Thursday, September 03, 2015

Merdeka dan Tugu Negara

Ohoiiii blog, 

Masa kecik kecik dulu abang suka lagu nih dik. Kalau masa masa nak merdeka abang selalu nyanyi lagu nih. dulu tak ada hari sambutan malaysia. so kami hentam la nyanyi lagu nih kalau ada persembahan hari kemerdekaan. abang suka lirik dia, bila nyanyi masa kecik2 dulu meremang2 bulu roma. ye dik, bulu ari ari masa tu mana ada tumbuh lagi kan? lepas tuh bila dah masuk asrama, semangat tu kadang kadang ada, kadang kadang tak ada. bila dah masuk buat A-level semangat tu terus hilang sebab abang lebih heboh nak pergi overseas dari duduk negara sendiri. arwah Apark Sr  kan Navy, so kalau kat rumah hari kemerdekaan nih kira macam sacred la pada Apark Sr. so Apark Jr (abang la tuh) bila keluar dari rumah (masuk asrama, duduk KL dengan kawan) semangat tuh mmg lite2. lepas Apark Sr pencen, lagi lah abang tak hiraukan dah pasa kemerdekaan nih. not until recent years bila semua habuk2 sampah sarap racism yang disapu bawah carpet keluar membuat appearance. it was couple of years back kut, abang start to appreciate balik apa yang Apark Sr selalu pesan kat abang. 

So tahun nih abang cakap dekat boss yang abang nak pergi Tugu Negara. last sekali abang pergi adalah masa abang umur 9 tahun. itu pun abang dah tak ingat sangat la dik bagaimana rupa bentuk tugu negara tu! boleh tak abang buat statement drama merdeka macam tuh? maka pada bulan lepas, iaitu bulan kemerdekaan abang pergi la dengan boss dan rupanya dah ada taman yang cantik!

Mereka dah buat plaza yang proper. dulu seingat abang tugu negara tuh setongkol jer la kat tengah2 macam bukit.  lepas tuha da macam obelisk tunjuk perang2 apa bagai. i dont remember ada taman macam nih. kami pergi awal pagi kononnya nak tolong bukak tugu negara nih lah. ha ha ha. acah mak enon. abang pergi awal sebab tak nak jalan jam walaupun masa tuh adalah hari Sabtu dik oi. 

walaupun kitorang awal dah ada berderet2 la bas pelancong kat parking. rupa2nya ramai tourists datang sini dik. orang kita jer yang tak heran nak pergi tengok apa yang ada kat sini. kalau kita nih anak polis or tentera benda benda macam nih ada sedikit makna lah. at least to some of us. kalau civilians macam abang nih nanti, bila beranak agaknya anak anak abang apa jer yang diorang paham pasal merdeka esp tugu negara nih. 

abang nak suggest datang la bawak anak anak sekali pun tak apa. at least dia tahu lah apa itu tugu negara. abang pun plan nak bawak anak buah abang pergi sini. bebudak nih kalau abang interview apa itu kemerdekaan confirm tak ada yang boleh bagi jawapan yang berdaulat dan merdeka dik. haaaa gitu. datang sini ambil gambar, ambil semangat gugur kerana tanah pusaka. mana la tahu dapat semangat biar putih tulang jangan putih mata. ni abang tengok ramai manusia asing dari manusia dari negeri sendiri yang datang. 

Alhamdulillah cuaca pun elok tak berapa panas. abang dah siap2 pakai baju hitam la dik. kang kalau pakai baju warna warni merasa kau nampak becak2 neraka bertompok kat badan abang. 
 
 


Okay tuh jer nak cerita. It isnt too  late to wish Malaysian Selamat Hari Merdeka yang ke 58. Bulan nih kita akan sambut Hari Malaysia pulak. 

"Kau Tanah Pusaka, Biar putih tulang jangan putih mata"

-merdeAYIEka-

No comments: