Monday, September 21, 2015

Noodle Boat and The Ben's

Ohoiii blog, 

Lepas penat berkeliaran kat Tugu Negara mencari jejak kasih kemerdekaan kitorang pun, lapar! then Boss abang dengan pantas ajak makan kat Publika. abang pun tak ingat when was the last time I went there. rasanya macam tak ada apa pun kat situ melainkan banyaknya kedai makan jer. 

bila kau dah ada banyak pilihan untuk makan kan dik, kau jadik tak keruan dan tak tahu mana nak satu nak pilih. maka berjalan jalan lah kami sehingga terjumpakan iyer nyers noodle boat nih. at first abang tak berapa keen sangat lah dengan noodle boat nih but boss insisted abang untuk try jugak. boss tak boleh makan noodle. kalau dia makan nanti dia mati agaknya dik. mana kan tak mati dik, skarang dah pakai seluar size 27. kalau naik semilimeter akibat makan mee tadik, mau meletop seluar dia. haaa sapa yang susah dik?! abangggg jugak yang kena nanti dik. 


noodle boat asalnya dari siam. portion nya kecik2 belaka dan datang dalam 2 broth yang berbeza. ada ayam dan jugak daging. untuk first timer, biasanya akan order 4 mangkuk. itu kebiasan lah. kalau nih  jenih manusia luar biasa, nak order 14 mangkuk, pun boleh. ada side dishes macam ayam goreng dan lain lain lagi. so ini apa yang abang makan la dik. 
















abang order 4 mangkuk  mee with 2 different broths and ada ayam dan daging. boss pulak order meatballs and chicken wings. 

Okay mee dia: portion sangat kecil. kau kena start dengan 4 mangkuk baru dapat portion biasa. harga dalam RM 2.50 dan kau boleh campur-campur. ada satu broth tu rasa dia pelik, so abang suggest kau mintak rasa dulu kuah dia. waiter kat situ baik2 belaka kerana mereka adalah...dah kau jangan perasan..kau ingat budak siam nak jadik waiter kat situ lah, no, bangla jugak yang ada. ha ha ha. 

Meatball: lebih banyak tepung dari meat. macam standard meatball segera dan digoreng. kemudian dimandikan dengan sos yang sangat meriah. sosnya manis yer. abang suka benda manis tapi kalau makanan macam nih manis, lepas makan baik abang potong jer kaki. 

Chicken wings: ini recommended sebab dia punya rempah dan crispiness adalah awesome sangat2. walau bagaimanapun, portionnya kecik. boss ambil 2 portion tapi letak dalam mangkuk yang sama. 

will i come back? 50-50 jugak lah. abang tak dapat lagi x-factor kedai nih. memang sedap and the reason abang makan kat sini sebab ambiance dia macam best. ouh open air tau. kalau kau mudah becak macam abang, sila pakai baju hitam. ngehehehe. 







































kau tengok  muka abang dik?! gembira dan bahagia sangat dapat makan noodle boat nih yang padal asalnya tak der la abang nak makan sangat kan iyer nyers. bila dah makan macam tak boleh berhenti sampai boss suruh abang bawak bertenang. 




Since boss tak kenyang lagi, maka kitorang bergerak pula ke the ben's. 


perut abang masa tuh macam nak meletop dah dik. 14 mangkok abang bantai noodle boat tuh. ihik acah mak enon. abang hentam potato wedges yang sexy nih. alaaa kasik la chance abang nak berdrama macam hantu beruam jugak. ker nak suruh abang berkebas bibir dan jantung berdegup laju?! drama kau kan hantu beruam. oh sekarang nih katanya dah senang lenang yer? dapat upah apa bagai so tak payah lah nak contact dengan kawan kau yang banyak tolong kau tu. aku pun tak tahu kenapa lah kau nih diciptakan sebagai manusia. sumpah, aku rasa, binatang pun tahu kenang jasa. 
ouh dulu heboh la kata kucing mengenang jasa lah apa lah, nah ini lah orang nya yang meludah ke langit tertimpa ke muka sendiri. eh abang mencarut siapa kan nih? ha ha ha. abang bermonolog jer dik. ha ha ha. 
okay lupakan dia. haaa boss abang makan stuffed chicken breast nih dik. Masha Allah sedap yang amat. nanti abang nak belajar la  buat stuffing dia tu. nampak simple tapi well seasoned la dik. lagi satu kan kan kalau chicken breast ni kau tak reti masak, sama ada dia undercooked (raw sikit kat bahagian dalam) or dia jadik keras kedengkung macam selipar jepun dik. mana kan abang tahu? ha ha ha ha ha. abang tahu sebab abang selalu la buat experiment dik. berpintal leher abang nak menelan chicken breast yang terlebih masak.  


nahhh, ini muka boss abang yang sangat bahagia dengan stuffed chicken breast dia. harapan abang agar tidak lah membuak2 dada boss abang nih. ntah bila kan lagi dia nak mengurus nih. asyik makan jer kan?! 

haaaaaaaaa ini destinasi terakhir kami! ha ha ha. cipet dik. makan tak berenti2 nih. this plan B is under one roof dengan the ben's. ouh abang bantai cheese cake dia dengan single shot espresso. sedap dik kopinya. terang benderang mata abang lepas tuh. hak hak hak tipu jer. abang nih tak der kesan sangat la dengan kopi. dah immune kut. 










espresso nih tader gula dik. rasakan lepas sip espresso kau makan kek tu dik. terencat kejap akal kau. manis kedengkung kek tuh jadiknya. hoi, kau jangan teguk espresso tu jilake, nanti tersebur semua yang kau minum tuh. kau minum2 macam orang kaya dik. sikit2 cawan kecik tapi mahal nak mampus. kalau hantu beruam mesti macam macam alasan dia akan bagi kalau ajak tempat2 macam nih. alasan paling tak boleh blah dia tak suka tempat yang ramai orang. hah elok lah, muka macam dia tuh patut dibungkus dengan plastik sampah. bukan sebab buruk tapi sebab tak malu. masa susah mintak tolong orang, mintak orang foster, janji macam macam, dah lepas sesak ada hati nak carutkan abang. eh kau cakap nak ganti cage yang hilang tu? mana kan nya? aku peratikan jer. dah bertahun2 yer. eh mencarut lagi?! astaga. okay mari bertaubat dik. 

all right itu jer abang nak cerita. nanti abang share pasal PickNik, Sekor & Co next time yer. 

-mAYIEkan nooAyiedle boAYIEat-

No comments: