari terangkatnya hijab aib kita tu. murtad juga manusia. mereka engkar selepas mengetahui apa yang kita yakini benar. kita terus serang dan nak bunuh dia. kita tuduh macam macam orang murtad nih sehingga mereka ini benar2 benci dengan islam. sekarang kita timbang semula, siapakah yang menjauhkan orang sebegini dari agama? siapa pula yang wajar dipancung dipenggal dan dibunuh? si murtad atau orang yang menjauhkan lagi manusia lain dari beragama?
okeh abang mampu tulis takat ni jer. ilmu agama abang nih tak banyak dik. abang mengaji takat dengar ceramah dan kuliah jer. itu pun kadang kadang abang culas. abang tak pandai nak petik2 ayat Quran dan hadith nanti takut abang berdusta atas nama Allah dan Rasul. acah acah nak buat dakwah, last2 kena humban dalam neraka.
kalau ada yang terbaca nih, abang tahu mesti ada yang tak setuju. sifat manusia tuh kadang2 dia aja lah yang betul. jujur abang cakap, bab agama abang nih sangat2 la limited tapi abang tak malu nak mengaku dan tak segan nak belajar.
-fitAYIErah-
No comments:
Post a Comment